Sunday, September 16, 2012

:: Mani Gajah :: Cerita Ceriti

Permata mani gajah yang ditawarkan oleh pemuda itu
Antara yang biasa dijual biasanya batu bukit atau aked
Mani gajah asli dalam bentuk potongan kiub (berpasir dan kristal)
Kami nak kongsi cerita pasal mani gajah. Minggu lepas semasa mencari barang di bandar Kota Bahru tetiba adalah seorang hamba Allah katanya daripada Rantau Panjang datang menghampiri kami. Ditunjukkan sebiji permata dan ditawarkan kepada kami. Katanya permata mani gajah asli dan tawaran harga RM180. Setelah membelek dalam hati kami ini batu aked .. bukan mani gajah ... tapi sebab tak nak sakitkan hati kami meminta kurang. Setelah proses negotiation tamat rupanya dibagitau beliau dia sebenarnya nak pakai duit dan meminta kami bayar RM13 sahaja. Pada mulanya kami menolak tetapi memandangkan beliau mendesak meminta tolong kami akhirnya memberi duit itu sebagai sedekah baginya. Mungkin ini terjadi kepada peminat blog juga. Paparan gambar di atas merupakan batu tersebut dan dibuat perbandingan dengan yang lain. Sekadar berkongsi.

No comments:

Post a Comment