Rata-rata dikalangan peminat barangan mistik tidak dapat membandingkan antara batu leleh dan besi leleh. Begitu juga dengan Batu Kursani(besi kursani tahap 2) dengan Besi Kursani (Tahap 1). Untuk bahagian pertama ini saya akan cuba membandingkan antara batu leleh dan besi leleh.
Jika dilihat secara mata kasar batu dan besi leleh hampir sama tetapi jika anda menggunakan pengamatan yang lebih, besi leleh ternyata lebih berkilat berbanding batu leleh. Untuk menguji samada ianya batu atau besi, anda hendaklah menggunakan magnet untuk mengujinya. Sekiranya besi leleh maka ianya akan bertindakbalas dengan magnet (melekat) tetapi tidak dengan besi yang lain. Kerana apa..kerana ia bersifat besi dan memang sifat alam besi sama besi tidak akan melekat.
Hendaklah ingat besi leleh akan melekat dengan magnet...bukan apa ada diantara penjual menipu dengan mencanai magnet dan dikatakannya besi leleh..macam-macam zaman sekarang..asyik menipu untuk mencari makan.
Khasiat:-
- Dikatakan sebagai "Raja Batu Permata" oleh kebanyakan pengamal perubatan dan ahli kebatinan kerana segala khasiat yang ada pada batu permata terkandung didalamnya
- Bertindak sebagai penghalau makhluk halus, pendinding sihir, menguatkan semangat diri ketika kecemasan dan ketakutan, didalam keadaan tertentu (fisabilillah) badan seseorang boleh menjadi kebal dan semuanya ini dengan izin ALLAH swt. Semuanya bergantung kepada qada dan qadar serta keserasian pemakai.
Untuk dimaharkan dengan harga mampu milik bagi semua peminat barangan mistik (diskaun sempena Ramadhan) iaitu :~ Batu leleh RM 60.00 dan Besi leleh RM 100.00 termasuk kos penghantaran dan hadiah percuma berupa kayu teras dan batu.
No comments:
Post a Comment