Friday, April 29, 2011

:: Koleksi Cincin Wanita :: Cincin Perak Permata Peridot RM110


Cincin perak tempahan khas ini digabungkan dengan permata peridot (hijau pucuk pisang). Berat permata dalam 3 carat dan saiz cincin ialah 15. Sesuai untuk dijadikan hadiah kepada isteri tersayang.

Wednesday, April 27, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Aked Pusu Hitam


Jika sebelum ini dipaprkan aked pusu @ aked 8 berwarna coklat manakla ini pula koleksi terbaru yang kami perolehi iaitu aked pusu hitam. Secara tepatnya aked pusu ini mempunyai gabungan warna hitam kehijauan, putih, merah dan coklat. Saiz permata yang dipaparkan adalah 26mm x 17mm x 8mm.

Tuesday, April 26, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Batu Aked Jalur Keris RM100


Batu aked jalur ini bersaiz 26mm x 13mm x 8mm. Didalamnya mempunyai bentuk seakan keris terhunus.

Monday, April 25, 2011

Thursday, April 21, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Besi Tahi Bintang @ Iron Meteorite Berpasak (Telah ditebus)

Cincin tempahan khas tangkai kendi kuku W bersaiz 17. Diapasak dengan besi misteri bagi pakaian diri.
** Terima kasih Hamba Allah, KK **

Wednesday, April 20, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Batu Firus Hijau


Permata batu firus ini pernah dipaparkan dalam posting terdahulu. Akhirnya telah diikat dengan cincin tempahan khas bunga pahat jawa bahagian sisi tepi dengan kuku 8. Saiz cincin adalah 21 manakala saiz permata adalah 28mm x 18mm x 10mm. Permata ini berbau wangi halus seakan setanggi arab dan warna berubah hijau tua sekiranya dipakai lama.

Tuesday, April 19, 2011

:: Koleksi Permata Rare dan Istimewa :: Permata Teras Gemunggal Hitam Berwajah

Permata teras gemunggal hitam jadi batu ini mempunyai 3 wajah. Jika diperhatikan seakan seorang tua bertongkat (kanan), seorang raja dengan tahta (tengah) dan seorang permaisuri (kanan). Pada asalnya kami tidak perasan akan wajah ini semasa proses canaian tetapi apabila siap ianya telah ditunjukkan oleh seorang sahabat akan kewujudan wajah itu.

Permata ini bersaiz 28mm x 17mm x 10mm dengan saiz lebih kurang syiling 50 sen. untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Monday, April 18, 2011

Tempahan En Jalal, Selangor (telah ditebus)






Cincin tempahan khas milik En Jalal, Selangor siap sebagaimana yang diminta. Cincin perak aloi dengan ukiran pahat jawa serta ditatahkan permata zircon berwarna merah disudut tepi kiri dan kanan cincin. Manakala permata asas adalah milik peribadi beliau.

Thursday, April 14, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Tulang Ikan Duyung Jadi Batu

ikan duyung

Akhirnya siap permata tulang ikan duyung jadi batu yang pernah dipaparkan diblog ini. Permata ini sebagaimana gambar diatas dibuat dalam 2 jenis permata iaitu gabungan antara tulang ikan duyung jadi batu dan tulang ikan duyung biasa dan juga hanya tulang ikan duyung jadi batu sahaja.



Permata hanya terhad kepada 5 biji ini sahaja. Terdapat 2 biji gabungan yang bersaiz kecil sedikit daripada 50 sen, 2 bersaiz 20 sen dan 1 bersaiz 10sen.

Tuesday, April 12, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Aked Yaman Jalur (Telah ditebus)



Permata aked yaman jalur digabungkan dengan cincin perak tempahan khas tangkai kendi kuku w dengan saiz cincin 17.
** Terima kasih En Rosli, Kota Bharu **


Monday, April 11, 2011

:: Koleksi Teramat Rare dan Istimewa :: Permata Aked Berubah Lam Alif 2 (Telah ditebus)


Permata aked berubah bersaiz segiempat ini juga menunjukkan respon yang sama dengan yang sebelumnya.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Cheras **


Saturday, April 9, 2011

:: Koleksi Teramat Rare dan Istimewa :: Permata Aked Berubah Lam Alif 1


Gambar diatas secara jelas menunjukkan akan perubahan bermula apabila permata siap dicanai sehinggal hari kelima dan sekarang.

Friday, April 8, 2011

:: Koleksi Teramat Rare dan Istimewa :: Permata Aked Lam Alif Berubah Warna


Dalam banyak-banyak batu aked akhirnya (buat masa ini) kami menemui batu aked yang berubah warna secara alami. Perubahan yang dipaparkan adalah amat ketara disamping kedua permata ini mempunyai huruf Lam Alif yang dapat dilihat dengan jelas sebagaimana gambar diatas. Aked ini didalam spesis aked pusu @ aked 8.

Buat masa ini kami hanya memaparkan ianya dalam bentuk warna asal bagi keadaan biasa dan dalam posting yang akan datang akan dipaparkan wajah setiap satu dalam keadaan peralihan warna menunjukkan akan keindahan dan kebesaran ALLAH swt. Untuk maharkan dengan Mahar Mampu Milik dan Mampu Bayar kepada sesiapa yang ingin memiliki permata ini. Stok untuk aked Lam Alif teramat rare ini terhad untuk dua biji ini sahaja.

Wednesday, April 6, 2011

:: Koleksi Istimewa dan Rare :: Tulang Ikan Duyung Jadi Batu




Koleksi terbaru yang diperolehi ialah tulang ikan duyung menjadi batu. Diperolehi secara istimewa disebuah tempat dibumi Malaysia yang terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab yang munasabah. Gambar diatas menunjukkan disebelah kiri tulang ikan duyung biasa dan sebelah kanan tulang ikan duyung menjadi batu.


Bagaimanapun perbandingan hanya dapat dibuat dalam sejumlah kecil sahaja bagi tulang ikan duyung menjadi batu. Insya Allah pada masa hadapan jika diizinkan oleh ALLAH swt kami akan memaparkan dalam bentuk yang lebih besar. Subhanallah atas keizinanNya membolehkan kami memilikinya. Jika dicanai tulang duyung menjadi batu ini ianya mempunyai seakan bau laut @ garam dan juga bau seperti rambut manusia dibakar. Batu ini dalam proses dijadikan permata untuk dimaharkan.

Tuesday, April 5, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Nibung Tunggal Jadi Batu


Cincin perak tempahan khas pahat bunga jawa dengan saiz 22. Permata adalah nibung tunggal jadi batu sebagaimana yang pernah dipaparkan sebelum ini. Permata bersaiz 20 sen.

Friday, April 1, 2011

:: Koleksi Cincin dan Batu Terbaru :: Cincin Batu Kecubung Pelangi Malaysia (Telah ditebus)


Amat jarang kedengaran batu kecubung pelangi terutamanya yang diperolehi di Malaysia. Kecubung ini diperolehi disebuah tempat diKelantan (kawasan hulu). Keunikan batu kecubung ini ianya menghasilkan warna pelangi bila bertindakbalas dengan cahaya. Amat menarik lagi jika diwaktu malam.

Cincin tempahan khas ini merupakan cincin perak ukiran bunga pahat jawa dengan kuku suasa corak crown dililit dengan permata swiss sebanyak 33 biji. Permata kecubung pula bersaiz 32mm x 25mm x 13mm (saiz XXXL) mana kala saiz cincin adalah 22. Sesuai bagi peminat yang bertubuh sasa bertepatan dengan saiz cincin dan permata.