Tuesday, January 31, 2012

:: Untuk Perhatian En Haizal :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian En Haizal, Kuching
Cincin perak aloi ikatan bunga pahat jawa berkuku. Permata fosil nibung tunggal berubah wajah.

:: Untuk Perhatian En Haizal :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian En Haizal, Kuching
Loket perak dililit berlian dengan permata fosil gemunggal berpasak.

Monday, January 30, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Perak Permata Delima Mozambique Wanita (Telah ditebus)


Cincin perak aloi digabungkan dengan permata swiss 225 dengan permata delima mozambique. Saiz cincin adalah 14.
** Terima kasih En Salahuddin, Sarawak **


:: Makluman ::


Setelah hampir 4 tahun berkecimpung secara online internet akhirnya kami telah membuka cawangan kami di Kelantan di daerah Peringat. Sebuah kedai kecil sebagai permulaan bagi perniagaan ini secara lebih serious.

Kami menerima tempahan canaian batu permata, permata siap, ikatan cincin perak dan belian secara borong @ tongkol bagi barangan yang kami perolehi secara sendiri. Kepada peminat yang berada di Kelantan bolehlah secara langsung ke kedai kami di Jalan Perol, Kampung Padang Murah, Peringat. Sila hubungi Tn Hj Din 019 941 4341 bagi tujuan tersebut.

Sunday, January 29, 2012

:: Untuk Perhatian En Azhar, Bandar Sunway :: (Telah ditebus)


Untuk Perhatian En Azhar, Bandar Sunway
Cincin perak aloi buatan tukang Kelantan digabungkan dengan permata jarum emas kuning.

Thursday, January 26, 2012

Wednesday, January 25, 2012

:: Untuk perhatian Hamba ALLAH, Selangor :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian Hamba ALLAH, Selangor

Cincin perak aloi dengan lilitan berlian swiss digabungkan dengan permata zircon warna kuning.

Tuesday, January 24, 2012

:: Untuk Perhatian En Ibrahim, KL :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian En Ibrahim, KL
Cincin perak aloi ikatan kuku suasa dililit berlian dengan permata delima daging.

Monday, January 23, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Perak Permata Firus Jalur Emas Mekah Saiz Besar


Cincin perak berkuku dengan permata firus jalur emas Mekah bersaiz besar. Permata bersaiz 33mm x 19mm x 7mm.

Friday, January 20, 2012

Thursday, January 19, 2012

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Aked Api @ Fire Agate 1


Permata ini juga dikenali sebagai fire agate dalam istilah permata. Permata bersiaz 28mm x 17mm x 6mm. Didalam kitab ada ditulis berkenaan khasiatnya dimana boleh menguatkan semangat tubuh disamping menguatkan tenaga kelakian bagi pihak lelaki sekiranya dipakai dengan izin ALLAH swt.

Wednesday, January 18, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Perak Permata Aked Biru Berubah Wajah Wanita (Telah ditebus)


Cincin perak untuk wanita dengan lilitan berlian swiss saiz 14 digabungkan dengan permata aked biru.

Tuesday, January 17, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Perak Permata Aked Biru Berubah Wajah


Cincin perak dengan ukiran pahat jawa bersaiz 19 digabungkan dengan permata aked biru berubah wajah. Permata aked biru dicana dengan gabungan seolah 3 warna yang berlainan.

Monday, January 16, 2012

:: Koleksi Loket Terbaru :: Loket Perak Permata Firus Jalur Emas Mekah Warna Cyan


Loket ini diperbuat daripada perak dan digabungkan dengan permata berlian swiss. Juga digabungkan dengan permata firus jalu emas Mekah bersaiz sederhana. Amat menawan dan kelihatan anggun. Untuk dimaharkan dengan mahar mampu milik.

:: Untuk Perhatian Bob, Shah Alam :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian Bob, Shah Alam.
Cincin ukiran pahat bunga jawa dengan permata fosil teras gemunggal hitam dipasak dengan besi tahi bintang, besi misteri, fosil kemuning hitam dan fosil batang sagu.

Saturday, January 14, 2012

:: Untuk Perhatian En Kencana, KL ** Loket 2 (Telah ditebus)


Loket perak lilit berlian swiss segiempat digabungkan dengan permata gemunggal jadi batu dan dipasak besi tahi bintang, besi misteri, fosil kemuning hitam dan fosil teras gemunggal hitam bagi tujuan ikhtiar perubatan.

:: Untuk Perhatian En Kencana, KL ** Loket 1 (Telah ditebus)


Loket perak digabungkan dengan permata gemunggal jadi batu dan dipasak besi tahi bintang, besi misteri, fosil kemuning hitam dan fosil teras gemunggal hitam bagi tujuan ikhtiar perubatan.

Friday, January 13, 2012

:: Koleksi Permata Rare dan Istimewa :: Cincin Permata Misteri 4

geliga
Permata misteri 4 ini digabungkan dengan cincin perak aloi buatan tukang perak Kelantan. Disudut cincin diletakkan permata berlian swiss. Permata ini tidak dapat dinyatakan nama sebenar atas permintaan guru kami. Cuma apa yang boleh kami kongsikan permata ini sekiranya diletakkan di lidah akan terasa sesuatu menghisap atau menggigit secara halus. Merupakan batu penawar.

Thursday, January 12, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Kecubung Kelantan


Cincin suasa digabungkan dengan permata berlian swiss dengan kuku halus dan permata kecubung Kelantan. Sesuai untuk wanita maupun lelaki.

Wednesday, January 11, 2012

:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Shah Alam :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian Hamba ALLAH, Shah Alam
Cincin perak aloi gabungan lilitan berlian swiss dengan rekabentuk istimewa daripada tukang emas Kelantan.