Friday, December 31, 2010

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Perbandingan Teras Mali Kayu dan Jadi Batu




Paparan ini menunjukkan perbandingan antara yang kayu dan jadi batu. Secara jelas rona kayu dan jadi batu tidak mempunyai perbezaan yang terlampau. Mengikut kitab tua lama teras kayu yang menjadi batu mempunyai kelebihan khasiat antara satu sama lain berlipat ganda (batu melebihi kayu).

Thursday, December 30, 2010

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Teras Mali Jadi Batu




Posting sebelum ini memaparkan teras mali kayu manakala posting ini pula akan memaparkan teras mali menjadi batu. Paparan diatas merupakan sedikit daripada teras mali jadi batu yang diperolehi dengan izin ALLAH swt. Posting seterusnya akan memaparkan perbandingan satu sama satu antara teras mali kayu dan jadi batu sebagai pembuktian barangan yang kami paparkan adalah asli.

Wednesday, December 29, 2010

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Permata Teras Mali



Untuk tatapan peminat blog inilah contoh teras mali yang telah siap dicanai. Mempunyai jalur yang amat menarik bergantung kepada proses pemotongan kayu sebelum dijadikan permata samata secara melintang ataupun menegak.

Monday, December 27, 2010

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Teras Mali




  • Pokok mali diketahui mempunyai 2 jenis iaitu mali bunga putih dan mali merah. Teras mali merupakan diantara teras yang amat sukar diperolehi dan juga dicari oleh peminat kayu teras. Kebanyakan teras yang diperolehi adalah berwarna merah.
  • Mengikut kitab tua lama teras ini dari segi khasiatnya mempunyai kelebihan sedikit berbanding kayu larak salah (juga amat sukar diperolehi)
  • Dalam kitab tua lama kayu mali boleh digunakan sebagai ikhtiar pagar rumah (digabungkan dengan ayat-ayat perang) dan selain itu boleh digunakan bagi menjatuhkan musuh dengan ayat-ayat tertentu
  • Teras mali pula digunakan untuk melawan dan menghancurkan perbuatan sihir berupa jin, syaitan dan iblis. Selain itu ianya juga merupakan pakaian diri yang antara terbaik disamping juga menjurus kearah pelimun sebagaimana larak salah (lagi elok berbanding larak salah mengikut kitab)


:: Koleksi Terbaru :: Batu Tok Wali (Telah ditebus)




Ini merupakan koleksi terbaru yang diperolehi semasa ekspedisi menjelajah hutan tempohari. Batu Tok wali ini mempunyai kelainan dari segi corak dan warna dan kearah batu wali cindai. Ia bertindak balas dengan magnet.
** Terima kasih En Faizal, Taman Cempaka **

Thursday, December 23, 2010

:: Koleksi Terbaik :: Permata Teras Gemunggal Hitam Jadi Batu



Dua biji permata ini untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Mahar ada diskaun sempena YES dengan "Mampu Milik dan mampu Bayar". Saiz adalah sebagaimana perbandingan dalam gambar diatas. Gambar atas diambil tanpa menggunakan flash manakala gambar bawah menggunakan flash dan jelas kelihatan bintik teras gemunggal ini. Permata ini merupakan antara kategori paling baik dalam koleksi teras gemunggal didalam blog ini.

Wednesday, December 22, 2010

Pilihan Teras Gemunggal Jadi Batu (Telah ditebus)


Untuk perhatian En Mukrim.

:: Tawaran Istimewa :: Permata Gemunggal Jadi Batu


Permata TG1 (gambar atas)
Permata TG2 (gambar atas)
Permata TG3 (gambar atas)
Permata TG4 (gambar atas)

Tawaran mahar istimewa untuk permata gemunggal jadi batu sebagaimana gambar diatas. Terdapat kepelbagaian warna dan corak dalam permata diatas. Ada diantaranya dikatakan sebagai batu aked oleh kerana warna coklat yang menyerupainya. Pun begitu gemunggal jadi batu ini tidak meninggalkan corak rona kayu dan sifat-sifat asal yang membuktikan keasliannya.

Monday, December 20, 2010

:: Koleksi Campur :: Permata Gabungan Teras Gemunggal Jadi Batu (Telah ditebus)




Permata ini adalah gabungan teras gemunggal hitam jadi batu dengan gemunggal jadi batu berwarna putih kekuningan coklat. Saiz adalah sebagaimana didalam gambar dan permata ini merupakan tawaran mahar istimewa sempena "YES" atau "Jualan Akhir Tahun". Berminat tentang mahar sila SMS.

Friday, December 17, 2010

:: Tawaran YES :: Permata Kelapa Buta Berpasak



Permata kelapa buta @nyiur buta ini bersaiz antara 10 hingga 20 sen. Dipasak dengan tahi bintang dan stok yang dimiliki buat masa kini hanyalah 3 biji ini sahaja (yang lain dalam proses canaian).

Tuesday, December 14, 2010

Cincin Ubi Kayu Jadi Batu



Cincin tempahan khas tangkai kendi bungkus penuh ini bersaiz 14 dan digabungkan dengan permata ubi kayu jadi batu.

Friday, December 10, 2010

:: Koleksi Rare dan Terbaik :: Cincin Perak Crown Teras Gemunggal Hitam Jadi Batu (Telah ditebus)



Cincin perak ini bersaiz 20 dengan corak crown dibahagian kukunya. Permata adalah bersaiz 23mm x 12mm x 10mm.
** Terima kasih En Mishar, Negeri Sembilan **

Thursday, December 9, 2010

:: Koleksi Rare :: Cincin Sejadah Bunian Dalam Batu Gred B (Telah ditebus)


Sebelum ini dipaparkan permata ini tanpa ikatan cincin perak. Bagi menampakkan kecantikan permata ini ianya telah digabungkan dengan cincin perak tangkai kendi dengan saiz 15. Permata ini lebarnya menyamai saiz syiling 20 sen. Cebisan kain sejadah dengan bulu kapas jelas boleh dilihat didalam batu permata ini. Amat sesuai bagi tujuan perniagaan dan kerjaya disamping fungsinya sebagai pakaian diri. Kain sejadah didalam batu ini adalah hidup dimana ianya berubah warna bergantung kepada sipemakai (niat dan tujuannya). Wallahualam.
** Terima kasih En Ibrahim, Pandan Indah **

Wednesday, December 8, 2010

:: Cincin Khas :: Cincin Kuku Suasa Teras Gemunggal Jadi Batu (Telah ditebus)





Cincin ini merupakan tempahan khas dengan bunga pahat jawa bertebuk digabungkan dengan kuku w dairpada suasa. Permata adalah teras gemunggal hitam jadi batu yang mempunyai pelbagai khasiat alami dan ini telah disahkan oleh beberapa peminat yang telah memperolehi teras gemunggal ini. Cincin bersaiz 20 dan saiz permata adalah 21mm x 18mm x 8mm. Mahar adalah ISTIMEWA sempena tahun baru Islam (terhad untuk cincin ini sahaja).
** Terima kasih En Iwan, Kuala Lumpur **

Monday, December 6, 2010

:: Koleksi Cincin Istimewa :: Batu Cindai Pasakan Istimewa



Permata ini pernah dipaparkan sebelum ini tanpa ikatan cincin perak. Kini permata ini digabungkan dengan cincin perak tangkai kendi bungkus penuh dengan saiz cincin 18. Pasakan adalah barangan terpilih iaitu besi 7pa, gemunggal batu dll (rujuk posting terdahulu).

Sunday, December 5, 2010

:: Selamat Semuanya ::

Alhamdulillah ekspedisi menjelajah hutan selesai dengan jayanya. Pelbagai pengalaman diperolehi dan yang penting kesabaran dan hasil yang diperolehi akan dikongsi bersama peminat semua. Blog akan dikemaskinikan seperti sedia kala InsyaAllah esok.