Friday, April 30, 2010

Permata Gabungan 7,8 dan 9 Jenis Batu dan Besi


Untuk dimaharkan permata gabungan 7,8 dan 9 jenis batu dan besi sebagaimana gambar diatas. Terdapat 2 saiz untuk dipilih iaitu saiz SL (3 biji) dan M (1 biji).

Thursday, April 29, 2010

Cincin Nibung Tunggal Jadi Batu



Ini merupakan permata terakhir yang diperolehi (buat masa ini) yang diikat dengan cincin perak tangkai kendi. Permata nibung tunggal jadi batu ini adalah seketul kecil daripada permata yang telah ditempah oleh En Muhd Fadhlullah, Desa Pandan. Cincin bersaiz 17 ikatan tangkai kendi kuku W.

Wednesday, April 28, 2010

Permata Istimewa Gabungan Batu dan Besi




Permata ini lain dari yang lain dimana sebelum ini dibuat secara berlapis tetapi buat kali ini dibuat gabungan secara rawak dengan kedudukan yang berlainan. Gabungan batu dan besi adalah seperti berikut :- batu kursani kuning, batu kursani putih, tahi bintang, batu Tok Wali, buluh tumpat jadi batu, pokok kekabu jadi batu, kemuning hitam jadi batu, batu leleh, besi leleh jalur dan gemunggal jadi batu.

Permata adalah bersaiz 27mm x 17mm x 7mm. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat samada permata sahaja atau diikat dengan cincin perak.

Monday, April 26, 2010

Buluh Bercabang Dua






Sekadar menikmati kebesaran ALLAH swt dan setiap ciptaan yang dijadikanNya adalah untuk manusia itu sendiri merenung dan memuji kebesaranNya. Disamping itu menggunakan segala khasiat bagi kegunaan manusia itu sendiri sebagai alternatif penyelesaian yang dialami tanpa menyekutukan ALLAH swt.

Saturday, April 24, 2010

Permata Teras Gemunggal Jadi Batu


Saya baru memperolehi 2 biji permata teras gemunggal jadi batu yang telah disiapkan oleh tukang canai permata. Satu bersaiz besar (SL) dan satu bersaiz kecil (S) untuk dimaharkan kepada sesiapa yng berminat.

Friday, April 23, 2010

Cincin Kayu Penunduk Merah Jadi Batu (Edisi Terhad) (Telah ditebus)



Cincin ini merupakan edisi terhad untuk dimaharkan. Cincin perak tangkai kendi kuku crown ini digabungkan dengan permata yang boleh dikatakan agak sukar untuk diperolehi iaitu kayu penunduk merah jadi batu.

Dinamakan edisi terhad kerana tidak sebagaimana yang lain ianya terhad kepada 1 permata sahaja. Cincin bersaiz 17 dengan saiz permata 17mm x 14mm x 6mm. Kiranya siapa cepat dia dapat ler.
** Terima kasih En Norazman, Rembau **

Thursday, April 22, 2010

Permata Tahi Ayam "Mone" @ Candu @ Punai Jadi Batu



Inilah paparan gambar yang jelas batu permata tahi ayam "mone" @ candu @ punai jadi batu untuk tatapan peminat blog. Agak kelakar tetapi inilah hakikatnya bahawa ALLAH swt mencipta pelbagai bentuk dan sifat untuk kita memikirkannya. Secara nyata asalnya tahi ayam jantan tetapi berubah sifat menjadi batu. Khasiatnya hanya ALLAH mengetahui (akhirnya setakat ini dapat ketahui ianya boleh menawarkan racun, mengurangkan kepanasan dalaman dan menawarkan kemanisan gula)

Wednesday, April 21, 2010

Kain Cindai Wali Asli



Ramai yang SMS saya meminta saya memaparkan kain cindai wali asli dengan gambar yang lebih jelas. Untuk tujuan itu saya sekali lagi berusaha mendapatkan gambar yang terbaik maklumlah hanya pakai kamera telepon sahaja. Paparan dan mahar yang ditawarkan adalah dalam bentuk benang yang panjangnya lebih kurang 20 - 22mm.

Tidak dimaharkan dalam bentuk kain asal (lebih kurang sejadah) kerana peminat yang berduit lebih sahaja mampu memilikinya kerana terlalu mahal (kira harga juta). Atas kesedaran untuk dimiliki sesama peminat kami telah bersetuju untuk memaharkan dalam bentuk benang daripada kain cindai wali yang asli. Pun begitu bakal pemilik bolehlah membuat ujian bakar api terlebih dahulu sekiranya tidak mempercayainya.

Tentang khasiatnya, saya tidak akan menyentuh kerana keupayaan benang kain cindai wali ini yang dianugerahkan oleh ALLAH swt melebihi jangkauan akal dan cukup sekadar tahu dan sedar bahawa dalam dunia ini terdapat secebis urat benang tidak dimakan api jika dibakar. Sudah tentu ianya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Mahar MAMPU MILIK dan MAMPU BAYAR untuk semua.
** Terima kasih En Lamran, Sabah **
** Terima kasih En Mohamad Hanif, Jerteh **
** Terima kasih En Safian, Nilai **

Tuesday, April 20, 2010

Pokok Kemuning Kuning Jadi Batu




Koleksi terbaru yang dimiliki untuk paparan peminat blog adalah kemuning kuning jadi batu. Gambar adalah sebahagian daripada pokok yang menjadi batu yang ditemui semasa pengembaraan yang lepas. Dalam peringkat proses untuk menjadikan cincin siap.

Saturday, April 17, 2010

Mani Gajah Jadi Batu - Betul ke asli??






Ramai yang SMS saya bertanyakan perihal mani gajah yang saya maharkan. Rata-rata dikalangan peminat blog musykil samada mani gajah yang saya paparkan asli atau tidak kerana perbezaan yang ketara dengan mani gajah yang dimaharkan oleh blog yang lain.

Oleh kerana itu saya rasa terpanggil untuk membuktikan bahawa mani gajah jadi batu yang saya maharkan adalah asli dan tentang barangan blog lain saya tidak akan sentuh mengenainya (lain orang lain barang yang diperolehi). Mani gajah jadi batu yang saya miliki mempunyai 2 bentuk yang berlainan satu dalam bentuk melekit berpasir (yang dimahar dalam bentuk keping) dan satu lagi dalam bentuk kristal berpasir (yang dimahar dalam bentuk serbuk).

Paparan yang saya tunjukkan diatas adalah merupakan mani gajah jadi batu yang rasanya bagi saya bersaiz besar dan belum pernah diperolehi oleh orang lain (setelah diselidiki di internet). Berat mani gajah paparan saya adalah 13kg dan setakat ini yang ada diinternet paling besar adalah 3kg daripada Indonesia. Mani gajah jadi batu ini jika dipegang seolah-olah melekit seakan lilin dan untuk memecahkannya pemotong permata diperlukan selain menggunakan penukul (hancur la). Selidikilah gambar diatas untuk mendapat jawapannya kerana bagi saya dalam bidang ini kejujuran adalah amat penting disamping memaparkan dalam bentuk asal bagi tujuan perbandingan dan pengesahan.

Friday, April 16, 2010

Cincin Tulang Harimau Putih Jadi Batu (Telah ditebus)



Saya baru menerima cincin perak yang diposkan oleh tukang daripada Kelantan. Cincin perak ini dengan ikatan tangkai kendi kuku lipan halus dengan permata tulang harimau putih jadi batu. Cincin bersaiz 17 dan sesuai untuk kebanyakan orang biasa.
** Terima kasih En Zulhazli, Taman Desa **

Sunday, April 11, 2010

Pengesahan Ujian Kain Cindai Para Wali Juzuk 2

Ini adalah ujian ketulenan kain cindai Para Wali bersaiz besar untuk tatapan peminat blog. Subhanallah atas pemberianNya.

Cincin Gabungan 3 Jenis Pokok Jadi Batu Istimewa



Cincin perak tangkai kendi ini mengabungkan 3 jenis pokok menjadi batu iaitu buluh tumpat jadi batu, gemunggal jadi batu dan juga pokok kekabu jadi batu. Disatukan dalam satu permata bagi mendapat khasiat yang istimewa. Cincin ini bersaiz 17 den saiz permata 15mm x 12mm x 6mm.

Saturday, April 10, 2010

Pengesahan Ujian Kain Cindai para Wali Juzuk 1

Pengujian ini dibuat keatas seurat benang kain cindai Para Wali. Posting selanjutnya akan menunjukkan ujian keatas kain cindai bersaiz besar sedikit. Ini bertujuan menunjukkan barangan yang dipaparkan adalah asli dan pembuktian adalah secara jelas dan lansung. Posting berikut akan memaparkan pengujian dalam saiz yang besar sedikit.

Kain Cindai Para Wali


Dalam koleksi saya terdapat dua jenis kain cindai iaitu kain cindai Tuan Puteri dan kain cindai Para Wali. Kain cindai Tuan Puteri kebiasaannya berwarna merah dan emas sebagaimana yang dipaparkan didalam posting yang terdahulu. Kain cindai Tuan Puteri kebiasannya tidak tahan kepanasan dan terbakar sekiranya terkena api.

Manakala kain cindai Para Wali pula merupakan pakaian para wali yang senantiasa tunduk dan patuh kepada ALLAH swt. Dengan keberkatan dan rahmat daripada ALLAH swt segala pakaian yang disarung mereka menjadi keberkatan didunia ini. Kain cindai para wali kebiasaannya agak tebal sedikit daripada kain cindai Tuan Puteri dan warnanya kebiasaan adalah putih. Kelebihan kain cindai para Wali adalah tahan api dan jika dibakar ianya tidak akan menjadi abu malahan kembali kepada bentuk asal. Maha Suci ALLAH yang memberikan keberkatan dan limpah rahmatNya kepada makhluk ciptaanNya. Akan saya buktikan penerangan ini dalam posting akan datang dan ianya akan dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dalam bentuk benang dengan mahar MAMPU MILIK dan MAMPU BAYAR. InsyaALLAH.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Cheras **
** Terima kasih En Amin, Seremban **
** Terima kasih En Amir Rizal, Sg Petani **
** Terima kasih Tn Hj Hashim, Batu Pahat **
** Terima kasih Ustaz Wan, Dungun **

Friday, April 9, 2010

Pokok Kekabu Jadi Batu (Istimewa)




Subhanallah.. ini adalah koleksi yang diperolehi bersama koleksi yang lepas. Koleksi ini diperolehi dikawasan berdekatan dengan sebuah sungai dimana pokok ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pokok kekabu ini telah menjadi batu dan bahagian yang berkilat itu sebenarnya bukan dipolish tetapi diperolehi secara asal disebabkan oleh memerang jantan sungai yang selalu menguli @ mengasah (Pantai Timur panggil kilir) senjatanya dipokok ini (sampai berkilat jadinya).

Ini adalah sebahagian daripada pokok yang diperolehi dan bahagian lain akan dikeluarkan pada masa hadapan. Amat menakjubkan akan ciptaan ALLAH swt. Batu ini dalam proses dijadikan permata cincin dan akan dimaharkan kepada peminat blog.

Tuesday, April 6, 2010

Cincin Tahi Bintang Edisi Khas (Telah ditebus)


Ini adalah cincin tahi bintang @ meteorite edisi khas denga rekabentuk yang berlainan. Saiz tahi bintang adalah SL dengan cincin bersaiz 19. Cincin dikelilingi dengan corak yang dikenali oleh tukang perak sebagai corak hala.

Monday, April 5, 2010

Close Up Kemuning Hitam Jadi Batu



Ini adalah gambar close up bagi kemuning hitam jadi batu untuk tatapan peminat blog. Ada yang bertanya kalau dikikis kemuning hitam jadi batu bahagian tengah milik saya adakah ianya mengeluarkan debu seakan kapur... jawapannya kalau dibuat keatas kayu dapat hasil A maka jika dibuat keatas kemuning hitam batu ini jawapannya sama juga dengan A. Tiada perbezaan kerana ianya adalah asli dan bukan buatan ataupun daripada timbunan ratusan tahun lava gunung berapi.

Saturday, April 3, 2010

Cincin Permata Jarum Mas Putih (Tempahan khas)


Cincin perak tempahan istimewa bertatahkan berlian swiss 6 biji dengan ikatan kuku suasa digabungkan dengan permata jarum mas putih gred A. Amat menarik dan gabungan yang teramat sesuai. Permata dengan ikatan kuku suasa menyerlahkan cincin yang dipakai. Sila SMS sekiranya berminat.

Friday, April 2, 2010

Teras Gemunggal@kelo VS Kemuning Hitam Jadi Batu


Gambar atas Teras Gemunggal tempahan peminat blog dan bawah kemuning hitam jadi batu untuk dimaharkan. Samakan???

Sebagaimana yang dinyatakan dalam posting sebelum ini susunan rona bintik kemuning hitam jadi batu amat hampir dan menyamai rona bintik teras gemunggal hutan. Ramai daripada pengumpul koleksi mistik yang menjual kemuning hitam jadi batu ini sebagai teras gemunggal jadi batu ekoran daripada kekeliruan dan kehampir samaan ini. Bagi saya cukup mengenali barangan yang saya perolehi secara langsung dan perbandingan dibuat dengan barangan yang sama dalam bentuk kayu. Jadi perbandingan boleh dikatakan amat jelas dan tidak berat sebelah.

Saya pernah menunjukkan kemuning hitam jadi batu saya kepada penduduk tempatan disebuah tempat di Pahang dan juga beberapa peminat barangan mistik, semuanya mengatakannya ianya adalah teras gemunggal. Diatas pengetahuan yang saya perolehi daripada pokok asal maka saya tetap akan memaharkannya sebagai kemuning hitam jadi batu dan bukan gemunggal jadi batu sebagaimana yang diperkatakan ramai(banyak lagi stok gemunggal jadi batu yang saya ada). Gambaran diatas cukup untuk dibuat perbezaan bagi tujuan perbandingan dan tatapan semua. Tepuk dada tanyalah jawapan masing-masing.

Mana Satu Kemuning Hitam Kayu dan Batu??


Akhirnya siap juga cincin kemuning hitam jadi batu tempahan saya. Pujian kepada tukang perak saya kerana cepat menyiapkan cincin perak dalam masa yang singkat.

Untuk gambaran diatas terdapat 2 bentuk cincin yang mana satunya adalah kemuning hitam kayu dan satu lagi kemuning hitam jadi batu. Agak-agaknya yang mana satu? A atau B? Atau bagaimana untuk membezakannya?

Untuk pengetahuan peminat gambar A adalah kemuning hitam kayu dan B adalah kemuning hitam jadi batu. Perbezaan secara fizikal yang boleh diperhatikan adalah berat dan rona kayu yang divisualkan. Tetapi jika tidak mahir akan kemuning jadi batu ini nescaya ramai akan mengatakannya ia teras gemunggal jadi batu ekoran rona bintiknya yang hampir sama. Posting selanjutnya akan membezakannya dengan teras gemunggal.

Thursday, April 1, 2010

Kesahihan Buluh Tumpat Jadi Batu



Ramai yang tidak percaya akan koleksi terbaru yang saya perolehi. Banyak lagi barangan yang belum dipaparkan dan InsyaALLAH akan menyusul dalam masa terdekat. Bagi memenuhi permintaan peminat blog diatas dipaparkan perbezaan antara buluh tumpat kayu dan buluh tumpat jadi batu dalam bentuk pola bintik barangan tersebut. Perbezaan dalam bentuk ruas belum dapat dibuat kerana masih belum mendapat keizinan daripada pihak-pihak berwajib.

Gambar diatas adalah dalam bentuk kayu dan dibawah adalah dalam bentuk jadi batu. Pandai-pandailah membezakannya. Ramai yang bertanya pasal khasiat... carilah diblog yang lain dan semestinya barangan jadi batu mempunyai keistimewaan yang lebih tinggi. Wallahu'alam.

Koleksi Terkini :: Buluh Tumpat Jadi Batu


Sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini ini adalah koleksi terbaru yang diperolehi untuk tatapan peminat blog. Tidak ada yang mustahil sekiranya ALLAH swt berkata dengan "KUN FAYAKUN", maka jadilah apa-apa makhluk yang ingin diciptaNya.

Koleksi terkini adalah buluh tumpat jadi batu. Mungkin peminat blog tidak percaya.. jangan risau saya akan menunjukkan perbezaan buluh tumpat yang biasa @ kayu dan yang menjadi batu. Dan usah khuatir kerana barangan yang saya paparkan diruangan blog ini adalah asli dan yang penting adalah MAMPU MILIK dan MAMPU BAYAR.