Monday, October 31, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Tempahan Istimewa Batu Cindai Hitam Emas Petak (Telah ditebus)


Cincin tempahan istimewa tangkai kendi pahat bunga jawa bahagian tepi dengan kuku 6. permata berbentuk petak. Saiz permata adalah 17mm x 9mm x 5mm.
** Terima kasih En Mukrim, Terengganu **

Friday, October 28, 2011

Wednesday, October 26, 2011

:: Koleksi Permata Terbaru :: Permata Firus Mekah Air Emas


Atas permintaan ramai kami memaparkan tiga permata firus Mekah air emas setelah koleksi pertama telah kehabisan dimiliki peminat. Setiap satu akan dipaparkan secara close up dalam masa terdekat. InsyaAllah

Tuesday, October 25, 2011

:: Koleksi Cincin Berubah Wajah :: Cincin Aked Pusu (Telah ditebus)


Cincin perak dengan ikatan tangkai kendi ini digabungkan dengan permata istimewa iaitu permata aked pusu yang berubah wajah atau warna. Perubahan ini diatas kebesaran ALLAH swt dan batu ini dalam keadaan tertentu mempunyai pelbagai wajah dan keadaan. Cincin bersaiz 17 dan permata jika diperhatikan (bahagian tengan yang berubah) mempunyai seakan huruf "Mim" dan bermata ditengah sebagaimana gambar diatas. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Monday, October 24, 2011

:: Koleksi Badik Antik :: Badik Antik Mal Berlubang (Telah ditebus)


Badik antik ini dikenali sebagai badik mal berlubang kerana mempunyai lubang dibahagian tengah berhampiran puting badik. Lubang ini diperbuat dengan tujuan yang tertentu oleh pandai besi dan hanya yang mahir didalam bidang berkenaan keris mengetahui akan khasiatnya. Mempunyai lubang yang asli (bukan ditebuk) dibahagian tengah alur badik. Di Kelantan badik ini dikenali sebagai badik "nyekok" dan dikatakan mempunyai khasiat melebihi besi 7pa. Berusia melebihi 100 tahun.
** Terima kasih Puan N**, Banting **

Saturday, October 22, 2011

Friday, October 21, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Batu Firus Mekah Air Emas Cyan 2


Cincin perak hasil buatan tangan tukang perak Kelantan. Cincin bersaiz 17 dengan corak lilitan berlian swiss mengelilingi permata serta juga diletakkan disudut kiri dan kanan cincin. Permata diikat secara kuku 4 yang diperbuat daripada suasa. Saiz permata adalah 19mm x 13mm x 6mm.

Wednesday, October 19, 2011

:: Koleksi Loket Terbaru :: Loket Permata Firus Mekah Air Mas Purple (Telah ditebus)



Loket ini dibuat daripada perak dan dililit dengan berlian swiss membentuk corak bunga. Digabungkan dengan permata firus Mekah air emas berwarna purple. Saiz permata adalah 12mm x 10mm x 7mm.

Tuesday, October 18, 2011

Saturday, October 15, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Firus Mekah Air Emas @ Jalur Emas Cyan (Telah ditebus)


Berat 11.5 carat dengan saiz permata 18mm x 14mm x 7mm.
** Terima kasih En Faisal, Pandan Jaya **

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Firus Mekah Air Emas @ Jalur Emas Hijau (Telah ditebus)


Berat 7 carat dengan saiz permata 17mm x 14mm x 5mm.
** Terima kasih En Fahmi, Damansara **

Friday, October 14, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Firus Mekah Air Emas @ Jalur Emas Purple (Telah ditebus)


Berat 8.5 carat dengan saiz permata 20mm x 14mm x 5mm.
** Terima kasih En Shaheri, Lumut **

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Firus Mekah Air Emas @ Jalur Emas (Natural) {Telah ditebus}

Semua- sudah ditebus

Alhamdulillah dengan izin ALLAH swt sekali lagi kami telah diberikan permata yang sebelum ini telah kehabisan dalam masa yang singkat. Permata firus air emas yang berasal daripada sebuah bukit di Mekah. Diperolehi dengan 3 warna yang berlainan dan kombinasi warna dan air emas itu teramat menarik. InsyaAllah posting akan datang diperlihatkan permata ini satu persatu secara "close up".

Buat masa ini kami paparkan 3 permata ini sahaja bagi tujuan perbandingan warna. Bagaimanapun stok adalah terhad dan tawaran mahar istimewa kepada peminat blog kami. InsyaAllah.

Thursday, October 13, 2011

:: Syair Tok Kenali :: Yang Tersirat dan Tersurat


“Maharaja Daulat Tuanku, umat islam mereka memangku,
Adam dan Hawa nenek Tuanku, langit dan bumi ia memangku,

Merah Puteh Bendera Muhammad, Kuning Hijau Auliya’ keramat,

Kelabu Hitam dicela ummat, jangan menerima umat Muhammad,

Simbol besi serta keris, sekeliannya itu dibinasakan Allah”

== Tok Kenali ==

Syair ini dicetak dalam Risalah Gerak Kilat Menyambar dan Mutiara Di Tengah Mata, tulisan Syeikh Mahmud Nasri Uthmani, Baling Kedah dan kini risalah itu telah diharamkan oleh Majlis Agama Islam Perak dan Kedah.

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Fosil Batang Sagu

Bawah kanan - Telah ditebus

Telah siap dicanai tukang dengan pelbagai bentuk dan saiz. Untuk dimaharkan dengan mahar teramat mampu milik dan mampu bayar (RM70 sebiji tidak termasuk pos).
*** Terima kasih Hamba Allah, KK ***

Wednesday, October 12, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Kristal Quartz (Clear) 2

Saiz permata ialah 24mm x 15mm x 11mm. Berat ialah 23.5 carat.

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Kristal Quartz (Clear) 1


Saiz permata ialah 23mm x 15mm x 12mm. Berat ialah 25 carat.

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Kristal Quartz (Clear)


Permata ini didalam kategori batu kristal. Kristal quartz ini mempunyai kejernihan yang amat baik dimana menunjukkan tranperen bila diletakkan diatas sesuatu barangan dan juga boleh dilihat seakan kanta pembesar. Mengikut orang-orang lama cara kampung batu kristal pada asalnya merupakan air yang lama-kelamaan bertukar menjadi keras dan berbentuk batu yang jernih. Ini terbukti kebanyakkannya diperolehi didalam bukit-bukit maupun didalam tanah yang kedalaman melebihi 7 kaki.

Menurut kajian sains batu ini mempunyai keupayaan alami untuk:
Uses: enhances the crystalline properties of blood, body and mind, powerful transmitter, amplifies/directs thought forms, healing and energy balancer, promote clarity, attunes one to higher self, removes negative energy, amplifies thought forms, focuses, stores, transforms, energies, great for meditation, record keeper. All Chakras.

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan mahar RM80 sebiji (tidak termasuk pos) dan terhad untuk dua biji ini sahaja. Boleh ditempah bersama ikatan cincin ataupun sekadar memiliki permata sahaja.

Tuesday, October 11, 2011

:: RAHSIA HURUF HIJAIYAH :: Siri 4

*** Petikan Kitab Pati Rahsia ***

Ilmu huruf ini merupakan satu ilmu yang bersifat umum. Kemudian dibahagikan mengikut setiap ilmu.


Dalam ilmu Tauhid, Huruf dikaitkan dengan sifat Kalam Makhluk.
Dalam ilmu Feqah, huruf dikaitkan dengan bacaan-bacaan atau potongan ayat Al Quran.
Dalam ilmu Tasauf, ianya berkaitan dengan isyarat dan maksud huruf.
Dalam ilmu Tajwid, huruf adalah perkara pokok dalam pembelajaran tentang makhraj Huruf.

Huruf Hijaiyah mempunyai bilangan yang tertentu. Bilangan huruf ini boleh digunakan dengan pelbagai hajat. Dan setiap huruf Hijaiyah ini diwakili oleh Khadam Malaikat yang suci.

Syeikh Ahmad Ali Al Buni ada menerangkan, rahsia setiap umat terkandung didalam kitab mereka. Dan rahsia kitab ALLAH swt ada didalam huruf-hurufnya.

Rasulullah saw bersabda: " Barangsiapa yang membaca satu huruf didalam Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Ali Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". - Sahih Bukhari

:: Koleksi Terbaru :: Fosil Batang Sagu


Fosil batang sagu ini diperolehi beberapa bulan yang lepas. Oleh kerana kesibukan dengan permata lain kami akhirnya memberikan laluan kepada fosil batang sagu ini untuk dimiliki peminat blog. Batang sagu kebiasannya lembut tetapi setelah mecapai proses tranformasi menjadi fosil ianya teramat keras sehingga mata memotong batu permata mengambil masa untuk memotongnya.

Paparan diatas hanyalah sebahagian daripada fosil batang satu yang diperolehi. Dalam masa terdekat akan dijadikan permata untuk peminat blog. InsyaAllah.