Sunday, October 31, 2010

:: Stok Akhir :: Aked Yaman Lubang @ Combong Alamai P3



Permata terakhir dinamakan P3. Hanya mempunyai lubang dibahagian atas sahaja. manakala dibahagian bawah adalah datar. Permata ini jika dilihat secara biasa berwarna hitam tetapi jika dikenakan cahaya ianya mempunyai gabungan warna putih kekuningan dan hitam.

Saturday, October 30, 2010

:: Stok Akhir :: Aked Yaman Lubang @ Combong Alami P2



Permata kedua dinamakan P2. Juga mempunyai lubang dibahagian atas dan bawah sebagaimana paparan diatas. Bahagian bawah kelihatan unsur-unsur kristal halus jika dipancarkan cahaya kepadanya. Lubang luas.

Friday, October 29, 2010

:: Stok Akhir :: Aked Yaman Lubang @ Combong Alami P1



Permata ini diberikan kod P1. Lubang alami amat nyata dan jelas boleh dilihat daripada atas dan bawah.

Thursday, October 28, 2010

Permata Loket Teras Gemunggal Jadi Batu (Telah ditebus)



Untuk perhatian Cik Syairah.

Permata loket teras gemunggal jadi batu ini bercorak abstrak dengan gabungan pelbagai warna. Permata ini telah dipasak dengan tahi bintang, kemuning hitam jadi batu, kain cindai tuan puteri dan ular cintamani.

:: Koleksi Istimewa :: Permata Batu Cindai Merah Wajah Berpasak




Permata batu cindai ini dipasak dengan barangan istimewa yang agak sukar diperolehi. Antara barangan yang dipasak adalah besi 7pa (semua puting patah secara alami) , batu kursani kuning, besi kursani tahap 1, besi tahi bintang, tulang harimau putih jadi batu, tempurung buta, gemunggal batu dan batu tok wali. Bersaiz syiling 20 sen dan teramat istimewa khasiatnya. Pernah diuji oleh beberapa oran peminat yang ingin mengetahui akan kelebihan batu ini. Disamping itu jika diperhatikan permata ini mempunyai wajah secara alami.

Wednesday, October 27, 2010

Loket Perak Teras Gemunggal Jadi Batu




Untuk dimaharkan loket perak siap dengan permata teras gemunggal jadi batu. Bentuk permata mempunyai rona campuran beberapa warna dan berwajah.

Tuesday, October 26, 2010

:: Koleksi Istimewa :: Batu Cindai Kuning Emas




Sebelum ini pernah dipaparkan batu cindai merah emas dan batu cindai merah tetapi koleksi ini adalah batu cindai kuning emas. Warna kuning emas menyerlahkan dan menghidupkan keindahan batu permata ini. Permata ini bersaiz syiling 20 sen.

Monday, October 25, 2010

:: Koleksi Istimewa :: Cincin Permata Rumput Jarum Mas Kuning (Telah ditebus)





Antara koleksi terbaik yang pernah diperolehi ialah permata rumput jarum mas sebagaimana paparan diatas. Kebiasaan inclusion jarum mas dalam bentuk jarum tetapi koleksi ini mempunyai inclusion seakan rumput jarum mas yang berwarna kuning. kejernihan batu menyerlahkan lagi keindahan permata ini. Telah diikat cincin tangkai kendi kuku U dengan saiz 17.
** Terima kasih En Sukor, Negeri Sembilan **

Sunday, October 24, 2010

Gelang Batu Tok Wali





Gelang ini merupakan beberapa gabungan batu Tok Wali yang dipilih daripada 8 jenis batu yang berlainan warna dan corak. 7 daripadanya melekat dengan magnet dan hanya 1 (hijau muda) tidak bertindak balas dengan magnet. Antara batu Tok Wali diletakkan teras kayu tembuni hitam.

Saturday, October 23, 2010

Penapis (filter) Rokok Kemuning Hitam






Paparan diatas adalah contoh penapis @ filter rokok yang dijadikan daripada teras kemuning hitam. Selain berfungsi sebagai penapis ianya juga sesuai untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dalaman sebagaimana yang sudah diketahui umum. Biasanya kaki rokok tidak akan lekang dengan rokok jadi dengan penapis ini kaki rokok tidak akan lekang daripada rokok dan teras kemuning hitam.

Peminat boleh menempah penapis rokok ini sebagaiman saiz diatas. Terdapat juga penapis rokok yang dibuat dengan teras kemuning hitam disalut perak. InsyaAllah akan dipaparkan. Bagaimanapun kedua-dua penapis diatas sudah dimiliki oleh peminat yang sudah lama menempahnya. Berminat sila SMS.

Thursday, October 21, 2010

:: Koleksi Istimewa :: Permata Batu Cindai Merah Emas




Permata batu cindai merah emas ini bersaiz syiling 20 sen. Gabungan warna yang amat terang dan sempurna memancarkan akan kualiti batu ini. Respon yang diberikan peminat yang terdahulu memiliki batu ini ialah ianya boleh digunakan untuk perubatan pelbagai penyakit disamping memberikan kesan yang baik terhadap keterampilan diri dalam pergaulan harian dengan teman-teman dan juga hubungan suami isteri. Alhamdulillah atas khasiat yang diberikan oleh ALLAH swt.

:: Koleksi Terhad :: Cincin Permata Selumbar Nibung Dalam Batu Siri 1



Cincin pertama bagi permata selumbar nibung dalam batu ini bersaiz 19 dengan perak tempahan khas tangkai kendi kuku w. Saiz permata adalah 28mm x 19mm x 11mm.

Wednesday, October 20, 2010

:: Koleksi Rare :: Permata Ikan Dalam Taman Batu Gred B Siri 1 (Telah ditebus)






Antara koleksi rare yang diperolehi ialah batu yang mempunyai seekor anak ikan didalamnya (berwarna oren). permata ini mempunyai kejelasan yang baik. Disamping seekor anak ikan ianya juga mempunyai inclusion jarum mas putih selain daripada pasir halus yang membentuk seolah taman permainan ikan. Amat rare dan sukar untuk diperolehi.
** Terima kasih En Mat, Pasir Mas **

Tuesday, October 19, 2010

:: Koleksi Terhad :: Permata Selumbar Nibung Dalam Batu (On hold)



Permata mempunyai dua batang selumbar nibung dan jika dilihat seolah berbentuk lam alif. Ia mempunyai kejelasan air batu yang menampakkan selumbar ini dengan jelas sekali.

Keris Gabungan Besi Terpilih @ Keris Kepala Tok Wali







Sepatutnya keris ini dimasukkan didalam blog kami iaitu Senjata Warisan Melayu. Tetapi memandangkan ramai yang tidak menyedari akan kehadiran blog ini walaupun telah disiapkan link disebelah kanan atas blog ini jadi untuk berkongsi koleksi terpaksalah saya memaparkan disini sebagai transit untuk semua. Keris ini diperolehi dari Kelantan.

Keris ini dinamakan kami sebagai keris gabungan besi terpilih atau juga keris kepala tok wali. Ianya berlok 17 dan antara gabungan besi terpilih adalah besi 7pa (semua puting patah secara alami semasa digunakan), besi tahi bintang dan besi keris lama. Keris ini bukanlah keris antik @ purba tetapi keris yang telah dibikin @ ditempa kembali menggunakan gabungan yang telah disebutkan. Ianya sesuai sebagai pakaian diri dan boleh dibuat medium untuk perubatan. Kepala keris ini merupakan kepala tok wali yang sedang khusuk solat. Keterangan lanjut akan diberikan dalam blog yang berkenaan.

Monday, October 18, 2010

:: Koleksi Terhad :: Permata Selumbar Nibung Dalam Batu





Koleksi terbaru ialah permata selumbar nibung dalam batu yang diperolehi di sebuah tempat di Pantai Timur, Malaysia. Stok hanya diperolehi dalam 5 biji tetapi dalam posting ini dimasukkan 2 biji terlebih dahulu. Permata ini bersaiz lebih kurang 5 sen dan ada sedikit retak dalam batu ekoran proses canaian.