Wednesday, November 30, 2011

:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Pandan Indah :: (Telah ditebus)


Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Pandan Indah
Cincin perak aloi untuk wanita saiz 11 gabungan berlian swiss dan permata firus emas mekah warna purple.

Tuesday, November 29, 2011

:: Koleksi Permata Rare :: Permata Batu Misteri Perubatan {Permata 2} (Telah ditebus)

geliga
Permata ini merupakan permata kedua yang membezakan ianya tidak mempunyai bebola air didalam batu. Bersaiz antara syiling 20 sen dan 50 sen.
** Terima kasih En Keyrol, Bangi **

Monday, November 28, 2011

:: Koleksi Permata Rare :: Permata Batu Misteri Perubatan {Permata 1} (Telah ditebus)

batu dalam mulut buaya
Batu ini merupakan batu rare yang sukar diperolehi. Antara khasiat yang disebut didalam kitab adalah merupakan ikhtiar bagi segala penyakit berkaitan kulit (insyaAllah) dimana dimasukkan didalam air zam zam dengan bacaan khusus dan diberi minum kepada pesakit. Diperolehi secara istimewa dan juga merupakan permata pakaian diri dari binatang khusus.

Permata ini mempunyai dua jenis dan yang pertama ini mempunyai bola (seakan buih tapi bukan buih) dibahagian dalam batu dan bergerak-gerak sekiranya di balikkan bahagian permata tersebut (bahagian tengah batu). Manakala sebiji permata lagi tanpa bole tersebut. permata bersaiz antara 20 sen dan 50 sen. Merupakan spesis ikhtiar yang baik dengan izin ALLAH swt.

Nota:
Permata ini bukan batu masak atau buatan manusia. Ianya diperolehi secara istimewa dengan izin ALLAH swt untuk kegunaan dan ikhtiar manusia.
** Terima kasih En Ahmad, Selangor **

Friday, November 25, 2011

:: Koleksi Perubatan Alternatif :: Cawan Teras Gemunggal Pulau

teras kelo
Dalam pelbagai spesis teras gemunggal, teras gemunggal pulau dikatakan mempunyai kelebihan bagi tujuan perubatan dan boleh digunakan sebagai ikhtiar dan alternatif dengan gabungan ayat-ayat suci Al Quran ketika berubat. Jenis perubatan adalah bergantung kepada ilmu masing masing asalkan ianya bertepatan dengan syariah ALLAH swt.

Cawan ini diperbuat daripada teras gemunggal pulau dan boleh digunakan bagi tujuan memberikan minum air penawar kepada pesakit. Disamping itu ianya juga dipasak dibahagian dalam tengah cawan dengan teras sintok @ beluru yang mana merupakan pasangan yang bagus bagi tujuan tersebut. Ingin dimaharkan dengan mahar istimewa bagi tujuan perubatan.

Thursday, November 24, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Firus Air Emas Mekah Petak (Telah ditebus)


Cincin dibuat oleh tukang Kelantan dengan design tangkai kendi ayam serama bungkus penuh. Cincin bersaiz 17 digabungkan dengan permata firus air emas Mekah berwarna cyan petak. Permata pernah dipaparkan sebelum ini.
** Terima kasih En Shaufiq, bachok **

Tuesday, November 22, 2011

:: Koleksi Permata :: Permata Fosil Kekabu

teras kekabu
Permata fosil pokok kekabu ini bersaiz 10 sen. Dimaharkan dengan mahar borong. Sila SMS bagi mengetahui mahar tawaran istimewa borong tersebut.

Monday, November 21, 2011

:: Untuk Perhatian Pn Diana :: Cincin Emas Permata Nilam Burma Kecil (Telah ditebus)



Untuk perhatian Pn Diana, KL
Cincin emas 916 dibuat sebagaimana yang diminta dengan gabungan permata nilam bersaiz kecil dan berlian asli.

Friday, November 18, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Teras Gemunggal Pasak Besi 7pa (Telah ditebus)

gemunggal kelo
Cincin perak buatan tangan tukang perak Kelantan dengan reka bentuk kuku 8 bergaris. Bersaiz 15 (boleh dibesarkan) manakala permata merupakan fosil teras gemunggal hitam dipasak dengan besi 7pa, tahi bintang, tulang ikan duyung dan fosil teras penunduk. Permata bersaiz hampir 5 sen.
** Terima kasih En Sufian, Terengganu **

Thursday, November 17, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Firus Mekah Air Emas Cyan


Cincin tempahan khas perak aloi diletakkan berlian swiss disudut tepi kiri dan kanan dengan ikatan kuku 4. Cincin bersaiz 20.

Wednesday, November 16, 2011

:: Untuk Perhatian :: Batu Kristal Quartz (Telah ditebus)

batu kristal

** Terima kasih Tn Hj Halim, KL **
Permata batu kristal quartz yang telah kami siap proses untuk perhatian beliau.

Tuesday, November 15, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Gunung Tahan


Permata kali kami memaparkan permata yang diperolehi di sekitar Gunung Tahan (bahagian kaki gunung). Permata ini daripada gred C and yang gred terbaik akan menyusul kemudian hari. permata ini asalnya berwarna putih keseluruhan dan setelah 2 minggu selesai proses canai dan dalam simpanan kami ia berubah dimana timbul warna oren sebagaimana gambar (bukan disapu minyak atar). Permata bersaiz 23mm x 16mm x 7mm.

Monday, November 14, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Mata Dewa

Atas Telah ditebus
Koleksi terbaru adalah permata batu mata dewa. Buat masa ini terhad untuk 2 biji sahaja. Permata ini amat sesuai bagi pakaian bagi mengelakkan daripada anasir luar dengan izin ALLAH swt. Bersaiz hampir 10 sen. Jika diperhatikan mempunyai seolah mata dibahagian tengah permata (permata pertama) dan bahagian tepi sudut bawah (permata kedua).
** Terima kasih En Qayyum, Kelantan **


Friday, November 11, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Kristal Quartz (Clear)


Untuk tatapan peminat blog ini adalah cincin pertama yang diikat dengan gabungan permata kristal quartz yang diperolehi di Malaysia. Cincin adalah perak aloi buatan tangan tukang Kelantan dengan saiz 19 ikatan tangkai kendi kuku lipan halus. Saiz permata ialah 23mm x 15mm x 12mm dengan berat ialah 25 carat.

Permata kristal quartz ini amat terkenal kerana mempunyai getaran aura yang alami dan sesuai dipakai bagi yang menghidapi penyakit migrain disamping mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Thursday, November 10, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Tempahan Istimewa Zamrud Colombia Gred A


Cincin terbaru dengan gabungan permata zamrud Colombia gred A. Permata dengan warna kehijauan menawan dengan potongan batu secara heksagon. Air batu yang menarik dan hampir keseluruhan tanpa retak didalamnya (bukan batu masak). Cincin daripada logam aloi dengan saiz 19 dililit berlian swiss. Untuk dimaharkan dengan tawaran RM9,800

Saturday, November 5, 2011

:: Selamat Hari Raya Aidil Adha ::

Kredit seninet.blogspot.com

Selamat Hari Raya Aidil Adha warga kerja blog kayudanteras ucapkan kepada semua peminat blog. Kepada yang menunaikan haji semoga mendapat haji yang mabrur dan kepada yang tidak semoga ALLAH swt memberkati kita dan insyaAllah sampai masanya kita menjadi tetamu ALLAH swt kelak. InsyaAllah.

Kepada yang berkorban semoga pengorbanan yang dilakukan ikhlas kerana ALLAH swt dan penghayatan sunnah Rasulullah dan sirah Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail a.s diambil iktibar agar menjadi pedoman didalam kehidupan semua.

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Fairus Mekah Air Emas (Telah ditebus)


Cincin perak pahat bunga jawa dengan lilitan berlian swiss sebagaimana yang diminta.
** Terima kasih Hamba Allah, KL **

Friday, November 4, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Tempahan Istimewa Batu Cindai Hitam Emas Petak Kuku Suasa


Cincin perak buatan tukang Kelantan dengan kualiti gred terbaik. Cincin bersaiz 17 ini dengan ukiran pahat jawa bahagian sudut tepi digabungkan dengan kuku 10 daripada suasa dan dililit berlian swiss memberikan ketrampilan yang teramat menarik. Permata adalah batu cindai hitam emas dengan kualiti gred A yang jelas dengan kemeriahan warna. Permata bersaiz 22mm x 19mm x 5mm.

Thursday, November 3, 2011

:: Koleksi Cincin dan Permata Baru :: Cincin Aked Cindai


Cincin perak aloi pahat bunga jawa kuku 8 bersaiz 17. Permata bersaiz 24mm x 16mm x 8mm.