Wednesday, June 29, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Batu Firus Iran RM220




Cincin tempahan khas tukang perak Kelantan dengan rekabentuk tangkai kendi bunga pahat jawa kuku 6. Cincin bersaiz 16 dan saiz permata 16mm x 13mm x 5mm. Tidak termasuk pos penghantaran.

:: Koleksi Permata Istimewa :: Permata Batu Gunung Ledang Edisi Khas (Telah ditebus)


Permata batu Gunung Ledang ini berlainan dengan permata yang pernah diparkan samada edisi pertama ataupun edisi kedua. Batu ini merupakan daripada edisi kedua cuma dicanai dalam bentuk yang berlainan iaitu tanpa inclusion "lemak minyak" sebagaimana biasa. Bersaiz 20 sen dengan ketelusan cahaya terang.
** terima kasih En Mustafa, Singapura **


Friday, June 24, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Kemuning Emas jadi Batu RM1XX (Sila SMS)

Kiri telah ditebus

Akhirnya siap permata kemuning emas jadi batu ini untuk tatapan peminat blog. Mempunyai warna coklat kekuningan dibahagian permata. Bersaiz syiling 20 sen dengan lebar saiz syiling 5 sen.

Thursday, June 23, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Kemuning Kuning Jadi Batu (Telah ditebus)

Tengah telah ditebus


Permata ini merupakan koleksi kemuning kuning jadi batu yang tidak sama dengan koleksi sebelum ini. Koleksi terbaru ini mempunyai kelainan dimana ianya berfungsi seakan-akan spesis geliga dimana boleh menghisap bisa (telah dibuat ujian oleh pemilik). Permata ini bersaiz syiling 10 sen (besar sedikit).

Wednesday, June 22, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Teras Hitam Arang Jadi Batu Rm1XX (Sila SMS)

Kiri telah ditebus

Sebelum ini dipaparkan teras hitam arang jadi batu dalam bentul asal dan ini permata yang telah siap dicanai bagi diikat dengan cincin. Permata ini bersaiz besar sedikit daripada syiling 10 sen.

Tuesday, June 21, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Fosil Gigi Geraham Gajah Mastodon RM1XX (Sila SMS)


Gigi geraham gajah purba siap dijadikan permata cincin. Bersaiz lebih kurang syiling 10 sen (besar sedikit). Mengikut khasiat didalam kitab ianya lebih kepada penawar dan seribu jenis khasiat lagi yang tidak dapat dinyatakan.

Monday, June 20, 2011

:: Koleksi Permata Misteri dan Rare :: Bertap Batu

batu bertap
Permata rare yang diperolehi untuk dimaharkan adalah bertap batu atau dengan lebih tepat ibu bertap batu. Batu ini sebenarnya diperolehi setahun yang lalu tanpa kehadiran rambut sebagaimana didalam gambar diatas. Tanpa sengaja setelah setahun kamu cuba mengeluarkan permata ini dan peliknya dengan izin ALLAH swt batu ini seolah mengeluarkan damar dan darinya helaian rambut berwarna putih keluar memenuhi bahagian tepi permata tersebut. Batu ini bukan ditampal ataupun dibuat bagi tujuan menipu peminat blog. Bulu tersebut hidup dan insyaAllah akan bertambah panjang.

Sebelum ini pernah kami diberikan teka teki oleh sahabat yang berbunyi dalam banyak-banyak batu batu apa yang mempunyai bulu. Rata-rata memberikan jawapan negatif berunsur lucah. Tapi dengan kehadiran batu ini membuktikan akan jawapan yang sebenarnya. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan MAHAR istimewa.

Friday, June 17, 2011

:: Koleksi Permata Istimewa :: Aked Pusu @ Aked 8 Berubah Wajah




Permata ini merupakan salah satu permata aked pusu @ aked 8 yang kami perolehi dan dapat berubah wajah dalam keadaan tertentu. Perubahan ini dibahagian permukaan atas batu akan bertukar warna kundang sebagaimana warna disudut bawah permata (gambar 2). Dalam keadaan biasa ianya berwarna pucat kuning keputihan. Bersaiz 50 sen.

Thursday, June 16, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Aked Lumut Iran (Tawaran RM100 sebiji)


Aked lumut Iran ini bersaiz antara syiling 10 sen dan 20 sen. Berbentuk bulat dengan ketinggian 8mm.

Wednesday, June 15, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Besi Leleh Jalur Berpusar (Telah ditebus)


Besi leleh jalur merupakan antara spesis besi leleh yang sukar diperolehi. Mempunyai jalur dan amat padat berbanding besi leleh hitam biasa. Dikatakan dalam ranking yang tinggi dikalangan besi diaatas muka bumi ini.
** Terima kasih En Zaini, KL **


Tuesday, June 14, 2011

:: Koleksi Permata Loket :: Batu Gunung Ledang dan Batu Aked Pusu


Dua permata loket ini dibuat bagi kegunaan kaum wanita. Kedua-duanya belum diikat perak. Sekiranya berminat bolehlah membuat tempahan. Mahar istimewa bagi kaum wanita. Sila SMS bagi mengetahui mahar.

Friday, June 10, 2011

:: Koleksi Terbaru :: Besi Leleh


Koleksi terbaru ini merupakan besi leleh yang diperolehi dari sebuah bukit di Kelantan. Ketulan ini mempunyai campuran batu bukit, batu leleh dan besi leleh. Akan dijadikan permata dalam masa terdekat.

Thursday, June 9, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Teras Hitam Arang Jadi Batu







Selain teras penawar hitam jadi batu, kami juga telah diizinkan oleh ALLAH swt bagi memiliki teras hitam arang jadi batu. Sebagaimana gambar diatas sebatang pokok menjadi batu dan jika diperhatikan tongkol ini termasul kulit luarnya @ gubal yang berwarna putih juga menjadi batu. Berapa usianya hanya ALLAH mengetahui. Terdiri daripada kelompok batu penawar sebagaimana disebutkan didalam kitab lama.

Wednesday, June 8, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Aked Pusu @ Aked 8


Cincin tempahan khas tukang perak Kelantan dengan rekabentuk tangkai kendi pahat bunga jawa dan bungkus penuh. Saiz cincin adalah 21. Permata agak menawan dengan kehadiran no 8 disudut tengah cincin tersebut.

Tuesday, June 7, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Teras Penawar Hitam Jadi Batu


Dengan izin ALLAH swt kami telah memperolehi teras penawar hitam yang menjadi batu (fosil). Jika diperhatikan gambar ianya tidak tumpah seperti sebatang kayu tetapi jika dipegang barulah boleh merasakannya bahawa ianya adalah fosil @ jadi batu. Buat masa ini sedang diproses menjadi batu permata oleh tukang kami.

Friday, June 3, 2011

:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Gigi Geraham Mastodon Jadi Batu


Pertama kali kami memperolehi geraham ini dengan izin ALLAH swt, kami terasa agak sangsi juga berkenaan kewujudan geraham binatang ini. Namanya pun kami belum pernah mendengar seumur hidup. Tetapi setelah dirujuk menggunakan tukang nujum Google rupanya memang wujud binatang ini bahkan usianya puluhan ribu tahun melebih usia gajah mammoth.

Pada asalnya gigi geraham (molar) gajah mastodon jadi batu ini berwarna seakan karat (coklat kuning kehitaman). kami telah mengambil 7 hari untuk menjadikannya putih sebagaimana didalam gambar. 3 hari direndam didalam asid, 2 hari direndam dalam air limau nipis dan 2 hari direndam dan digosok dengan klorox. Hasilnya baru jadi seperti paparan diatas. Teramat unik gigi geraham gajah Mastodon ini.

Buat masa ini dalam proses dijadikan permata cincin bagi dimaharkan kepada peminat yang berminat.
Peminat blog bolehlah merujuk kepada beberapa blog dibawah sekiranya agak sangsi akan gigi geraham jadi batu ini.

http://paleoenterprises.com/elepage6.htm
http://skywalker.cochise.edu/wellerr/students/mammoth-mastodon/mastodon.htm

http://www.elephant.se/mastodon.php

http://www.ansp.org/museum/jefferson/mastodon/f-mammut-tapiorides.php

Thursday, June 2, 2011

:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Mastodon




Akan datang? Apakah binatang yang dinamakan Mastodon? Berapakah usianya? Perbezaan antara Mastodon dengan Mammoth?

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Cempaka Kuning 2 (Telah ditebus)


Berat permata ini adalah 98 carat dengan ukuran 30mm x 25mm x 18mm
(Pasaran RM15/carat TAWARAN RM5/carat)
** Terima kasih Tn Airy, Sabah **