Monday, March 31, 2014

:: Koleksi Permata :: Permata Fosil Pokok Pinang


Sebeleum ini dipaparkan pokok pinang jadi batu dan ini adalah permata pertama yang telah disiapkan canai untuk tatapan peminat blog.

Friday, March 28, 2014

:: Koleksi Teramat Rare :: Fosil Kelapa Buta




Fosil ini berlainan daripada yang pernah kami paparkan. Mengikut mimpi yang diperolehi ianya adalah fosil kelapa buta (dengan sabut) yang belum dikupas kulit. Tetapi setelah dipotong ternyata ianya 100% adalah sabut (dikenali dengan urat sabut keseluruhan). Kelapa ini bhersiaz kecil seperti kelapa kote (loghat Kelantan). 

Mengikut kita tua ianya adalah dalam kategori teramat sukar diperolehi seperti tempurung kelapa 100% (jika diizinkan Allah swt akan dipaparkan kepada peminat blog pada masa akan datang). Mempunyai khasiat yang terbaik dengan izin Allah swt. 

Thursday, March 27, 2014

:: Untuk Perhatian Saudara MT :: (Telah ditebus)

Untuk Perhatian Saudara MT
Cincin yang telah diubah kuku kepada suasa.

:: Untuk Perhatian Hamba Allah :: Cincin Tempahan Istimewa (Telah ditebus)



Untuk Perhatian Hamba Allah
Cincin tempahan istimewa termasuk besi meriam pecah, tahi bitang, besi misteri, batu petir dan sebagainya.

Wednesday, March 26, 2014

:: Tawaran Istimewa :: Harga Borong Termurah

Tawaran harga borong untuk permata zamrud Kalimantan asli (natural dan bukan kaca) bersaiz 5 sen. Warna hijau tuaBoleh dibeli sebiji atau sebanyak yang diingini. Harga tidak termasuk pos.

Thursday, March 20, 2014

:: Tawaran Istimewa :: Fosil Rotan Semambu (Ada besi) (PM hg istimewa)


Tawaran istimewa dalam bentuk raw fosil rotan semambu dengan kehadiran besi. Potongan kiub bersaiz 50 sen dan 20sen.

Wednesday, March 19, 2014

:: Tawaran Istimewa :: Fosil Buluh Tumpat Kuning dari Israel (RAW) (PM hg istimewa)


Tawaran bentuk raw yang dipotong secara kiub saiz besar 50 sen untuk fosil buluh tumpat kuning yang berasal dari negara Israel. merupakan antara buluh tumpat yang rare dan sukar diperolehi.

Tuesday, March 18, 2014

:: Koleksi Rare :: Fosil Batang Pokok Pisang Hutan




Fosil terbaru dan rare ialah batang pokok pisang hutan jadi batu yang ditemui di sempadan Kelantan/Perak. Semua rona batang pisang adalah lengkap. Sekiranya berminat bolehlah peminat menempah permata fosil ini.

Monday, March 17, 2014

:: Untuk Perhatian Abg Ibrahim, KL :: (Telah ditebus)



Untuk Perhatian Abg Ibrahim, KL 
Cincin perak kuku lipan halus dengan permata lapis lazulli.

Friday, March 14, 2014

:: Koleksi Cincin Terbaik dan Rare :: Cincin Gabungan 6 Besi Rare (Telah ditebus)




Cincin tangkai kendi ini digabungkan dengan 6 jenis besi rare yang sukar diperolehi. Gabungan ini merupakan pilihan istimewa bagi pakaian diri atau lebih kepada pakaian perang di samping khasiat lain yang alami dengan izin ALLAH swt. Antara besi yang digabungkan adalah besi meriam pecah (lebih 500 tahun), besi tahi bintang (solid), ibu besi misteri, puting patah-parang, puting patah-kore (kukur) kelapa dan puting patah-golok. 

Thursday, March 13, 2014

:: Tawaran Istimewa :: Fosil Rotan Semambu Ketulan Asal (raw)


Fosil ini dalam potongan asal (raw) untuk dimaharkan kepada yang berminat. Fosil rotan semambu ini merupakan ketulan amat tua (lebih ratusan tahun) sehingga wujud kehadiran besi sebagaiman yang dapat dilihat di gambar dia atas. yang besar bersaiz lebih 50sen dan yang kecil bersaiz 20 sen.

:: Untuk Perhatian Fifi, Selangor :: (Telah ditebus)


Untuk Perhatian Fifi, Selangor
Ketulan fosil mani gajah (santan) dalam bentuk kiub stok terakhir yang kami miliki.

Wednesday, March 12, 2014

:: Koleksi Gelang :: Gelang Teras Kemuning Hitam



Gelang ini diperbuat daripada teras kemuning hitam. Saiz biji adalah syiling 5 sen dan sesuai untuk dipakai bagi yang tidak meminati cincin.

Tuesday, March 11, 2014

:: Koleksi Cincin Terbaik :: Cincin Tanduk Lembu Mati Bersalin + Tanduk Kambing Gurun Berpasak



Cincin terbaik dengan gabungan istimewa untuk dimaharkan kepada peminat blog. Body cincin daripada tanduk lembu mati beranak dan permata pula daripada tanduk kambing gurun. Dibuat secara manual. Cincin ini dipasak dengan besi meriam pecah, besi misteri dan besi tahi bintang. Cincin ini bersaiz 14 dan tidak boleh dibesar atau dikecilkan.

Monday, March 10, 2014

:: Untuk Perhatian Abg Ibrahim, KL :: (Telah ditebus)



Untuk Perhatian Abg Ibrahim, KL
Cincin tangkai kendi permata jarum emas kuning

Saturday, March 8, 2014

:: Koleksi Terbaik :: Permata Teras Fosil Buluh Tumpat (PM hg istimewa)

Permata stok terhad teras fosil buluh tumpat dengan saiz 10 sen untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Friday, March 7, 2014

:: Koleksi Rare dan Istimewa :: Fosil Buluh Tumpat Urat Kasar




Koleksi ini pula merupakan fosil buluh tumpat dengan urat buluh agak kasar dari kebiasaan. 

Thursday, March 6, 2014

:: Koleksi Permata Terbaik :: Permata Fosil Geli Gajah @ Buah Pinggang Gajah

Permata ini berkhasiat bagi alternatif perubatan sakit buah pinggang dan selain itu digunakan bagi tujuan pakaian diri. Fosil ini terdiri daripada fosil yang rare dan sukar diperolehi.

Wednesday, March 5, 2014

:: Koleksi Rare dan Terbaik :: Fosil Buluh Tumpat Corak batik



Fosil ini dinamakan corak batik kerana corak warna yang diperolehi daripada fosil buluh tumpat tersebut. Urat buluh kelihatan jelas dan merupakan salah satu daripada 100 jenis yang pihak kami perolehi. Fosil ini dalam proses dijadikan permata cincin.

Tuesday, March 4, 2014

:: Gelang Kayu Campur :: Gabungan 4 jenis teras



Gabungan beberapa teras seperti damar minyak, teras gemunggal, kemuning hitam dan kemuning kuning.