Thursday, May 29, 2014

:: Koleksi Permata Hyper Rare :: Permata Fosil Gajah Purba Istimewa


Permata ini merupakan koleksi hyper rare yang sengaja disimpan dek kerana teramat susah untuk diperolehi. Permata mani gajah ini pada asalnya berwarna biasa berbelang putih kelabu namun atas nasihat guru kami ianya disimpan bagi melihat perubahan yang mungkin terjadi dan hasilnya perubahan warna ke arah cindai sebagaimana gambar di atas. Warna jalur merah amat jelas dan perubahan yang lain hanya akan diketahui bila memakainya. Wallahuaklam.

Wednesday, May 28, 2014

:: Cincin Terbaik :: Cincin Teras Gemunggal Extra Kursani (Telah ditebus)


Koleksi cincin terbaik untuk dimaharkan. Cincin tangkai kendi digabungkan dengan permata fosil teras gemunggal dengan extra kursani yang membentuk nombor 11. Saiz permata adalah besar dari 5 sen dan saiz cincin adalah 23.

Friday, May 23, 2014

:: Koleksi Permata Misteri dan Rare :: Permata Bertap Batu

batu bertap
Permata rare yang diperolehi untuk dimaharkan adalah bertap batu atau dengan lebih tepat ibu bertap batu. Batu ini sebenarnya diperolehi setahun yang lalu tanpa kehadiran rambut sebagaimana didalam gambar diatas. Tanpa sengaja setelah setahun kamu cuba mengeluarkan permata ini dan peliknya dengan izin ALLAH swt batu ini seolah mengeluarkan damar dan darinya helaian rambut berwarna putih keluar memenuhi bahagian tepi permata tersebut. Batu ini bukan ditampal ataupun dibuat bagi tujuan menipu peminat blog. Bulu tersebut hidup dan insyaAllah akan bertambah panjang. 

Sebelum ini pernah kami diberikan teka teki oleh sahabat yang berbunyi dalam banyak-banyak batu batu apa yang mempunyai bulu. Rata-rata memberikan jawapan negatif berunsur lucah. Tapi dengan kehadiran batu ini membuktikan akan jawapan yang sebenarnya. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan MAHAR istimewa.

Wednesday, May 21, 2014

:: Permata Pilihan :: Untuk Perhatian Hamba Allah, KL (Telah ditebus)

Untuk Perhatian Hamba Allah, KL
Fosil mani gajah purba saiz hampir 50sen.

Tuesday, May 20, 2014

:: Tawaran Harga Borong :: Fosil Teras Gemunggal


Tawaran harga borong bagi kepingan fosil teras gemunggal yang telah dipotong. Sepotong boleh memperolehi 3 biji permata bersaiz 5 sen. PM untuk tawaran harga.

Friday, May 16, 2014

:: Permata Terbaik dan Rare :: Permata fosil tanduk kambing gurun (Telah ditebus)



Permata ini merupakan koleksi khas dalam simpanan kami. Fosil tanduk kambing gurun ini bersaiz 50 sen dan merupakan salah satu pakaian diri yang terbaik untuk dijadikan koleksi.

Thursday, May 15, 2014

:: Tempahan Hamba Allah, Putrajaya :: (Telah ditebus)

Tempahan Hamba Allah, Putrajaya
Permata terakhir yang dimiliki iaitu tanduk lembu mati beranak dipasak dengan gabungan pakaian diri yang lain.

Wednesday, May 14, 2014

:: Permata Pilihan :: Permata Kursani Emas (Hampir 10sen)


Permata kursani emas bersaiz hampir 10sen dalam bentuk bunga asal batu (petak) dan sebiji bebentuk bujur. Warna ekoran tindak balas cahaya tidak menunjukkan warna emas asal.

Monday, May 12, 2014

:: Koleksi Permata Terpilih :: Permata Fosil hati Ikan Yu


Permata fosil hati ikan yu ini bersaiz 5 sen dan sebagai ikhtiar sakit hati kronik dengan izin Allah swt. Selain itu berguna bagi tujuan ketahanan kulit dan lain-lain.

Friday, May 9, 2014

:: Cincin Teristimewa :: Cincin Permata Kursani Emas



Cincin perak buatan tukang Morat, Kelantan bersaiz 18/19 digabungkan dengan permata kursani emas saiz 5 sen. Cincin pahat jawa ini dengan kualiti tukang terbaik.

Wednesday, May 7, 2014

:: Koleksi Rare :: Permata batu bukit Tursina Mesir (saiz 20sen)


Tawaran harga istimewa batu Bukit Tursina Mesir bersaiz 20 sen. PM untuk harga.

Tuesday, May 6, 2014

:: Koleksi Terbaik :: Kursani Emas



Kursani emas merupakan salah satu spesis kursani selain daripada kursani perak dan putih. Ianya boleh dikatakan juga rare kerana bukan senang untuk diperolehi. Berwarna seperti emas dan menurut kitab tua ianya berkaitan dengan rezki. 

Friday, May 2, 2014

:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata fosil mani gajah purba


Permata mani gajah purba ini bersaiz 20 sen. Permata dicanai dengan begitu sempurna dan boleh diuji dengan induk gajah bagi mengetahui keaslian permata ini. 

Thursday, May 1, 2014

:: Tawaran Istimewa Sempena Hari Buruh ::


Tawaran istimewa sempena Hari buruh iaitu permata fosil gemunggal bersaiz 20 sen untuk dijadikan loket. Diperolehi di sempadan Kelantan/Perak (bukan dibeli dari Indonesia). Sila PM bagi harga tersebut.