Wednesday, March 31, 2010

Permata Gabungan 5 jenis (2 Besi 3 Batu) (Telah ditebus)



Permata ini digabungkan dalam bentuk 5 jenis dimana 2 adalah besi (tahi bintang dan besi leleh jalur) dan 3 daripada batu (batu kursani kuning, batu kursani putih dan batu leleh). Sayangnya batu kursani tahap 1 tidak dapat dipadukan sekali ekoran tiada stok.

Bagaimanapun gabungan ini sudah cukup sebagai pelengkap ketahanan kulit daripada barangan yang diperbuat daripada besi. Permata ini jika dipegang akan terasa beratnya ekoran daripada kepadatan gabungan barangan tersebut.
** Terima kasih En Mohd Azmi, Banting **

Tuesday, March 30, 2010

Cincin Permata Istimewa Batu Kain Cindai (Telah ditebus)

Sebelum ini pernah diposting dan ini bagi tujuan update ON HOLD

Koleksi barangan mistik yang baru diperolehi adalah cincin permata istimewa batu kain cindai. Cincin perak ini digabungkan dengan permata batu kain cindai berwarna kuning yang diperolehi secara istimewa (didalam batu ini terdapat beberapa helai kain cindai asli). Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Nota:
Pemilik akan dihadiahkan secebis kain cindai asli sebagai pakaian dan perbandingan dengan permata yang dibeli.
** Terima kasih En Ayob, Hulu Langat **

Kemuning Hitam Jadi Batu...



Alhamdulillah .. terdapat beberapa koleksi terbaru yang telah perolehi setelah bersusah payah selama 1 malam disebuah gunung dihutan Pahang pada minggu lepas. Telah diizinkan oleh ALLAH swt untuk mendapatkan beberapa barangan (akan diposting dalam masa terdekat) lain daripada yang lain pernah dipaparkan didalam blog ini maupun diblog yang lain.

Koleksi yang pertama dipilih untuk dipaparkan adalah kemuning hitam jadi batu sebagaimana gambar yang diletakkan diatas (bukan kebiasaan yang banyak dijual diperolehi daripada Indonesia). Ini adalah sebahagian daripada pokok yang diperolehi dan mungkin bahagian yang lain akan menyusul sekiranya ada rezeki saya pada masa akan datang. Jika dibandingkan dengan kemuning hitam kayu biasa ternyata tiada beza yang dapat diungkapkan. Semuanya adalah sama.

Bagi memenuhi permintaan peminat blog sebahagian daripada kemuning hitam jadi batu ini telah diposkan kepada tukang canai permata di Kelantan bagi menghasilkan permata cincin. InsyaALLAH dalam masa terdekat sekiranya siap akan dipaparkan untuk semua.

Sunday, March 28, 2010

Cincin Batu Cindai Istimewa




Cincin perak ini adalah tempahan khas dengan ukiran bunga pahat jawa berserta kuku W dibuat daripada suasa. Cincin ini bersaiz 21 dengan saiz permata 19mm x 13mm x 7mm.

Koleksi Permata Berwajah Pelik Juzuk 2



Ini adalah koleksi gambar-gambar permata pelik yang telah dirakamkan. Ramai yang bertanyakan saya untuk memiliki barangan ini. Untuk pengetahuan semua barangan ini telah dimaharkan kepada peminat blog cuma antara sedar atau tidak sedar pemilik barangan ini mengetahui akan gambaran ini. Juzuk 2 ini menunjukkan permata tulang harimau putih jadi batu samada dengan bentuk wajah ataupun kelihatan mata yang sedang merenung. Subhanallah.

Saturday, March 27, 2010

Pengorbanan Besar Saiditina Khadijah r.a

Entah kenapa tetiba teringat akan kisah pengorbanan Saiditina Khadijah r.a tatkala ketika sedang nazak masih sempat lagi beliau berbicara kepada Rasulullah SAW:

”Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”.

Lantaran kata-kata ini ALLAH swt melalui Jibril a.s menyampaikan salam khas buat Ummul Mukminin Saiditina Khadijah r.a dan melahirkan lafaz yang masyur dalam solat kita seharian. Kita bagaimana?

Friday, March 26, 2010

Permata Pelik Milik Sahabat :: Tahi Ayam Jadi Batu ::


Jika disebut akan nama permata ini sudah pasti bunyinya agak kelakar dan melucukan. Inilah yang terjadi jika diberitahukan akan nama permata ini. Permata ini adalah "tahi ayam jantan" jadi batu milik seorang sahabat saya. Di Pantai Timur ianya lebih dikenali sebagai "tahi ayam mone" yang mempunyai keharuman yang susah untuk diungkapkan dengan kata-kata sekiranya terkena.

Pada asalnya ianya dalam bentuk setompok tetapi sahabat saya telah mengupah mencanai dan diabadikan dalam bentuk permata (cukup untuk satu biji sahaja). Sayang juga sebab saya sendiri tidak sempat mengambil gambar untuk dikongsi dalam bentuk asal. Namun jangan risau kerana jika dicium atau disentuh akan permata ini tiada bau yang akan melekat ditangan anda. Memang kelakar bunyinya. Sekadar untuk bahan ketawa tetapi sekiranya ada peminat blog yang ingin memilikinya bolehlah SMS saya. Apa khasiatnya ALLAHu' alam dan sekadar memuji akan ciptaanNya.
Nota:
Tahi ayam mone jika dicalitkan ke keris dan digunakan untuk menikam pihak lawan ianya akan menjadi bisa yang teramat kuat ekoran sifat semulajadinya yang boleh merosakkan organ dalaman manusia.

Minyak Ikhtiar Penyeri Diri (Stok habis)


Minyak ini dibuat khas bagi tujuan menambahkan kerukunan rumahtangga antara si suami dan isteri dengan kaedah ikhtiar melalui solat hajat dan bacaan-bacaan ayat khusus yang berkaitan dengannya. Dibuat pada malam jumaat sempena mengambil keberkatan raja sekalian hari. Selain itu minyak ini juga boleh digunakan sebagai penyeri diri, penarik dan penambahan kasih sayang antara keluarga dan sesama manusia.
** Terima kasih kepada peminat blog yang telah mengambil secara borong dan mempercayai kualiti barangan kami **

Thursday, March 25, 2010

Cincin Batu Cempaka Kuning @ Citrine


Koleksi ke 3 cincin batu cempaka kuning @ citrine dengan saiz M. Permata yang menarik dengan warna kuning keperangan dengan retakan asli. Cincin bersaiz 17 dengan saiz permata 18mm x 15mm x 9mm.

Buluh Tumpat


Buluh tumpat merupakan barangan mistik yang dicari ekoran khasiatnya yang dikatakan amat bagus bagi pakaian diri. Buluh ini biasanya mempunyai kepadatan dan penuh isi berbanding buluh biasa. Dengan teknologi terkini buluh ini juga telah dapat dikomersialkan menjadi perniagaan bagi menghasilkan barangan perabut.

Bagi peminat barangan mistik buluh tumpat ini dipercayai amat sesuai untuk pakaian diri selain dikatakan dapat menyedut bisa gigitan binatang berbisa. Ianya juga mempunyai hubung kait dalam melawan santau yang menggunakan miang buluh sebagai medium. Selain itu ianya juga dikatakan amat berguna dalam ikhtiar menghindarkan binatang berbisa menghampiri pemakai buluh tumpat ini. Bagi pemancing ikan yang melewati hutan belantara untuk memancing biasanya buluh tumpat akan dibawa bagi mengelakkan sebarang pengalaman bertemu binatang berbisa.

Subhanallah atas khasiat yang diciptakan oleh ALLAH swt. Namun begitu agak-agaknya wujudkah buluh tumpat menjadi batu bagi kegunaan makluk ALLAH swt dumuka bumi ini?

Wednesday, March 24, 2010

Koleksi Permata Berwajah Pelik Juzuk 1


SEMUA GAMBAR YANG DIPAMERKAN TIDAK DIEDIT DAN DALAM BENTUK SALINAN ASAL
INI ADALAH PAPARAN CINCIN YANG TELAH DIMAHAHARKAN

Sepanjang penglibatan dalam menghasilkan batu permata pelbagai ceritera dan pengalaman telah dilalui bermulalah daripada batu permata yang biasa sehinggalah batu permata yang pelik dan ganjil. Sebagai contoh diantara batu permata itu terhasil tulisan Ayatul Quran dengan kalimah-kalimah tertentu. Pun begitu terdapat juga pelbagai gambaran aneh yang semestinya mempunyai rahsianya yang tersendiri.

Kewujudan ini menunjukkan akan kebesaran ALLAH swt dalam segala aspek ciptaanNya. Justeru itu marilah kita sama-sama berfikir dan merenung agar sekurang-kurangnya kita sedar siapakah diri kita yang bernama INSAN ini. Koleksi ini akan dipaparkan dalam beberapa juzuk dan akan dipilih untuk tatapan peminat blog.

Tuesday, March 23, 2010

Koleksi Loket Pilihan (Khas untuk Wanita)


Koleksi loket diatas diperbuat daripada perak asli dengan pelbagai reka bentuk yang menarik. Maklumat loket adalah seperti dibawah:

  • Loket A - loket batu opal Australia
  • Loket B - loket batu opal Australia (ada flash)
  • Loket C - loket teras gemunggal jadi batu (pasak besi kursani tahap 1, tahi bintang dan mani gajah) (Telah ditebus)
  • Loket D - loket teras gemunggal campur iaitu teras gemunggal hutan, teras gemunggal jadi batu dan teras gemunggal pulau (pasak besi kursani tahap 1, tahi bintang dan mani gajah) (Telah ditebus)
  • Loket E - loket teras gemunggal pulau gred A (pasak besi kursani tahap 1, tahi bintang dan mani gajah) (Telah ditebus)

Monday, March 22, 2010

Cincin Batu Cempaka Kuning @ Citrine


Ini adalah koleksi kedua cincin batu cempaka kuning @ citrine yang dipamirkan. Cincin bersaiz 17/18 dan bertatahkan berlian swiss dikiri dan kanan cincin. Digabungkan dengan bunga pahat mesin.

Sunday, March 21, 2010

Cincin Gabungan 2 Besi dan 3 Batu (UP seorang sahabat) (Telah ditebus)



UP Seorang sahabat yang telah menempah gabungan permata istimewa ini.
Permata Besi tahi bintang, besi leleh jalur, batu kursani kuning, batu kursani putih dan batu leleh.
** Terima kasih En Zakaria, Terengganu **

Thursday, March 18, 2010

Cincin Gabungan 2 Batu dan 2 Besi


Permata gabungan 2 batu dan 2 besi disatukan menjadi satu permata dan diikat dengan cincin perak tempahan khas. Gabungan batu adalah batu leleh dan batu kursani manakala gabungan besi adalah tahi bintang dan besi leleh jalur. Khasiat yang teramat istimewa dan hanya yang ahli dalam bidangnya sahaja yang mengetahuinya.

Tuesday, March 16, 2010

Koleksi Cincin Tahi Bintang @ Iron Meteorite (Telah ditebus)


Walaupun sibuk namun cincin tahi bintang ini masih sempat disiapkan untuk peminat blog. Cincin ini dibuat khas dengan kepelbagaian bentuk cincin, bentuk permata dan gabungan permata. Akan dipaparkan secara satu persatu bagi memudahkan peminat memilih cincin yang dikehendaki dalam posting keluaran akan datang.

Monday, March 15, 2010

Cuti Sekolah Mac 2010

Bagi semua peminat blog, saya berkemungkinan agak sibuk bersempena cuti sekolah ini. Posting terkini akan dibuat sekiranya mempunyai kelapangan untuk berbuat demikian.

Harap maklum. Bagaimanapun tempahan boleh dibuat dengan SMS kepada saya.

Friday, March 12, 2010

Cincin Batu Fairuz Hijau Tua (Telah ditebus)



Bagi peminat batu fairus, ini adalah koleksi lain dari yang lain yang pernah dipaparkan samada dalam blog ini ataupun dalam blog yang lain. Kebiasaannya batu fairus yang dipaparkan adalah berwarna muda dan kebanyakkannya dengan warna hijau turqouise muda.

Jika diperhatikan corak permata ini ianya seolah olah rumpunan dedaun hijau didalam permata ini. Warna hijau tua digabungkan dengan warna hijau muda menyerlahkan seakan corak lukisan dedaun abstrak. Saiz cincin adalah 18 dengan saiz permata 20mm x 15mm x 7mm.

Wednesday, March 10, 2010

Bunga Serai Kampung @ Serai Berbunga



Buat peminat blog yang belum pernah melihat bunga serai, paparan diatas adalah bunga serai kampung. Dalam posting akan datang saya akan memaparkan bunga serai wangi bagi tujuan perbandingan. Ramai yang mencari bunga serai ini bagi tujuan pelarisan, minyak pengasih dan sebagainya. Pun begitu bunga ini TIDAK DIMAHARKAN kepada peminat blog. Harap maklum.

Tuesday, March 9, 2010

Cincin Batu Cindai (Permata saiz kecil)


Cincin ini baru disiapkan oleh tukang perak dari Kelantan. Permata menggunakan batu cindai bersaiz kecil dengan sinaran warna seakan kain cindai merah bersulam emas. Saiz permata adalah 16mm x 12mm x 7mm. Cincin pula bersaiz 18.

Monday, March 8, 2010

Bulu Perindu @ Misai Ali @ Janggut Adam





Jika didengar pada nama sememangnya tumbuhan ini terdiri daripada golongan barangan yang sukar dicari dan mempunyai keistimewaan yang tinggi. Bagi yang tahu dan kenal akan tumbuhan ini sebenarnya ia amat mudah untuk diperolehi. Terutamanya dikawasan bukit dan gunung.

Pun begitu ianya mempunyai khasiat yang teramat tinggi yang melibatkan kearah pengasihan. Justeru itulah ianya amat terkenal di Kalimantan sebagai jalan ikhtiar dijadikan minyak pengasih. Kebiasaannya kebanyakan orang akan meletakkan tumbuhan ini kedalam air dan ianya akan bergerak @ bertindak balas antara satu sama lain.

Tidak banyak yang mengetahui bahawa tumbuhan ini juga amat mujarab bagi mengubati penyakit stok (lumpuh sebelah badan) dan selain itu bagus untuk lelaki yang lemah shahwat ataupun mati pucuk. Untuk peminat blog saya paparkan tumbuhan ini dalam bentuk pokok asal (mana ler tau kot kot terjumpa). Sekadar berkongsi ilmu ALLAH swt.

Sunday, March 7, 2010

Lagi.. Permata Jarum Mas Air Jernih



Saya mempunyai banyak koleksi permata Jarum Mas putih dengan gred yang terbaik. Permata yang dipaparkan mempunyai air yang teramat jernih (loupe clean) dengan keadaan batu yang dicanai teramat sempurna dan tiada retak (zero defect). Kehadiran Jarum Mas (acicular inclusion) yang teramat jelas menambahkan lagi seri permata ini.

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat samada dalam bentuk permata ataupun dalam bentuk siap cincin.

Saturday, March 6, 2010

Cincin Batu Tahi Bintang @ Meteorite (Saiz S) (Telah ditebus)



Inilah cincin perak bertatahkan permata batu tahi bintang @ meteorite bersaiz S. Cincin bersaiz 18 dengan ukiran seakan tangga. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Gombak **

Friday, March 5, 2010

Akhirnya Siap Cincin Batu Cempaka Kuning (Telah ditebus)



Alhamdulillah, akhirnya siap cincin batu cempaka kuning untuk dimaharkan kepada peminat blog. Sebelum ini dipaparkan batu cempaka kuning asli dalam bentuk mentah. Ramai yang bertanyakan saya agak mustahil untuk dijadikan permata ekoran saiznya yang agak kecil.

Bagi membuktikan kepada peminat blog paparan ini menunjukkan saiz batu cempaka dalam bentuk asal @ mentah dan daripada saiz yang kecil inilah telah dibentuk dengan proses canaian menjadi permata. Hanya tukang yang mahir dalam proses pemotongan dan canaian sahaja yang boleh berbuat demikian. Akhirnya jadilah cincin siap sebagaiman paparan diatas.
** Terima kasih En Ahmad Saiful Amiruddin, Cyberjaya **

Thursday, March 4, 2010

Aroma Kasturi



Seorang sahabat telah meminta saya mengetengahkan satu produk yang berasal daripada Mekah dan Madinah dan telah diberikan nama "Aroma Kasturi" ekoran ianya dibuat daripada minyak kasturi. Baunya teramat sedap dan agak manis sekali. Berbentuk buku seperti sabun tetapi ianya bukan sabun mandian.

Digunakan sebagai haruman selepas mandi dimana ianya digosokkan dibadan bagi mengekalkan keharuman sepanjang hari. Untuk dijual dengan harga RM 26 (seunit) termasuk belanja pos untuk Malaysia, Singapura dan Brunei.

Tuesday, March 2, 2010

Batu Cempaka Kuning @ Citrine


Koleksi terbaru yang diperolehi adalah batu cempaka kuning yang belum dijadikan permata. Batu ini adalah daripada gred yang biasa dan bukan daripada gred A. Pun begitu gred A akan dipaparkan pada masa hadapan. Batu yang diperolehi ini dalam bentuk asal dan akan diabadikan sebagai permata dalam masa terdekat.

Selain itu batu ini juga akan dihadiahkan kepada peminat blog yang berurusan dengan saya secara PERCUMA (dengan setiap pembelian barangan daripada blog).

Monday, March 1, 2010

Cincin Batu Tahi Bintang @ Meteorite (Tempahan Istimewa) (Telah ditebus)



Cincin batu tahi bintang ini bersaiz agak besar (saiz SL ~ melebihi 25mm) tempahan istimewa peminat kayudanteras daripada Klang. Mahar untuk batu tahi bintang bergantung kepada saiz permata disamping berat carat yang ditimbang (pun begitu mahar mampu milik dibawah harga pasaran biasa).

Mahar cincin ini walaupun agak tinggi daripada mahar saiz biasa tetapi telah dipersetujui dan mampu milik oleh pembeli cincin ini. Alhamdulillah, dengan ketekunan tukang canai saya (walaupun mengambil masa yang lama) beliau telah dapat menghasilkan permata batu tahi bintang yang berkilat (boleh buat cermin) dan kelihatan teramat sempurna sekali. Akan dihantar secepat yang mungkin.
** Terima kasih En Fauzi, Klang **