Cincin ini merupakan buatan tukang Kelantan gred A (Morat, Tumpat). Cincin pahat bunga jawa ini bersaiz 17 digabungkan dengan permata zircon aka batu serai hijau cobochon yang amat menawan hati. Berminat sila PM bagi tawaran harga istimewa.
Thursday, February 28, 2013
Tuesday, February 26, 2013
:: Tawaran Istimewa :: Permata Delima Mozambiq (eye drop)
Permata delima Mozambique (natural untreated) ini di canai berbentuk eye drop @ air mata dan sesuai untuk dijadikan loket. Warna permata adalah sempurna dan teramat lawa. Berat adalah 12.4 carat dan untuk ditawarkan bawah harga semasa.
:: Untuk Perhatian En Z, Putrajaya :: (Telah ditebus)
Untuk Perhatian En Z, Putrajaya
Cincin perak pahat bunga jawa kuku 4 dengan berlian swiss sudut tepi kiri dan kanan cincin. Permata zamrud Colombia. Cincin buatan tukang gred A daripada Morat, Kelantan.
Monday, February 25, 2013
:: Tawaran Istimewa :: Permata Kecubung Kelantan Air Tua
Tengah on hold kanan telah ditebus
Permata batu kecubung berasal dari sebuah bukit di Kelantan ini mempunyai air tua seolah dark purple. Bersaiz kecil sedikit daripada saiz syiling 20 lama. tawaran harga adalah istimewa.Friday, February 22, 2013
:: Koleksi Permata Rare dan Istimewa :: Permata Fosil Batang Senduduk Bunga Putih
Kanan - telah ditebus
Permata yang dipaparkan adalah merupakan batang pokok hidup senduduk bunga putih yang telah menjadi batu dengan izin ALLAH swt. Stok yang diperolehi adalah terhad untuk 2 biji ini sahaja. Permata ini bersaiz hampir 20 sen.
Thursday, February 21, 2013
:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Fosil Pokok Gemunggal
Permata ini merupakan fosil pokok gemunggal yang telah dicanai menjadi permata. bersaiz hampir 10 sen. Tawaran istimewa.
:: Koleksi Cincin Terbaik :: Cincin batu Kecubung Kelantan Air Tua
Cincin perak lilit berlian swiss ini bersaiz 17 dan diikat dengan permata kecubung Kelantan air tua.
Wednesday, February 20, 2013
:: Koleksi Permata Isitmewa :: Permata Aked Jalur Mekah
Permata aked jalur Mekah ini bersaiz besar (lebih sedikit saiz syiling 50 sen) dan sesuai samada dijadikan permata cincin atau diikat loket.
Tuesday, February 19, 2013
:: Koleksi Rare :: Fosil Mani Gajah
Fosil mani gajah ini terdiri daripada 2 jenis iaitu jenis kristal dan jenis seakan santan kelapa. Yang berbentuk kiub adalah sesuai untuk dijadikan minyak manakala yang kristal sesuai untuk dijadikan permata. terdapat 2 permata untuk kristal iaitu dalam bentuk dicanai (kiri) dan dalam bentuk asal batu yang berkilat (kanan).
Monday, February 18, 2013
:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Natural Yellow Sapphire (Telah dijual)
Permata yellow sapphire @ nilam kuning ini mempunyai warna yang amat mantap. Permata ini di dalam kitab lama juga dirujuk sebagai yakut kuning yang mempunyai khasiat dan kelebihan yang berkaitan dengan rezki. Permata ini bersaiz 20 x 14 x 8 mm dengan berat 15.1 carat. Untuk dimaharkan bawah harga pasaran.
Friday, February 15, 2013
:: Koleksi Cincin Terbaik :; Cincin Perak Permata Delima Mozambiq
Cincin perak dengan lilitan berlian swiss kuku suasa crown ini digabungkan dengan permata "untreated" natural ruby @ delima mozambiq. Saiz cincin adalah 19 (boleh besar atau dikecilkan). permata mempunyai warna yang amat sempurna.
:: Koleksi Permata Istimewa :: Permata Nilam Burma
Permata nilam Burma ini bersaiz 14 x 11 x 7 mm dan mempunyai warna dalam kategori tua. Berat permata adalah 14 carat. Untuk dimaharkan kepada peminat dengan harga istimewa bawah harga pasaran.
Thursday, February 14, 2013
:: Untuk Perhatian Abg Ibrahim :: (On hold)
Untuk Perhatian Abg Ibrahim
Cincin perak pahat bunga jawa bertebuk kuku 4 dipadankan dengan zamrud Colombia air tua.
Wednesday, February 13, 2013
:: Koleksi Permata Rare :: Permata Aked Darah Mekah
Permata terbaru yang rare adalah aked darah Mekah. Permata ini bersaiz kecil daripada 5 sen dan ditawarkan dengan harga istimewa.
Friday, February 8, 2013
:: Koleksi Permata Rare :: Permata Fosil Madu Lebah (Telah ditebus)
Permata ini merupakan sarang madu lebah menjadi batu. Berkhasiat sebagai penawar pelbagai penyakit dengan izin ALLAH swt disamping kegunaan lain. Saiz permata 20 sen.
Thursday, February 7, 2013
:: Koleksi Permata Rare :: Permata Fosil Rotan
Permata ini merupakan fosil batang rotan hutan. Bersaiz 20 sen dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
:: Koleksi Cincin Terbaik :: Cincin Perak Permata Firus Hijau Iran
Cincin perak pahat bunga jawa digabungkan dengan permata firus hijau Iran bersiaz 20 sen. Saiz cincin adalah 20. Permata ini mempunyai keunikan di mana berubah warna mengikut pemakai. Kadangkala berwarna hijau terang dan kadangkala hijau light. Urat kuning juga semakin terang sekiranya dipakai. Jika serasi dengan pemakai ianya mempunyai bauan tersendiri. Ini telah diuji dan dibuktikan oleh guru kami bagi permata ini.
Wednesday, February 6, 2013
:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Zamrud Minyak @ Pandan (Telah ditebus)
Cincin perak pahat bunga jawa kuku 6 digabungkan dengan permata zamrud pandan atau juga dikenali sebagai zamrud minyak. Saiz cincin adalah 17.
** Terima kasih Sahabat, Sarawak **
** Terima kasih Sahabat, Sarawak **
Tuesday, February 5, 2013
:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Perak ::
Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Perak
Cincin perak aloi kuku cengkam kiri kanan digabungkan dengan permata fosil teras gemunggal tertua (ada besi)
:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Delima Mozambiq (Untreated)
Permata ini mempunyai warna yang sempurnadan amat sesuai untuk dijadikan permata cincin. Ianya adalah permata daripada kategori kelas terbaik dan untreated (dipanaskan bagi mendapat warna merah tua). Permata ini mempunyai 12 mm dan ketinggian 6mm manakala berat permata ini adalah 9.75 carat.
Labels:
delima,
delima merah asli,
delima mozambique,
ruby
Monday, February 4, 2013
:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Permata Batu Lelangit Buaya (On hold)
Koleksi batu lelangit buaya ini pernah dipaparkan secara bentuk asal yang diperolehi sebleum ini. Permata ini merupakan sebahagian daripada batu tersebut. Diperolehi daripada lelangit buaya yang menjadi batu. Di antara khasiat yang telah terbukti (daripada pembeli terdahulu) dan sebagaimana tercatat di dalam kitab lama ianya untuk ikhtiar perubatan penyakit berkaitan kulit, menundukkan buaya, menyejukkan tubuh badan dan sebagainya. Permata ini bersaiz 10 sen (20 x 14 x 9 mm) dan mempunyai bebola air di dalam batu.
Saturday, February 2, 2013
:: Permata Mampu Milik :: Permata Labrodite
a dan c -telah ditebus
Permata ini merupakan batu labrodite dengan kilauan tindakbalas gewe batu seakan batu moonstone @ batu bulan. Permata bersaiz 5 sen dan ditawarkan dengan mahar istimewa RM40 termasuk pos untuk Semenanjung Malaysia.
Permata ini merupakan batu labrodite dengan kilauan tindakbalas gewe batu seakan batu moonstone @ batu bulan. Permata bersaiz 5 sen dan ditawarkan dengan mahar istimewa RM40 termasuk pos untuk Semenanjung Malaysia.
Friday, February 1, 2013
:: Koleksi Terbaik :: Tasbih 99 biji Batu Ular (Telah ditebus)
Tasbih ini merupakan 99 biji batu ular digabungkan dengan beberapa jenis teras bagi bahagian kepala, imam dan bilal. Biji makmum dibuat berbentuk piring. Bahagian imam diperbuat daripada gabungan teras gemunggal pulau, damar minyak, kemuning hitam dan sudut kepala diletakkan batu kursani disamping batu ular berbentuk bulat. manakala bilal adalah gabungan teras kemuning hitam dan damar minyak.
Tasbih ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama sebagai pendinding binatang bisa di dalam hutan terutama ular, penyedut bisa dan sekiranya bernasib baik memperolehi batu ular yang level dan tarafnya sama dengan geliga ular. In sya ALLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)