Thursday, September 30, 2010

Permata Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu



Permata tanduk kambing gurun jadi batu ini berbentuk segiempat tepat dengan panjang saiz syilling 20 sen. Sesuai untuk dijadikan cincin bagi sesiapa yang berminat dengan b entuk segiempat dengan mahar mampu milik.

Tuesday, September 28, 2010

Permata Batu Bulu Emas Burung Cenderawasih Gred A (Telah ditebus)







Permata ini mempunyai inclusion bulu burung cenderawasih yang berwarna emas didalam batu yang diperolehi secara istimewa. Inclusion ini boleh dilihat secara jelas dan boleh diuji sekiranya berminat. Bersaiz syilling 20 sen dengan kejernihan air batu dan dicanai dengan cukup sempurna (tiada retak). Sila SMS sekiranya berminat.
** Terima kasih En Nazri, KL **

Monday, September 27, 2010

Cincin Jarum Mas Perang Gred A



Cincin perak dililit berlian swiss ini bertatahkan permata batu jarum mas perang gred A. Inclusion yang ditonjolkan amat menarik dengan susunan yang menarik seakan rumpun buluh.

Saturday, September 25, 2010

Close Up Cincin Batu Sejadah Bunian Gred A+





Untuk tatapan peminat blog gambar yang diambil secara close up bagi melihat inclusion (cebisan sejadah bunian) didalam batu yang diperolehi. Subhanallah.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Selangor **

:: Istimewa :: Cincin Batu Sejadah Bunian Gred A+





Koleksi istimewa barangan bergred tinggi yang diperolehi adalah permata batu sejadah bunian gred A+. Permata ini mempunyai kejernihan air batu (clearance) yang sangat sempurna dengan inclusion kandungan didalamnya kain sejadah bunian berwarna putih kemerahan lembut. Diperolehi secara istimewa dengan izin ALLAH swt.

Permata ini telah diikat dengan cincin platinum tempahan khas bersaiz 22 dengan corak bunga seperti pahat jawa tebuk. Juga diletakkan permata swiss bagi melengkapkan penampilan cincin ini. Cincin ini disamping keunikannya yang semulajadi ianya juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Sila SMS sekiranya berminat.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Selangor **

Friday, September 24, 2010

Permata Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu

kambing gurun


Untuk perhatian En MJ, Singapura.


Permata tempahan ini dipasak dengan 5 gabungan pilihan iaitu tahi bintang (iron meteorite), teras gemunggal jadi batu, besi lelah jalur, besi kursani tahap 1 dan batu petir api.

Wednesday, September 22, 2010

Permata Batu Sejadah Bunian Juzuk 2 (Telah ditebus)




Permata batu sejadah bunian ini bersaiz 20 sen dengan bentuk segiempat. Inclusion bulu sejadah bunia jelas kelihatan didalam batu ini. berminat sila SMS.

Tuesday, September 21, 2010

Permata Loket Gemunggal Batu (Telah ditebus)



Untuk perhatian En Salahuddin, Sarawak

Permata bagi loket teras gemunggal jadi batu koleksi terbaru. Permata ini dalam proses diikat perak dan insyaAllah dalam beberapa hari lagi akan siap.

Monday, September 20, 2010

Teras Gemunggal Pulau dan Teras Semeru




Hingga kini pelbagai perbandingan telah dibuat oleh pelbagai blog bagi membuktikan sesuatu teras gemunggal itu samada asli atau tidak. Bermula daripada anak pokok hinggalah kepada permata siap. Beberapa bulan yang lepas ada beberapa peminat blog yang SMS kami meminta kami merujuk kepada satu blog yang dikenali sebagai blog teras gemunggal Tok Ayoh (rasanya dalam loghat Kelantan ni). Setelah membaca sepenuhnya kami menyokong sepenuhnya usaha Tok Ayoh ini walaupun agak terlewat bagi kami memujinya.

Semalam kami bersama seorang sahabat memasuki kampung untuk mencari teras semeru. Rupanya orang kampung (di Kelantan) juga memanggilnya dengan nama pokok kekacang ataupun pokok daun busuk. Memang senang untuk memperolehi pokok ini dan kebanyakannya boleh ditemui ditepi jalan sahaja. Setelah dipotong kami telah berusaha mencanai teras itu bersama dengan teras gemunggal pulau yang diperolehi bagi membezakannya (buat sendiri dan bukan menerima bulat-bulat daripada orang lain). Dan hasilnya adalah seperti diatas. Amat nyata perbezaan diantara keduanya. Akhir kata fikirkanlah sendiri.

Friday, September 17, 2010

Cincin Gabungan Batu Jarum Mas Putih & Perang Gred A (Telah ditebus)






Koleksi terbaru yang diperolehi adalah cincin perak tempahan khas yang digabungkan dengan permata batu jarum mas putih & perang gred A. Inclusion adalah jelas dengan air yang jernih seolah-olah kanta pembesar.

Permata ini dicanai tanpa membuang lapisan bawah batu dimana sekiranya dilihat secara dekat akan kelihatan seakan dasar laut dengan pasir dan batu karang. Permata istimewa ini diperolehi secara istimewa dan tukang canai permata di Kota Bharu mengatakan kepada kami permata ini merupakan 1 dalam 5,000 permata yang diperolehi ekoran gabungannya yang teramat sempurna. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang mampu dengan mahar mampu milik dan mampu bayar.
** Terima kasih En Firdouz, Kuching **

Thursday, September 16, 2010

Permata Batu Kecubung Malaysia Gred 2



Permata batu kecubung @ ametyst ini diperolehi dari negara ini dan merupakan kategori gred 2. Permata ini bersaiz duit syiling 10 sen. Berwarna campuran warna ametyst gelap dan cerah @ light.

Tuesday, September 14, 2010

Permata Unik Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu (Telah ditebus)




Bentuk permata ini amat unik dan sesetengah daripada sahabat kami mengatakan ianya seperti geliga ular tedung selar yang asli cuma yang membezakannya adalah warna.
** Terima kasih En Zairol, Penang **

Thursday, September 9, 2010

:: Selamat Hari Raya Aidil Fitri ::


  • Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua peminat blog yang pernah berurusan dengan kami. Mohon dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang perhubungan kita
  • Tambahkan 1 Syawal ini dengan takbir membesarkan ALLAH swt dan iringan hari mulia ini dengan penghayatan secara islam
  • Blog ini tidak akan dikemaskinikan dalam masa terdekat
  • Saya memohon maaf sekiranya tidak dapat membalas SMS yang dihantar kerana terlampau banyak sangat dan semoga paparan diblog ini menggantikan SMS untuk anda semua.

Wassalam

Cincin Tempahan Istimewa Batu Cindai



Cincin ini pernah dipaparkan sebelum ini cuma paparan ini dalam dimensi yang berlainan. Mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan pernah dicuba oleh beberapa guru-guru pengamal perubatan islam dimana respon yang diperolehi ternyata membuktikan kehebatan ALLAH swt.

Seorang sahabat saya menamakan permata ini sebagai batu bulu burung cenderawasih dan oleh kerana saya mempunyai batu bulu cenderawasih yang pernah ditebus dalam bentuk bulu asli maka ianya tetap dinamakan saya sebagai batu cindai (lagipun nama ini dinyatakan oleh guru saya sendiri). Mahar istimewa sempena penutup Ramadhan dan pembuka Syawal. InsyaAllah.

Wednesday, September 8, 2010

:: Khasiat Tulang Ikan Duyung ::


Antara pengalaman yang diberitakan oleh pemilik batu ini daripada Singapura ialah ianya berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit dalaman badan @ usus, terkena buatan hikmah orang dalam bentuk makan dan minum dan membuang toksin daripada badan. Ketika beliau mengalami pengalaman ini permata keputihan kuning ini bertukar menjadi kehitaman seolah-olah menyedut penyakit dan selepas beberapa ketika berubah kembali kepada warna asal. Subhanallah.

Monday, September 6, 2010

:: Khasiat Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu ::


Kami telah dikhabarkan oleh peminat blog yang pernah membeli permata ini bahawa tanduk kambing gurun jadi batu ini juga berguna bagi tujuan perubatan. Peminat blog ini mempunyai penyakit dimana terdapat beberapa biji batu didalam hempedu beliau. Beliau lantas berfikir untuk berikhtiar menggunakan tanduk kambing gurun jadi batu ini.

Lantaran itu beliau telah memasukkan permata batu ini kedalam segelas air dan diiringi dengan bacaan ayat-ayat Al Quran selama 3 malam berturutan. Dengan kebesaran ALLAH swt setelah berjumpa dengan pakar beliau telah disahkan bahawa batu yang terdapat didalam hempedunya telah tidak kelihatan sama sekali didalam ultrasound. Subhanallah atas kebesaran yang dikurniakan olehNya.

Saturday, September 4, 2010

Cincin Permata Batu Misteri (Telah ditebus)



Untuk perhatian Hamba Allah, Kuala Lumpur

Cincin tempahan beliau telah siap dimana batu permata misteri yang ditebus beliau digabungkan dengan perak bungkus penuh kuku kendi. Amat menarik sekali dan sememangnya mempunyai khasiatnya yang teramat banyak sekali. InsyaAllah.

Wednesday, September 1, 2010

Loket Batu Opal Ikhtiar Pakaian Diri (Telah ditebus)

opal


Loket ini dibuat khusus untuk kaum hawa sebagai perhiasan diri seharian maupun sebagai pakaian diri (ikhtiar). Dibuat dengan perak asli oleh tukang daripada Kelantan dan digabungkan dengan batu opal asli Australia berwarna "soft @ light cream". Bersaiz 23mm x 12mm. Loket ini juga telah dipasak dengan besi tahi bintang, teras keluat darah jadi batu, batu kursani kuning dan teras gemunggal jadi batu.
** Terima kasih En Salahuddin, Sarawak **