Tuesday, April 30, 2013

:: Koleksi Cincin terbaru :: Cincin Perak Permata Firus Bunga Hitam (Telah ditebus)

 
 
Cincin perak design tangkai kendi kuku 6 ini digabungkan dengan permata firus bunga hitam. Cincin bersaiz 17 dan permata bersaiz 10 sen.

Monday, April 29, 2013

:: Untuk Perhatian En Azlan, Miri :: (Telah ditebus)

 
 
Untuk Perhatian En Azlan, Miri
Cincin perak pahat bunga jawa kuku 6 digabungkan dengan permata mani gajah purba jadi batu.

Friday, April 26, 2013

:: Koleksi Terbaik :: Tasbih Batu Aked Ular 20 Biji

 
 
Tasbih batu aked ular ini bersaiz L dengan diameter 15mm sebiji. Makmum sebanyak 20 biji dengan pembahagi diperbuat daripada teras kemuning hitam. Imam pula daripada gabungan teras kamuing hitam, damat minyak dan kemuning kuning dan diletakkan 2 biji batu aked ular berlainan saiz. Manakala bilal pula merupakan gabungan teras kemuing hitam dan damar minyak. Tawaran mahar mampu milik untuk dimiliki.

Thursday, April 25, 2013

:: Koleksi Terbaik :: Cincin Firus Jalur Emas Mekah Turquoise

 
 
Cincin perak ikatan istimewa kuku lipan digabungkan dengan permata firus jalur emas Mekah bersaiz 50 sen (saiz besar). Saiz cincin 19. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Monday, April 22, 2013

:: Koleksi Cincin Terbaik :: Cincin Solid Iron Meteorite @ Tahi Bintang (Telah ditebus)

iron meteorite
 
Cincin perak tangkai kendi kuku 4 dipadankan dengan permata solid iron meteorite / besi tahi bintang bersaiz kecil (hampir 5 sen). Cincin bersaiz 17.

:: Permata Cutting Batu Serai @ Zircon ::

Permata ini bersaiz 5 sen dan untuk dimaharkan dengan harga istimewa.

Friday, April 19, 2013

:: Tasbih Terbaik :: Tasbih 99 biji Marjan Merah Asli Campuran Teras Kayu

 
 
 
Tasbih ini diperbuat daripada gabungan batu marjan merah bahagian umbi dengan beberapa teras kayu. Tasbih ini terdiri daripada 99 biji makmum dan mempunyai 3 jenis penanda iaitu pembahagi 50, penanda kecil yang terdiri daripada batu tiger eye asli 10 biji dengan hujungnya batu kursani kuning.

Imam terdiri daripada gabungan teras kemuning hitam dan damar minyak dan diatasnya diletakkan batu kursani kuning dengan hiasan aksesori lain daripada yang lain. Bilal juga terdiri daripada gabungan 2 teras iaitu kemuning hitam dan asam jawa. Tawaran mahar istimewa untuk tasbih batu marjan asli ini.

Thursday, April 18, 2013

:: Koleksi Rare & Terbaik :: Kayu Kokka

fosil kokka
 
Masa kini untuk memperolehi teras kayu kokka asli teramat susah bahkan di Mekah sendiri ianya telah menjadi suatu pokok kawalan kerajaan Saudi. Ekoran kesusahan itulah pengganti bagi kayu kokka telah diperolehi iaitu buah kelapa Afrika yang mana jika dibuat permata atau tasbih kilatan buahnya hampir 90% menyerupai teras kayu kokka. Jika 20 tahun dahulu teras kayu kokka teramat mahal dan pada masa kini seutas tasbih kokka (pengganti) boleh dibeli dipersekitaran Masjidil Haram dengan harga RM15 seutas.

Gambar di atas merupakan perbandingan teras kayu kokka dengan kokka menjadi batu (tertua dan mempunyai kehadiran besi didalamnya). Teras kayu kokka ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri termasuklah kekerasan kayu, perubahan di dalam air, kilatan permata, bau dan sebagainya (akan diceritakan dalam posting akan datang). Teras kayu kokka ini berasal dari Mekah dan terlebih dahulu kami nyatakan harganya bukan sebarangan untuk sebiji permata siap.

Wednesday, April 17, 2013

:: Koleksi Cincin Istimewa :: Cincin Perak Permata Mani Gajah Purba bentuk asal (Telah ditebus)

 
 
Permata mani gajah purba jadi batu dicanai dalam bentuk asal dan diikat cincin dengan saiz cincin 19. Saiz permata besar daripada 10 sen dan dalam bentuk berkilat asal.

Tuesday, April 16, 2013

:: Koleksi Permata :: Permata Tulang Harimau Putih Jadi Batu (Telah ditebus)

fosil tulang harimau
 
 
Permata tulang harimau putih jadi batu ini bersaiz 10 sen dan untuk dimaharkan kepada peminat yang berminat.

Friday, April 12, 2013

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Marjan (Telah ditebus)



Cincin perak pahat bunga jawa dengan kuku 6 digabungkan dengan permata marjan putih campuran marjan merah. Saiz cincin adalah 17.

Thursday, April 11, 2013

:: Koleksi Permata :: Permata Yakut Kuning Iran RM1XX

batu yakut
Permata ini merupakan batu yakut kuning yang juga berasal dari Iran. Ada perbezaan dari segi warna dan kejernihan batu. Bersaiz 5 - hampir 10 sen. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Wednesday, April 10, 2013

:: Koleksi Permata :: Permata Aked Kuning Iran RM60 sebiji

batu aked
Permata aked kuning Iran bersaiz 5 sen untuk ditawarkan dengan harga yang istimewa.

Tuesday, April 9, 2013

:: Koleksi Permata :: Permata Batu Bukit Warna Hijau Close UP

A - Telah ditebus
 
 

:: Koleksi Permata :: Permata Batu Bukit Warna Hijau

 
Permata ini diperolehi disebuah bukit di dalam negara kita. Mempunyai keunikannya yang tersendiri dan warnaya amat terang dan menarik perhatian. permata ini bersaiz besar hampir 50sen (lama). Untuk ditwarakan kepada sesiapa yang berminat.

Monday, April 8, 2013

:: Koleksi Tasbih Terbaik dan Rare :: Tasbih 99 biji Batu Aked Ular (Telah ditebus)

 
 
 
 
Tasbih terbaru yang dibuat oleh tukang gred A kami adalah tasbih 99 biji batu aked ular digabungkan dengan beberapa jenis teras kayu dan diperbuat dengan kreativiti yang terbaik (macam tasbih raja). Batu aked ular ini (makmum) adalah bersaiz M. Imam merupakan gabungan teras kemuning hitam dan damar minyak dan disudut atas diletakkan batu tiger eye. Bilal merupakan gabungan teras kemuning hitam dan damar minyak. Terdapat 2 jenis penanda dan ianya diperbuat daripada batu tiger eye asli dan batu kursani kuning.

Tasbih ini disamping bagi tujuan berzikir ianya juga boleh digunakan bagi tujuan perubatan sebagaimana khasiat alami batu aked ular ini sendiri.

Sunday, April 7, 2013

:: Koleksi Permata :: Permata Zamrud Kalimantan RM100 sebiji

zamrud
Permata zamrud kalimantan untuk dimaharkan dengan harga mampu milik dan murah. Bersaiz besar dari syiling 10 sen.

Friday, April 5, 2013

:: Koleksi Istimewa :: Permata Solid Iron Meteorite (Telah ditebus)

 
 
Permata solid iron meteorite ini bersaiz 10sen dan mempunyai ketumpatan yang tinggi. Terdapat sedikit retak alami dan sesuai dijadikan permata cincin terutama yang terlibat dalam kes Lahat Datu.

:: Koleksi Tasbih Terbaik :: Akan Datang!!

Koleksi tasbih terbaik di abad ini oleh tukang tasbih gred A kami. lain dari yang lain dan belum pernah dipaparkan mahupun dijual dalam bentuk yang kami paparkan.

Thursday, April 4, 2013

:: Permata Impian :: Permata Nilam Ceylon

nilam
Permata nilam ceylon antara terbaik untuk tatapan peminat blog. Kanan mempunyai berat 10 carat dan kiri 14 carat. Saiz permata kanan adalah 15 x 11 x 5mm dan kiri 17 x 13 x 6mm.