Permata bulu burung cenderawasih dalam batu bergred A. Mempunyai kejelasan air dalam batu yang teramat baik. Jika bersetuju cincin perak akan dilaksanakan.
Permata batu leleh sebuah bukit di kelantan digabungkan dengan cincin perak aloi dengan kuku W. Tepi batu mempunyai belang alami/asal. Permata bersaiz 5 sen. Tawaran harga istimewa termasuk pos untuk Malaysia.
Cincin perak aloi tangkai kendi dengan kuku W. Bersaiz 17. Permata
batu Tok Wali atau juga dikenali sebagai batu magani suatu ketika
dahulu. Juga dikenali sebagai batu tabasheer dan lain-lain lagi. Tawaran
istimewa termasuk pos untuk Malaysia sahaja
Cincin perak digabungkan dengan permata zamrud Colombia air kaca. Saiz cincin adalah 19 dan saiz permata hampir 5 sen. Cincin perak kuku empat suasa. Untuk dimaharkan bawah harga pasaran.
Loket perak design crown dengan bentuk daun berlian swiss digabungkan dengan permata fosil teras gemunggal bersaiz hampir syiling 50 sen. Untuk dimaharkan dengan tawaran harga istimewa.
Cincin perak buatan tangan tukang Kelantan dengan design lilitan berlian swiss sekitar permata dan sudut tepi kanan dan kiri. Kuku daripada perak berbentuk crown dan permata adalah nilam putih kekuningan bergewe daripada Burma.
Cincin perak buatan tangan tukang perak Kelantan dengan design lilit berlian swiss kuku W. Cincin bersaiz 19 dan saiz permata hampir syiling 20 sen. Dimaharkan bawah harga pasaran.
Cincin perak buatan tukang Kelantan dengan design lilitan berlian swiss kuku W. Cincin bersaiz 19. Permata adalah baiduri hitam dengan gewe penuh dipermukaan atas batu. Saiz permata adalah 17 x 13 x 8 mm.
Koleksi terbaik kami adalah cincin perak digabungkan dengan berlian swiss (lilit permata) dengan kuku suasa digabungkan dengan permata delima putih ada gewe. Cincin bersaiz 19 dan saiz permata adalah 15 x 15 x 6 mm. Permata yang boleh dikatakan gred terbaik.