Tuesday, May 31, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Aked Pusu Lam Alif Berubah Wajah (Telah ditebus)



Cincin tempahan khas tangkai kendi bunga pahat jawa dengan kuku ayam saiz kecil. Saiz cincin adalah 21 (boleh dibesar dan dikecil) daigabungkan dengan permata yang pernah dipaparkan sebelum ini isitu permata aked pusu Lam Alif berubah wajah.

Monday, May 30, 2011

:: Akan Datang :: Koleksi Terbaru

Akan datang beberapa koleksi barangan jadi batu untuk peminat blog.

Friday, May 27, 2011

:: Koleksi Permata Misteri dan Rare :: Batu Harimau Belang (Telah ditebus)


Koleksi terbaru yang kami perolehi dengan izin ALLAH swt adalah permata batu harimau belang. Terdapat 3 nama bagi batu ini tetapi kami telah mengambil jalan selamat bagi mengelakkan fitnah dengan menamakan batu harimau belang. Diperolehi secara istimewa oleh insan istimewa dengan cara perolehan juga istimewa yang tidak dapat difikir oleh hukum akal. Dikatakan permata batu harimau belang ini hanya dapat diperolehi 1 dalam 100, 000.

Terdapat rupa harimau belang cukup sifat didalam batu tersebut dan dibahagian belakang seakan kulit harimau didalamnya. Batu harimau ini bukanlah batu masak atau proses dan kami secara jujur hanya boleh bersumpah atas nama ALLAH, Rasulullah dan Al Quran bagi membuktikan bahawa ianya adalah asli. Peminat bolehlah menguji keaslian batu ini bagaimanapun pengujian hanyalah untuk ahli yang mempunyai ilmu hikmah sahaja.


Batu ini mempunyai khasiat yang teramat banyak dan antara khasiat alami yang diciptakan oleh ALLAH swt bagi batu ini adalah boleh dijadikan ikhtiar membuang segala saka, terkena buatan orang, penggerun dan lain-lain lagi yang tidak dapat dinyatakan bagi mengelakkan fitnah. Hanya untuk dimaharkan kepada peminat yang MAMPU sahaja untuk memiliki batu ini.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Penang **

Thursday, May 26, 2011

:: Sekadar Berkongsi :: Keunikan Aked Biru Yaman Berubah Warna


Sekadar berkongsi dengan peminat blog ekoran pertanyan sebilangan peminat yang ingin kami buktikan perubahan yang telah dikatakan kami. Sebelum ini kami pernah memaparkan 3 permata aked biru yaman berubah warna untuk dimaharkan. Salah seorang peminat blog telah menebus permata tersebut dan setelah siap diikat cincin pihak kami telah mengambil inisiatif bagi membuktikan akan kejelasan perubahan tersebut.

Setelah cincin siap permata masih lagi dalam keadaan biru bercampur putih jernih batu asal. Setelah 2 hari dipakai bagi tujuan pembuktian ianya telah berubah secara alami sehingga 98% telah menjadi warna putih jernih. Cuma dalam pembuktian ini pihak kami tidak dapat membuktikan ianya berubah sepenuhnya kepada 100% biru. InsyaAllah pihak kami telah meminta peminat yang menebus memberikan gambar sekiranya berlaku sedemikian.

Wednesday, May 25, 2011

:: Permata Firus Emas Mekah :: Permata 5 (Telah ditebus)


Saiz permata adalah 17mm x 11mm x 6mm
** Terima kasih Hamba ALLAH, Seremban **

Tuesday, May 24, 2011

:: Permata Firus Emas Mekah :: Permata 4 (Telah ditebus)




Saiz permata adalah 20mm x 11mm x 6mm

:: Permata Firus Emas Mekah :: Permata 3 (Telah ditebus)


Gabungan dua warna dengan saiz permata 15mm x 12mm x 6mm

Monday, May 23, 2011

:: Blog Terbaru :: Blog Tukang Perak Kelantan

Sebelum ini ramai yang ingin menempah cincin buatan tukang kami dengan menggunakan permata sendiri. Bagi tujuan tersebut kami telah menolak untuk menerima tempahan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini sekiranya berlaku kepada permata yang dihantar (jika permata kami kami boleh mengganti dengan yang lain).

Bagi tujuan ini tukang kami secara lansung telah sudi untuk menerima tempahan dan peminat blog bolehlah berhubung dengan tukang kami secara lansung sekiranya mempunyai permata sendiri yang ingin diikat. Sila layari:


http://abdullahtukangemas.blogspot.com

Wassalam. Semoga anda berpuas hati dengan khidmatnya.

:: Permata Firus Emas Mekah :: Permata 2 (Telah ditebus)

Terima kasih Hamba Allah, Balakong

:: Permata Firus Emas Mekah :: Permata 1 (Telah ditebus)

Terima kasih Hamba Allah, Kuala Lumpur

:: Koleksi Permata Rare dan Istimewa :: Permata Firus Emas Mekah

X - atas kanan telah ditebus

Sebagaimana yang dijanjikan akhirnya siap proses canaian oleh tukang canai kami dan hasilnya hanya 5 biji permata firus emas Mekah yang boleh kami tawarkan kepada peminat blog. Stok adalah terhad dan tidak akan kami perolehi lagi selepas ini (sebagaimana yang telah dimaklumkan kepada kami).

Bagaimanapun hanya 3 biji permata (bertanda X telah ditebus) sahaja yang kami dapat tawarkan kepada peminat blog ekoran 2 biji terlebih dahulu telah ditebus oleh peminat blog yang terawal melihat permata ini. Setiap permata termasuk yang telah ditebus akan diposting secara "close up" bagi memudahkan peminat blog membuat pilihan.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Seremban **

Saturday, May 21, 2011

:: Takziah :: Ujian Daripada Allah SWT

Kejadian tanah runtuh menimpa Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Batu 14, Hulu Langat (berdekatan rumah pemilik blog) benar-benar mengejutkan semua pihak. Setakat ini 5 pelajar (setakat 8.30pm) telah diistiharkan meninggal dan sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan anak-anak yatim yang masih belum diketemui.

Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang memelihara anak yatim maka (aku) Nabi dan Dia seperti dua jari di syurga. Nabi bersabda sambil menunjukkan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan tengah.


Sesungguhnya daripada ALLAH kita datang dan kepadaNya kita akan kembali
.

Al Fatihah

:: Aked Biru Yaman :: Permata 2 (Telah ditebus)

:: Aked Biru Yaman :: Permata 1 (Telah ditebus)

:: Koleksi Permata Pilihan :: Permata Aked Biru Yaman RM100


Tawaran untuk 3 biji permata aked biru yaman bersaiz syiling 10sen (tidak berubah warna). Posting seterusnya akan memaparkan permata secara "close up" bagi memudahkan peminat blog membuat pilihan.

Friday, May 20, 2011

:: Sekadar Berkongsi :: Perbandingan Firus Emas dan Firus Jalur Emas


Paparan diatas menunjukkan perbezaan firus emas (kehadiran emas tulen) dan firus jalur emas (kehadiran batu kursani kuning). Warna bagi kedua-duanya adalah berlainan.

:: Sekadar Berkongsi :: Permata Firus Emas Mekah


Untuk halwa mata peminat blog kayudanteras. Permata ini merupakan batu firus emas (bukan jalur emas yang pernah dipaparkan diblog ini) yang berkualiti dikatakan gred A , teramat mahal dan amat sukar diperolehi. Tempat yang diperolehi pula adalah calang-calang tempat iaitu daripada Jabal Abu Qubais yang terletak dihadapan Kaabah. Kehadiran emas didalam firus ini boleh diuji secara saintifik.

Pastinya ramai yang akan mempertikaikan kehadiran permata ini namun bagi kami senang sahaja untuk percaya atau tidak percaya itu adalah pilihan masing-masing. Bagi kami ianya diperolehi oleh insan yang terpilih dan kami hanya mampu bersumpah atas nama ALLAH, Rasulullah dan Al Quran bahawa ianya berasal dan asli sebagaimana yang kami nyatakan. Pun begitu permata diatas tidak untuk dimaharkan sesiapapun. Bagi peminat blog kami tidak akan menghampakan dengan stok yang teramat terhad dan mahar teramat amat mampu milik (bukan mahar pasaran) dalam masa terdekat.

Thursday, May 19, 2011

:; Koleksi Permata Terbaru :: Gemunggal Jadi Batu

gemunggal kelo
Permata ini merupakan koleksi gemunggal jadi batu siri kedua terdahulu. Dimana warna teras merupakan coklat dan bahagian putih dibawah adalah bahagian gubal @ kulit luar yang telah menjadi batu. Jelas kelihatan bintik yang diselaputi debu putih berlian bagi tujuan kilatan permata. Debu putih ini boleh ditanggalkan bagi menampakkan bintik asal sekiranya peminat blog ingin kami berbuat demikian. Saiz permata adalah 26mm x 14mm x 11mm.

Monday, May 16, 2011

:: Jabal Abu Qubais ::


Di timur Baitullah, jika kita membelakangkan hajarul aswad yang mulia, akan terpandanglah kita sebuah bukit yang dinamakan Jabal Abi Qubais yang mempunyai sejarah berkait rapat dengan sejarah Baitullah dan Kota Makkah al-Mukarramah. Jabal Abi Qubais atau lebih masyhur di lidah orang kita sebagai Jabal Qubais atau sesetengah orang tua memanggilnya "Jabal Kobes", dahulunya mencapai ketinggian 420 meter. Ada riwayat yang menyatakan bahawa Jabal Abi Qubais inilah seawal-awal gunung / bukit yang dicipta Allah atas muka bumi ini. Imam as-Sayuthi rhm. meriwayatkan dalam "al-Wasaa-il fi Musaamiratil Awaa-il" halaman 6 menulis:-

" Dan seawal-awal jabal yang diletakkan ALLAH swt diatas bumi ini adalah Abu Qubais, kemudian terpancar (tersebar) darinya segala jabal"

Banyak peristiwa bersejarah berkait dengan Jabal Abi Qubais. Jabal Abi Qubais dikenali juga sebagai Jabal al-Amin (bukit kepercayaan / bukit penyimpan amanah), kerana Allah telah mengamanahkan hajarul aswad dalam simpanannya pada waktu taufan dan bah zaman Nabi Nuh a.s. Tatkala Nabi Ibrahim membina semula Baitullah, maka Jabal Abi Qubais mengeluarkan kembali hajarul aswad lalu dibawa oleh Sayyidina Jibril a.s. dan serahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. Dalam sebahagian kitab-kitab tafsir seperti "Tafsir al-Jalalain" dan "Tafsir al-Qurthubi", dalam memberikan tafsiran bagi firman Allah s.w.t. yang kira-kira bererti:-

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan)mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh", (al-Hajj: 25 -)


Tafsir Pimpinan ar-Rahman menyatakan bahawa seruannya Nabi Ibrahim ini dilakukan baginda dari puncak Jabal Abi Qubais. Imam al-Qurthubi meriwayatkan dalam tafsirnya tersebut daripada Sayyidina Ibnu 'Abbas r.a. dan Sayyidina Ibnu Jubair r.a. yang menceritakan bahawa setelah Nabi Ibrahim menyelesaikan pembinaan Baitullah, maka Allah berfirman kepada baginda:
"Serukanlah segala manusia untuk mengerjakan haji." Maka Nabi Ibrahim bertanya: "Wahai Tuhan, adakah seruanku akan sampai kepada mereka"? Allah menjawab: "Serulah dan atas Akulah menyampaikannya." Lalu naiklah Nabi Ibrahim Khalilullah akan Jabal Abi Qubais dan berteriaklah baginda dengan katanya:

"Wahai manusia ! Bahawasanya Allah telah memerintahkan kamu untuk menunaikan haji ke Baitullah ini, untuk diganjari kamu dengan haji tersebut akan syurga dan diselamatkan kamu daripada azab neraka, maka berhajilah kamu."


Seruan Nabi Ibrahim ini telah dijawab oleh segala roh manusia yang berada di tulang-tulang sulbi lelaki dan rahim-rahim perempuan dengan ucapan talbiyyah "LaibaikAllahumma labbaik", sesiapa yang menjawabnya pada hari tersebut maka dia akan berhaji sebanyak mana jawapannya, jika menjawab sekali akan berhaji sekali dan jika dua kali akan berhaji dua kali, dan dari sinilah bermulanya ucapan talbiyyah yang menjadi semboyan atau syiar para hujjaj. Selain daripada itu, diriwayatkan juga bahawa batu-batu yang digunakan untuk membina Baitullah yang mulia diambil dari Jabal Abi Qubais.
Terdapat juga riwayat yang menyatakan bahawa mukjizat Junjungan s.a.w. membelah bulan berlaku di Jabal Abi Qubais, di mana setelah diminta oleh kaum musyrikin Makkah agar Junjungan Nabi s.a.w. memperlihatkan satu mukjizat, maka baginda dengan tunjukan jari baginda yang mulia telah membelah bulan menjadi dua belahan, sehingga disaksikan oleh kaum musyrikin Makkah bahawa bulan benar-benar terbelah dua, satu belahan di atas Jabal Qubais, manakala belahan keduanya pergi ke Jabal Qu`ayqa`aan (Jabal Qiiqa`aan atau Jabal Hindi). Selain peristiwa tersebut, sebahagian mufassir juga menceritakan bahawa tatkala turun firman Allah s.w.t yang kira-kira bererti:-

"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat." (asy-Syu`araa`: 214 - Tafsir Pimpinan ar-Rahman),

yang memerintahkan dakwah secara terang-terangan kepada kaum kerabat baginda, maka Junjungan Nabi s.a.w. membuat seruan tersebut dari Jabal Abi Qubais Ini adalah mengikut riwayat sebahagian mufassir, manakala sebahagian lain menyatakan baginda melakukan seruan dakwah tersebut dari Bukit Shofa. Kedua-dua riwayat ini tidaklah bercanggah kerana Jabal Shofa tempat memulakan ibadah sa`ie, terletak di hujung Jabal Abi Qubais dan merupakan sebahagian daripada jajaran Jabal Abi Qubais, manakala Jabal Marwah berada di permulaan jajaran Jabal Qiiqa`aan / Jabal Qu`ayqa`aan / Jabal Hindi.
Berbalik kepada peristiwa Nabi Ibrahim a.s. membuat seruannya agar umat manusia menunaikan haji dari atas Jabal Abi Qubais, maka dahulu ramai orang naik ke atasnya untuk berbuat sedemikian kerana mengambil sempena. Dahulu di atas puncak bukit tersebut ada sebuah masjid kecil yang dinamakan Masjid Bilal. Menurut cerita sesetengah orang, masjid tersebut dibina atas tapak di mana Nabi Ibrahim membuat seruan baginda tersebut.

petikan daripada Halaqah.net


Saturday, May 14, 2011

:: Koleksi Permata Istimewa dan Rare :: Permata Tulang Harimau Putih Jadi Batu


Sebelum ini stok telah kehabisan bagaimanapun dengan tidak sengaja terjumpa ketulan lama yang bersaiz ibu jari terselindung disebalik teras-teras kayu yang kami miliki. terdapat dua saiz sebagaimana gambar diatas. Yang kecil bersaiz 5 sen dan yang besar bersaiz 20sen.

Thursday, May 12, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Leleh


Permata batu leleh ini berwarna kehitaman dengan kepadatan yang padu. Diajadikan permata dalam bentuk loket dan permata cincin.

Wednesday, May 11, 2011

:: Koleksi Rare :: Koleksi Teras Kemuning Jadi Batu


Paparan diatas menunjukkan 3 sekawan koleksi teras kemuning yang telah menjadi batu yang diperolehi dengan kerahmatan ALLAH swt. Teras kemuning tersebut ialah teras kemuning kuning, teras kemuning hitam dan teras kemuning emas. Subhanallah dan Alhamdulillah atas kemurahan ALLAH swt membenarkan kami memiliki bagi tujuan berkongsi dengan peminat semua.

Tuesday, May 10, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Teras Kemuning Emas Jadi Batu Vs Teras Kemuning Kuning Kayu


Ini pula merupakan teras kemuning emas jadi batu dibandingkan dengan teras kemuning kuning kayu yang telah dipotong. Perbezaan ketara antara keduanya sebagaimana gambar diatas.

Monday, May 9, 2011

:: Koleksi Cincin terbaru :: Cincin Permata Delima Mozambique RM350


Cincin tempahan khas ini dibuat oleh tukang kelantan. Cincin perak ini dililit dengan berlian swiss disekitar batu dan juga disebelah kiri dan kanan cincin dengan ikatan kuku 4. Permata adalah delima merah Mozambique.

Sunday, May 8, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Nilam Biru Burma


Cincin tempahan khas juga dilit berlian swiss sekitar permata dan disudut kiri dan kanan sebanyak 6 biji permata berlian swiss diletakkan. Kuku cincin ini diperbuat daripada suasa dan berkuku 6. Permata merupakan permata nilam biru air tua (air kaca) Burma yang sepadan dengan rekabentuk cincin tersebut. Untuk dimaharkan bawah harga pasaran semasa (RM1,200). Mahar tawaran RM800.