Monday, February 28, 2011

:: Koleksi Istimewa dan Rare :: Cincin Teras Penunduk Hitam Jadi Batu (Telah ditebus)

teras penunduk


Permata teras penunduk hitam ini digabungkan dengan cincin perak tempahan khas tangkai kendi kuku W. Cincin bersaiz 19 dengan saiz permata 21mm x 14mm x 8mm.

Saturday, February 26, 2011

:: Aked Lumut Iran :: Permata Aked Lumut 2 (Telah ditebus)



Permata ini bersaiz 21mm x 14mm x 10mm.
** Terima kasih En Sukor, Seremban **

Friday, February 25, 2011

:: Aked Lumut :: Khasiat Secara Saintifik

Wallahu'alam

:: Aked Lumut Iran :: Permata Aked Lumut 1 (Telah ditebus)




Permata ini bersaiz 23mm x 12mm x 12mm. Terdapat kehadiran lumut hijau dan lumut merah didalam permata ini. Gambar ini diambil diatas sebuah batu yang berlumut ketika ekspedisi kami ke Hutan Gunung Nuang, Hulu Langat hari minggu yang lepas bagi membuat perbandingan diantara lumut diluar dan didalam batu.

Thursday, February 24, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Aked Yaman Jalur Mekah




Aked yaman jalur ini diperolehi daripada Mekah. Mempunyai keunikan dengan jalur berwarna sekan coklat merah diselangi dengan warna cerah putih yang tembus cahaya. Permata aked jalur sebegini amat rare berbanding aked jalur yang pernah dipaparkan kami sebelum ini.

Wednesday, February 23, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Istimewa :: Aked Lumut Iran



Koleksi permata aked terbaru ini berasal daripada negara Iran dan dikenali sebagai aked lumut. Dikenali sedemikian kerana didalam batu aked ini mempunyai lumut hijau dan sesetengah campuran dengan lumut merah yang memenuhi ruangan dalam batu.

Melalui rujukan yang pernah dibuat antara khasiat yang pernah dikenalpasti secara saintifik tentang aked ini adalah ianya dapat meningkatkan hubungan dengan alam sekitar. Lumut Hijau membantu menghilangkan racun dalam darah dan menyeimbangkan tenaga @ energi emosional. Lumut Merah membantu membersihkan darah serta menambah stamina tubuh badan.
Buat masa ini tukang hanya sempat menyiapkan 2 biji permata sahaja dan permata yang lain akan menyusul nanti. Setiap permata yang dipaparkan diatas akan ditunjukkan secara close up bagi memudahkan peminat membuat pilihan.

Tuesday, February 22, 2011

Gelang Campuran 4 Teras Kayu (Telah ditebus)




Gelang ini diperbuat daripada 4 jenis teras iaitu teras kemuning hitam, teras damar minyak, teras gemunggal pulau, kemuning kuning dan dikelilingi dengan biji tasbih terpilih (biji tasbih kegunaan kami yang telah putus).

Gelang ini telah dijalin dengan bentuk yang istimewa (gaya kaki lipan) yang belum pernah lagi kami paparkan didalam blog ini. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih En Kamaruzaman, Shah Alam **

Monday, February 21, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Batang Pisang Benggala @ Galo Menjadi Batu

teras pisang


Antara koleksi menarik yang kami baru perolehi adalah batang pokok pisang benggala @ galo yang menjadi batu. Buat permulaan kami akan memaharkan bahagian ini sahaja dan akan datang jika diizinkan ALLAH swt akan dimaharkan teras pokok pisang benggala @ galo dan teras yang telah menjadi batu.


Didalam banyak-banyak pokok pisang, pokok pisang benggala @ galo lah yang mempunyai teras. Terasnya adalah berwarna hitam. Pokok pisang benggala @ galo ini juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Pokok pisang ini juga boleh digunakan dalam ujian menguji kenyakinan iman seseorang dimana seseorang yang ingin diuji hendaklah duduk betul-betul dibawah jantung pisang ini diwaktu malam (lepas jam 12 malam) dengan amalan zikir khusus. Kurang 2 jam keimanan seseorang boleh diketahui samada ianya berjaya ataupun tidak.


Koleksi ini akan diabadikan dalam bentuk permata cincin dalam masa yang terdekat untuk peminat blog yang berminat. InsyaAllah.

Sunday, February 20, 2011

:: Keindahan Koleksi Kami :: Permata Sejadah Bunian Dalam Batu Gred A+

sejadah bunian

Terima kasih diucapkan kepada penebus cincin permata sejadah bunian dalam batu yang telah sanggup berkongsi akan keindahan batu yang telah dimilikinya. Permata ini sebelumnya adalah berwarna putih kekuningan dan selepas beliau memakainya selama dua minggu permata ini telah berubah menjadi warna kemerahan secara keseluruhannya. Paparan adalah dalam bentuk asal dan sama sekali tidak diedit atau jika dilihat perubahan warna bukanlah kerana warna jari beliau. Subhanallah atas ciptaanNya.

Friday, February 18, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Buluh Tumpat Jadi Batu



Koleksi terbaru cincin milik kami adalah gabungan cincin perak pahat jawa dengan permata buluh tumpat jadi batu. Cincin ini bersaiz 19 dengan saiz permata 20mm x 15mm x 7mm.

Thursday, February 17, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Teras Kayu Penunduk Jadi Batu







Koleksi terbaru yang diperolehi adalah teras kayu penunduk jadi batu. Teras kayu penunduk merah jadi batu ini berwarna hitam dengan rona sebagaimana dalam bentuk asal kayu. Bahagian luar seakan-akan kayu buruk yang kebiasaan dijumpai didalam hutan. Pertama kali kami melihat ianya seolah batang kayu yang tumbang cuma keadaannya telah berubah sifat menjadi batu. Jika dilihat akan keadaan batang ini ianya pasti melebihi ratusan tahun usianya.

Paparan diatas hanyalah sebahagian daripada sebatang pokok (teras) kayu penunduk jadi batu yang diperolehi. Bongkah ini didalam proses untuk dijadikan permata bagi peminat semua. InsyaAllah dalam masa terdekat akan dapat disiapkan.

Tuesday, February 15, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Daun Buluh Dalam Batu (Teramat Rare)





Sebelum ini telah dipaparkan permata daun buluh didalam batu tanpa ikatan cincin. Bagi menampakkan akan keindahan batu ini kami telah membuat tempahan khas dengan tukang perak Kelantan yang mempunyai kepakaran didalam bidang ukiran pahat jawa tebuk. Dalam masa seminggu akhirnya siap cincin tempahan ini.

Cincin ini dibuat dengan saiz 21 memandangkan permata ini yang boleh dikatakan memanjang sedikit. Disudut kiri dan kanan cincin diletakkan permata zircon berwarna kuning. Gabungan yang sesuai dan amt menarik. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Monday, February 14, 2011

:: Salam Maulidur Rasul SAW ::


Pihak warga kerja blog kayudanteras mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW. Tanpa beliau Nur Allah tidak akan menyinari bumi ini.

Thursday, February 10, 2011

:: Permata Pilihan :: Permata Gabungan 3 Batu Istimewa

Permata ini merupakan gabungan 3 jenis batu iaitu teras gemunggal hitam jadi batu, teras mali jadi batu dan kekabu jadi batu. Permata bersaiz 22mm x 18mm x 12mm.

Wednesday, February 9, 2011

Cincin Besi Tahi Bintang {Tempahan En Deen}



Untuk perhatian En Deen, Selangor.

Cincin tempahan khas tangkai kendi ayam serama bungkus penuh ini digabungkan dengan besi tahi bintang bersaiz XXL (tahi bintang paling besar ditempah setakat ini). Siap sebagaimana yang dijanjikan.

Tuesday, February 8, 2011

:: Koleksi Istimewa dan Rare :: Batu Gunung Ledang





Rata-rata SMS kami meminta kami paparkan bentuk asal batu Gunung Ledang bagi membuktikan ianya tidak diperolehi daripada mana-mana negara jiran. Untuk pengetahuan peminat blog batu Gunung Ledang ini jika dirujuk pada pakar batu permata ianya adalah dalam kategori batu aked berdasarkan ciri-ciri warna, kekerasan dan warna batu.

Batu ini diperolehi dalam bentuk ketulan dengan berat lebih kurang sekilogram. Paparan ini menunjukkan bentuk bongkah asal sehinggalah semuanya habis digunakan untuk dijadikan batu permata. Jika diperhatikan bongkah ini mempunyai satu lapisan seakan lemak yang melekat kuat dibahagian luar batu.
Untuk memperolehi batu ini teramatlah susah tetapi dengan kesabaran dan izin ALLAH swt ianya dapat diperolehi untuk peminat semua. Pun begitu stok hanyalah terhad untuk ketulan bongkah ini sahaja.

Monday, February 7, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Tok Wali Gunung Ledang (Telah ditebus)


Akhirnya tukang canai telah sempat menyiapkan batu Tok Wali Gunung Ledang. Perbezaan yang amat ketara adalah melalui warna diantara batu Tok Wali yang lain. Bagaimanapun permata ini merupakan contoh yang telah siap dicanai dan banyak lagi akan menyusul nanti. InsyaAllah.

Sunday, February 6, 2011

:: Tempahan Istimewa :: Cincin Permata Sanggul Tuan Puteri Dalam Batu

batu sanggul puteri


Cincin ini telah ditempah khas oleh penebus permata sanggul Tuan Puteri dalam batu. Keindahan batu ini amat terserlah dengan gabungan cincin perak aloi buatan tangan yang halus daripada tukang perak Kelantan.

Friday, February 4, 2011

Permata Batu Gunung Ledang




Untuk perhatian En Faisal , Ampang

Thursday, February 3, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Aked Yaman Biru (Telah ditebus)



Cincin perak ukiran pahat jawa ini bersaiz 19 dengan tapak berbentuk segiempat. Digabungkan dengan aked yaman biru yang berasal dari negara Yaman. Mempunyai corak semulajadi dibahagian hujung batu.