Cincin gabungan 3 batu Tok Wali dalam satu permata. Saiz cincin adalah 19. Sesuai digunakan bagi tujuan perubatan dan banyak maklum balas daripada peminat yang mempunyai penyakit misteri dengan izin ALLAH swt sembuh dengan penggunaan ikhtiar batu ini bersama olahan ayat-ayat Al Quran tertentu bagi tujuan perubatan.
Saturday, November 27, 2010
Thursday, November 25, 2010
Monday, November 22, 2010
Friday, November 19, 2010
Thursday, November 18, 2010
:: Koleksi Rare dan Terbaik :: Permata dan Cincin Siap Teras Gemunggal Hitam Jadi Batu
** Telah ditebus **
Akhirnya siap beberapa biji permata teras gemunggal hitam jadi batu untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Hanya 2 biji permata yang sempat diikat dengan cincin buat masa ini dan kedua-duanya menggunakan cincin tempahan khas dengan ukiran pahat bunga jawa.
Gambar pertama membandingkan permata teras gemunggal hitam bukit dengan teras gemunggal hitam jadi batu yang hasilnya 100% sama (ujian secara fizikal). Beberapa hari lepas permata ini telah diuji oleh beberapa pegamal perubatan Islam (dengan cara dan ilmu masing-masing) dan hasilnya Alhamdulillah sememangnya batu ini dijadikan berhikmah dan berkhasiat oleh Allah swt bagi kegunaan manusia.
** Terima kasih En Sukor, Negeri Sembilan **
Wednesday, November 17, 2010
Tuesday, November 16, 2010
.:: Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2010 ::.
Monday, November 15, 2010
:: Koleksi Rare dan Terbaik :: Teras Gemunggal Hitam Jadi Batu
Tahap terakhir dalam memiliki gemunggal jadi batu adalah memperolehi teras gemunggal hitam yang menjadi batu. Teramat susah untuk dimiliki dengan pelbagai cubaan dan ujian yang hanya ALLAH swt sahaja yang mengetahui akan hikmahnya.
Teras gemunggal hitam jadi batu ini diperolehi di sebuah tempat istimewa di Kelantan (tidak sebagaimana kebiasaan di Pahang). Bagaimanapun stok buat masa kini adalah terhad dan bukan untuk jangkamasa yang lama (habis teras yang diperolehi maka habislah). Paparan gambar diatas diambil untuk tatapan peminat blog dan insyaAllah dalam posting akan datang akan dipaparkan perbandingan dengan teras kemuning hitam jadi batu secara luaran.
Saturday, November 13, 2010
:: Koleksi Khas :: Cincin Pahat Jawa Tebuk Permata Kecubung (Telah ditebus)
Cincin tempahan khas ini dibuat oleh tukang perak Kelantan dengan bunga pahat jawa bertebuk buatan tangan( bukan casting @ pasang siap). Cincin bersaiz 20 dengan saiz permata 13mm x 11mm x 7mm. Gabungan yang mantap dan kena dengan warna kecubung dengan cincin perak ini.
** Terima kasih En Ibrahim, Pandan Indah **
Tuesday, November 9, 2010
:: Koleksi Terbaru :: Rotan Semambu Jadi Batu
Buat masa kini koleksi adalah terhad dan akan diabadikan dalam bentuk permata dan cincin. Jika dilihat rona bintik ia kelihatan sekan sama dengan bintik buluh tumpat. Tidak digalakkan memakai bagi peminat yang panas baran kerana bisanya yang teramat. InsyaAllah cincin akan disiapkan dalam masa terdekat.
Saturday, November 6, 2010
Thursday, November 4, 2010
:: Koleksi Istimewa :: Permata Kain Kapas Sejadah (Telah ditebus)Bunian Dalam Batu Gred B
Permata ini seakan sama dengan batu sejadah bunian gred A+ tetapi mempunyai kelainannya yang tersendiri. Permata ini tidak sejernih berbanding batu sejadah bunian gred A+. Permata ini didalamnya mempunyai kain kapas sejadah bunian yang berwarna putih dan kekuningan. Boleh dilihat secara jelas sebagaimana gambar paparan diatas.
Saiz permata adalah 22mm x 14mm x 12mm. Amat menarik jika dilihat dibawah cahaya lampu terang kerana kain kapas itu teramat jelas boleh kelihatan. Posting seterusnya akan memaparkan close up bagi batu permata ini.
Wednesday, November 3, 2010
:: Koleksi Istimewa :: Cincin Kemuning Hitam Jadi Batu Berambut
Sebelum ini pernah dipaparkan permata ini cumanya belum diikat cincin lagi. Untuk sekian lama baru kami mempamirkan permata ini yang sudah diikat cincin tangkai kendi bungkus penuh dengan saiz 15 (boleh dibesarkan).
Sebagaimana sebelum ini permata ini adalah koleksi istimewa kerana ianya mempunyai seakan rambut bahagian diatas permata mempamirkan lain daripada yang lain.
Tuesday, November 2, 2010
:: Koleksi Rare :: Permata Ikan Dalam Taman Batu Gred B- Siri 2
Bahagian kiri permata ialah ikan dan kanan permata taman karang
Lubang alami daripada mulut ikan
Koleksi kedua permata ikan dalam taman batu cuma yang ini bergred B- disebabkan semasa proses canaian terhasil retak didalam batu. Pun begitu taman didalamnya masih sempurna dan jika dilihat secara imbasan sepastinya seekor ikan kelihatan didalamnya. Ikan ini seperti seekor anak ikan juluk (panggilan orang Kelantan bahasa kebangsaan tak pasti pula) yang berbentuk panjang.
Saiz permata agak besar kerana dicanai mengikut panjang ikan bagi menampakkan kejelasannya. Ukuran permata adalah 30mm x 25mm x 16mm. Bagi membuktikan ianya seekor ikan paparan gambar ke4 mempunyai lubang asli iaitu mulut ikan tersebut. Subhanallah ianya sebagai bukti ciptaan ALLAH swt Yang Maha Kaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)