Friday, October 30, 2009

Cincin Batu Gunung Ledang (Telah ditebus)



Untuk tatapan peminat blog. Maklumat lanjut sila layari blog http://cincinteraskayudanbatu.blogspot.com/. Ini adalah antara koleksi terbaik gabungan cincin perak dan batu gunung ledang yang pernah dipamerkan.

Thursday, October 29, 2009

Gelas Teras Gemunggal Pulau Untuk Tempahan



Koleksi terbaru yang tidak pernah dibuat orang adalah gelas teras gemunggal. Gelas ini dibuat daripada teras gemunggal pulau bagi tujuan perubatan dan memudahkan pakar perubatan alternatif dan pesakit menggunakannya secara senang dan ringkas. Amat mujarab bagi menghasilkan air penawar untuk pesakit dengan hanya menuangkannya kedalam gelas ini dan terus diminum disamping bacaan ayat lazim.

Saya sedia menerima tempahan untuk membuat gelas teras gemunggal ini dengan saiz yang diingini. Peminat blog janganlah bimbang kerana mahar adalah mampu milik dan mampu bayar.

Wednesday, October 28, 2009

Campuran Batu Kursani dengan Batu Bukit



Untuk paparan peminat blog kayudanteras, ini adalah batu kursani yang bercampur dengan batu bukit. Batu kursani ini masih belum matang untuk bertukar kepada besi kursani. Sekadar berkongsi ilmu ALLAH swt.

Tuesday, October 27, 2009

Cincin Batu Leleh Corak Asli @ Purba (Telah ditebus)




Sebelum ini dipaparkan batu leleh asli untuk perhatian peminat blog kayudanteras. Ini adalah cincin perak dengan ikatan biasa dengan bunga pahat jawa ditepi bertatahkan permata batu leleh dengan corak asli sebagaimana batu leleh asal. Saya namakannya sebagai corak purba. Ada dikalangan peminat blog yang berjumpa dengan saya dan telah menguji akan khasiat cincin permata ini. Hasil ujian...hanya yang pernah uji sahaja yang mengetahuinya.
** Terima kasih En Mohd Bahrin, Brunei **

Permata campur 7 jenis tempahan En Roslan, Singapura (telah ditebus)


Ini adalah permata campur 7 jenis (fosil dan batu) sebagaimana yang dipersetujui oleh En Roslan, Singapura. Sudah di hantar kekedai tukang perak/emas untuk dibentuk bersama cincin perak.

Cincin Teras Gemunggal Pulau A (Telah ditebus)


Cincin perak tempahan En Zaid dengan permata teras gemunggal pulau gred A. Saiz cincin adalah 11 sebagaimana yang diminta. Sedia untuk dihantar atau dipos dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Zaid, Putrajaya **

Batu Leleh Bentuk Asal

Ini adalah batu leleh bentuk asal untuk paparan peminat blog kayudanteras. Mana ler tau kot-kot tersepak ditepi jalan atau bukit. Masih lagi bercampur tanah merah..malas nak cuci..sebab kalau cuci susah la nak bezakan kalau jumpa.

Sekadar berkongsi ilmu milik ALLAH swt sahaja.

Loket Teras Gemunggal Pulau dan Batu (Telah ditebus)


Loket tempahan khas ini menggabungkan teras gemunggal pulau dan teras gemunggal jadi batu. Amat sesuai bagi wanita yang mementingkan kecantikan perhiasan disamping dapat memberikan khasiat yang diciptakan oleh ALLAH swt.

** Terima kasih En Ariffin, Bakri, Johor **

Thursday, October 22, 2009

Cincin Zamrud Colombia (Telah ditebus)



Koleksi terbaru adalah cincin perak bertatahkan zamrud Colombia asli dengan warna hijau yang amat menawan. Permata mempunyai air yang jelas dan warna hijau yang menunjukkan ianya zamrud Colombia asli tidak sebagaimana laman blog yang lain. Saiz permata agak besar. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dan jangan risau harganya adalah dibawah harga pasaran semasa.

Tuesday, October 20, 2009

Cincin Batu Petir 7 jenis (Telah ditebus)


Sebelum ini dipamirkan permata batu petir 7 jenis sahaja. Atas inisiatif bagi memudahkan peminat blog ini untuk mendapatkannya dalam bentuk cincin saya telah menempah cincin khas tangkai kendi dengan ikatan bungkus kaki lipan dari tukang emas/perak daripada Kelantan.

Saiz cincin adalah 16 dan saiz permata batu litar adalah 23mm x 11mm. Amat menarik untuk dipakai dan mempunyai khasiat yang tinggi terutama untuk perubatan. Sila SMS sekiranya berminat.

Gelang Kemuning Hitam jadi Batu (Telah ditebus)


Koleksi terbaru untuk peminat blog kayudanteras ialah gelang @ bangle kemuning hitam jadi batu. Seperti yang diketahui kemuning hitam amat berkhasiat dengan perihal sakit yang berkaitan dengan perut disamping sifat semulajadinya sebagai penawar yang amat terkenal.

Gelang ini mempunyai 15 biji kemuning hitam batu dan amat sesuai untuk peminat yang tidak menggemari memakai cincin.
** Terima kasih Tn Hj Derius, Brunei **

Monday, October 19, 2009

Cincin Permata Buah Beko jadi Batu (Telah ditebus)



Cincin perak tempahan khas ini bertatahkan permata buah beko jadi batu. Buah beko biasanya digunakan sebagai sayuran @ ulam dalam makanan harian orang-orang kampung (orang bandar tak kenal pun buah ni). Warna permata ini agak istimewa dan ramai yang ingatkan ianya adalah batu Fairus dek kerana warna hijaunya.
** Terima kasih En Zaid, Putrajaya **

Sunday, October 18, 2009

Cincin Perak Ular Cinta Mani



Cincin perak tempahan khas dengan ikatan tangkai kendi dan bungkus kuku jarang untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Saiz cincin adalah 17 dan boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut kesesuaian pemakai.

Saturday, October 17, 2009

Loket Khas Untuk Pelajar Perempuan (Telah ditebus)


Semenjak dua menjak ni asyik kedengaran pelajar-pelajar daripada pelbagai sekolah dengan cerita histeria @ gangguan makhluk halus. Ustaz maupun bomoh/perubatan alternatif cuba untuk menyelesaikan misteri nusantara ini dengan pelbagai usaha dan ikhtiar.

Alternatif yang saya ingin tonjolkan ialah dengan menggunakan cara "Mencegah itu lebih baik daripada merawat" iaitu menggunakan kaedah ikhtiar pemakaian ciptaan ALLAH swt yang boleh mengelakkan makhluk halus, jin, syaitan memasuki dan meresapi tubuh pesakit dengan izin ALLAH swt. Loket perak yang dibuat dengan gabungan batu litar api insyaALLAH mampu untuk menanggani masalah ini. Jadi untuk ibubapa yang inginkan ikhtiar bagi anak-anak yang bersekolah asrama penuh bolehlah mendapatkan loket ini sebagai ikhtiar disamping dengan kaedah yang lain bertepatan dengan syarak.

Mahar adalah RM150 termasuk pos untuk Malaysia sahaja dan ianya adalah mampu milik serta mampu bayar dan istimewa untuk anak-anak peminat blog kayudanteras.

Friday, October 16, 2009

Kebesaran ALLAH swt...Subhanallah


Subhanallah..Maha Suci ALLAH swt...

Salah satu tasbih yang dibuat/ditempah dimana sebelum dimaharkan dimasukkan dengan zikir khas, Ayatul Quran dan doa dengan izin ALLAH swt telah mempamirkan Ayat Quran diatas kepala imamnya. Tulisan amat jelas kelihatan dan ini merupakan rezeki kepada penerima mahar.

Allahuakbar..

Wednesday, October 14, 2009

Teras Gemunggal Jadi Batu (Belum canai)


Ramai yang bertanyakan samada saya ada memaharkan teras gemunggal jadi batu yang mentah @ belum dicanai untuk dibeli oleh peminat yang bertujuan untuk menjalankan perniagaan menjual batu permata teras gemunggal jadi batu.

Atas permintaan itu saya ingin memaharkan sedikit daripada koleksi teras gemunggal jadi batu yang saya miliki untuk tujuan tersebut. Seketul teras gemunggal jadi batu ini boleh dicanai menjadi paling kurang 20 biji permata saiz L. Mahar yang diberikan adalah istimewa untuk penjual mendapatkan keuntungan peribadi. Sila SMS saya bagi tujuan mahar. Buat masa ini saya hanya ingin memaharkan 3 ketul yang telah dipilih bagi tujuan tersebut. Baki yang lain adalah untuk tujuan mahar peribadi kepada peminat blog kayudanteras.

Blog Tambahan ..




Sedar atau tidak sedar saya telah menambahkan satu lagi koleksi blog yang baru iaitu blog Senjata Warisan Melayu diatas permintaan peminat-peminat blog kayudanteras. Penambahan blog ini adalah sekadar menambahkan ilmu dan juga mempamerkan koleksi senjata warisan melayu yang telah saya cari dipelbagai tempat dan pemilik untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.


Semua koleksi adalah yang terpilih daripada kalangan besi lama (bentuk asal) dan bukan ditempa kembali. Campuran beberapa besi dan gandingan pandai besi yang tidak boleh dipertikaikan lagi akan hasil kualiti dan pemakaiannya.

Sila layari laman blog:

Wassalam

Petua 2 - Mengetahui Penjaga

Ramai yang bertanya saya bagaimana untuk berhubung ataupun mengetahui samada sesuatu batu permata ataupun barangan lain yang dibeli mempunyai penjaga alami. Soalan berat tu..kerana sekiranya sesuatu barangan itu mempunyai penjaga alami dan ada keserasian dengan pemakai..maka dengan kebiasaannya sipemakai akan memperolehi alamat khusus untuk beliau.

Pun begitu ada petua yang saya perolehi dari seorang guru yang berkaitan dengan bidang ini. Caranya:
  • Lakukan solat hajat dan berdoa dengan ALLAH swt untuk mengetahui rahsia barangan ciptaanNya
  • Semasa hendak tidur letakkan barangan itu dibawah bantal
  • Baca Al Fatihah 1X, Selawat 7X, Surah Alam Nasyrah 21X
  • Berdoa dengan ALLAH agar ditunjukkan/dibukakan RAHSIA khasiat dan pemiliknya
  • Tidurlah dengan bacaan Bismillahhirrahmannirrahiim.. sampai tertidur
  • InsyaALLAH.... cubalah.

Wallahu'alam

Monday, October 12, 2009

Cincin Teras Gemunggal Batu (Telah ditebus)



Cincin teras gemunggal jadi batu tempahan En Kamarul, Kajang telah disempurnakan oleh tukang daripada Kota Bharu, Kelantan dengan sebaiknya. Akan dihubungi bagi tujuan pengambilan secepat yang mungkin.

Nota :-
Permata cincin ini adalah contoh terbaik ciptaan ALLAH swt. Teras Gemunggal asli mempunyai bintik-bintik halus seakan lubang liang roma kita dan teras gemunggal batu pun menunjukkan sedemikian. Barang ASLI macam ni la tidak akan lari samada dari kayu ataupun batu.
** Terima kasih En Kamarul, Kajang **

Saturday, October 10, 2009

Tempahan Saudara Mohd Adli, Banting (Telah ditebus)



Cincin perak bertatahkan permata campur teras gemunggal gred A pulau dan hutan sebagaimana yang diminta. Akan diposkan dalam masa terdekat. Semoga berpuashati dengan kualiti tukang emas/perak yang saya tugaskan.
** Terima kasih Saudara Mohd Adli, Banting **

Tempahan Cincin Saudara Zairol, Penang (Telah ditebus)



Cincin perak rekabentuk khas sebagaimana yang diminta oleh Saudara Zairol, Penang. Bertatahkan batu Tok Wali bersaiz bulat. Sedia untuk dihantar @ diposkan dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Zairol, Penang **

Friday, October 9, 2009

Batu Petir Api - Juzuk 2


Bersaiz 6 cm panjang dan 3 cm lebar.

Batu Petir Api - Juzuk 1


Ini adalah koleksi terbaru batu petir api asli secara mentah (raw) yang diperolehi daripada seorang sahabat daripada Pahang (dekat Kota Gelanggi). Berbentuk pisau dan berukuran 11cm panjang x 4 cm lebar.

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki dalam bentuk asal ataupun sesiapa yang inginkan menjalankan perniagaan permata batu petir. Harga yang ditawarkan adalah istimewa.

Panduan 2 - Cara Pemakaian Cincin

Cara pemakaian sesuatu cincin juga memainkan peranan dalam membuahkan khasiat akan sesuatu ciptaan ALLAH swt. Ada yang memakai dengan hanya menyarungkan terus ke tangan tanpa niat yang sepatutnya. Ada yang memakai dengan menggunakan bacaan ayat-ayat tertentu.

Sebagai panduan, cara yang seeloknya ialah semasa menyarungkan cincin itu hendaklah seseorang itu membaca Bismillah hirrahmanirrahiim, Bismillahi tawakkaltu alallahi walahaulawala quwwataillah billah hilaliyyin adzim, selawat kepada Rasulullah 3 x dan pohonlah kepada yang MUTLAK dipohon iaitu ALLAH swt agar memberikan khasiat atas pemakaian cincin itu.

Ingat, semua yang dipakai tidak mempunyai apa-apa kuasa melainkan IZIN ALLAH swt semata-mata. Sentiasa jaga hati agar tidak melakukan syirik, takabbur dan ria' kepadaNYA. Kita hanya berikhtiar dengan ciptaanNya.

Wallahu'alam

Thursday, October 8, 2009

Geliga Siput @ Batu Siput



Ini adalah koleksi terbaru barangan yang dikenali sebagai geliga siput atau saya lebih suka memanggilnya dengan nama batu siput. Koleksi ini saya memperolehinya sendiri di sebuah pulau di Semenanjung Malaysia (amat jarang sesebuah pulau mempunyai batu siput ini). Sesetengah orang menjualnya bermula harga Rm50 sehinggalah yang paling tinggi RM1000 dek kerana barang "rare" dan bukan senang diperolehi secara tepi jalan. Pun begitu batu siput ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Bagi peminat blog kayudanteras batu siput ini hanyalah diberikan secara percuma dengan setiap pembelian barangan dari blog sehingga stok kehabisan disamping hadiah istimewa yang lain. Kalau habis pun saya insyaALLAH akan dapat memperolehinya lagi. Ada yang bersaiz besar sehinggalah yang paling kecil...kalau orang lain dah cakap geliga istimewa siput iaitu bersaiz 2mm.

Petua 1 - Menguji Aura Sesuatu Permata

Cara paling senang ialah meletakkan sesuatu permata itu diatas tapak tangan dan rasailah akan perubahannya samada secara langsung atau tidak langsung. Selain itu bolehlah dipegang antara hujung batu permata dan rasailah getaran semulajadi yang dihasilkan. Jika getaran amat kuat insyaALLAH batu itu mempunyai aura yang tinggi dan berkhasiat.


Orang yang mempunyai mata hati yang hidup hanya perlu menyentuh batu permata itu dan insyaALLAH beliau akan mengetahuinya secara ilham. Itulah ilmu ALLAH swt bergantung kepada kekuatan dan amalan yang dilakukan. Semoga berguna.

Wednesday, October 7, 2009

Blog Baru - Pilihan Anda

Ramai yang tidak perasan pada masa ini saya telah mempunyai 3 blog baru pecahan secara khusus untuk produk koleksi saya. Sekiranya peminat blog ingin dapatkan barangan secara spesifik silalah layari blog berkenaan. Blog asal kayudanteras ini akan dijadikan platform untuk maklumat am, panduan, petua dan sebagainya.

Koleksi Permata Pilihan - hanya permata dimasukkan

Koleksi Cincin Teras Kayu dan Batu - Cincin siap untuk dimaharkan/jual

Koleksi Tasbih Teras Kayu dan Batu - Pelbagai Tasbih untuk dimaharkan

Luangkanlah masa anda untuk melayarinya. Akan datang blog baru....tungguuu.

Panduan 1 - Pantang Larang Dalam Pemakaian Barangan Berkhasiat

Ramai yang SMS saya bertanyakan apakah ada pantang larang dalam pemakaian barang berkhasiat samada dalam bentuk cincin, loket, gelang atau sebagainya. Justeru persoalan yang amat banyak ini saya mengambil jalan senang dengan memaparkan didalam blog ini bagi mengelakkan penerangan yang panjang lebar didalam SMS.

Sebenarnya barangan berkhasiat ini hanyalah makhluk ALLAH swt dan secara amnya tidak mempunyai apa-apa kuasa dan kelebihan melainkan diizinkan oleh ALLAH swt. Untuk itu TIADA halangan untuk memasuki tandas atau tempat yang sewaktu dengannya. Pun begitu bagi menjaga barangan ini ELOKLAH dibuang atau dikeluarkan cincin dan dimasukkan kedalam poket...bukan apa bagi mengelakkan barangan yang baik melihat aurat @ kemaluan dan dikhuatiri hilang khasiatnya.

Apa-apapun semua itu hanyalah panduan dan jadi atau tidak jadi khasiatnya adalah milik MUTLAK ALLAH swt. Faham fahamlah.

Wassalam.

Tuesday, October 6, 2009

Permata Teras Gemunggal Pulau Gred A

Koleksi teras gemunggal pulau gred A ini berlainan daripada yang sebelum ini dimana ianya berwarna kehitaman berbanding yang sebelum ini. Saya hanya mempunyai beberapa biji yang seperti ini dan bagaimanpun akan dipaparkan secara satu persatu.

Permata ini telah dipasak secara istimewa dan seperti biasa pasakan yang dibuat tidak dikenakan mahar tambahan. Permata ini juga telah diisi dengan zikir khas dan bacaan Al Quran yang bersesuaian bagi pakaian diri dan perubatan. Bersaiz 20mm x 14mm @ saiz L. 3 hadiah tambahan akan diberikan kepada pembeli yang berupakan kayu teras dan batu yang telah dipilih oleh saya.

Teras Gemunggal Campur - Pulau dan Hutan Gred A (Telah ditebus)


Teras Gemunggal campur/kahwin jenis pulau dan hutan gred A sebagaimana yang diminta bersaiz XL. Permata ini juga telah dipasak sebagaimana yang telah dipersetujui. Sedia untuk diambil atau dipos dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Din...**

Panduan Pasak Teras Kayu

Ramai dikalangan pembuat dan penjual teras kayu berpasak yang masih belum memahami asas pasakan didalam koleksi mereka. Asas pasakan yang betul adalah menggunakan rumpun yang sama seperti positif dengan positif sahaja dan bukan dengan negatif. Sebagai contoh teras kayu penawar tidak boleh dipasak dengan teras kayu atau kayu dari jenis pembisa kerana hasilnya akan menjadi kosong. Tiada aura didalamnya dan jadilah ianya seperti ranting kayu ditepi jalan, tiada berkhasiat walaupun difikirkan berkhasiat oleh pemasak.

Sebagai contoh teras gemunggal hanya layak dipasak dengan serumpun dengannya (penawar) seperti teras sintok, teras kemuning dan sebagainya dan tidak boleh dipasak dengan teras pembisa seperti nibung tunggal, bujang kalak, sulur bertam dan sebagainya.

Dalam keadaan begitu teras gemunggal boleh dipasak dengan besi seperti besi kursani, besi leleh atau batu leleh kerana khasiat teras gemunggal itu sendiri mempunyai sifat kearah yang sama iaitu kekuatan kulit. Begitu juga dengan barangan yang membawa kepada pengasihan. Panduan ini diberikan agar peminat blog sendiri memahami apa yang mereka belikan barangan daripada penjual barangan mistik dan tidak membeli secara hentam sembrono sahaja.

Fikir-fikirkan. Sekadar berkongsi ilmu.

Wallahu'alam.

Monday, October 5, 2009

Permata Ibor Merah jadi Batu


Subhanallah...ciptaanNya tiada mempunyai batasan yang terhad. Sekiranya semua makhlukNya merenung dan berfikir akan kejadian alam ini nescaya setiap insan itu tidak akan melupakanNya dan senantiasa beramal untuk DIA.

Koleksi terbaru yang saya perolehi ialah ibor merah menjadi batu..hanya 2 biji diperolehi dari sebuah gunung di Johor daripada seorang sahabat disana. Rona dan bintik ibor merah ini tiada bezanya dengan ibor merah biasa (kayu). Sila SMS sekiranya berminat.

Saturday, October 3, 2009

Cincin Tempahan En Halimey (Telah ditebus)


Cincin perak tempahan khas bertatahkan tulang harimau jadi batu oleh En Halimey, Petaling Jaya siap untuk dihantar atau diambil.
** Terima kasih En Halimey, Petaling Jaya **

Cincin Tempahan Bro Zam (Telah ditebus)




Cincin perak bertatahkan besi kursani tahap 1 tempahan Bro Zam dari Ampang. Siap untuk dihantar atau diambil.
*** Terima kasih Bro Zam, Taman Kosas ***

Friday, October 2, 2009

Permata Tulang Harimau jadi Batu - Edisi Istimewa 2 (Telah ditebus)


Permata Tulang Harimau jadi batu edisi istimewa ini sebenarnya telah lama saya miliki cuma sayang untuk dipaparkan didalam blog ini. Potongan istimewa yang diperolehi menunjukkan hasil seperti sebentuk mata yang sedang merenung. Bersaiz 1.6cm panjang x 1.2cm lebar.

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Sila SMS.
** Terima kasih Saudara Nazri, Jalan Klang Lama **

Cincin Teras Gemunggal Hutan Gred A (Telah ditebus)


Cincin perak bertatahkan permata berlian swiss (2 biji kiri dan 2 biji kanan) dengan gabungan Teras Gemunggal hutan Gred A yang dipasak dengan besi kursani tahap 1. Cincin ini bersaiz 17.5.

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan tawaran istimewa RM220.00.
** Terima kasih Saudara Roslan, Singapura **