Monday, November 30, 2009

Cincin Bukit Pelagat



Sebelum ini dipaparkan 4 biji permata Bukit Pelagat, Terengganu dan telah dihantar ke tukang emas/perak untuk diikat cincin. Hasilnya adalah sebagaimana gambar diatas. Koleksi Bukit Pelagat 1 diikat dengan cincin tangkai kendi kuku lipan dengan saiz 17. Koleksi lain akan dipaparkan didalam blog Cincin Teras Kayu dan Batu.

Saturday, November 28, 2009

Cincin Istimewa Koleksi 4 Jenis Gabungan Batu dan 2 Jenis Besi (Telah ditebus)



Cincin istimewa ini adalah gabungan 6 jenis batu dan besi yang telah dipilih khas bagi menghasilkan cincin istimewa dengan khasiatnya yang InsyaAllah teramat bagus sekali. Cincin ini dengan rekabentuk tangkai kendi dan kuku lipan telah dibuat oleh tukang emas/perak di Kelantan.

Antara gabungan batu dan besi terpilih adalah (dari kiri); batu leleh, batu kursani kuning, batu Tok Wali bercampur besi (campuran ferum), batu kursani putih, besi kursani tahap 1 dan batu kursani bercampur batu bukit.

Gabungan batu dan besi ini berasal daripada lokasi yang berbeza di Semenanjung Malaysia. Sila SMS sekiranya berminat dan mahar yang diberikan adalah mampu milik dan mampu bayar.
** Terima kasih En Bahrin, Brunei **

Cincin Batu Litar Air (telah ditebus)


Koleksi terkini yang telah disiapkan oleh tukang perak Kelantan adalah cincin perak tempahan khas bertatahkan permata batu litar air dengan ikatan tangkai kendi kuku jarang. Saiz cincin adalah 17 dan boleh dibesar atau dikecilkan dimana-mana kedai emas.

Tuesday, November 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H


Kepada yang balik kampung ke Pantai Timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu), berhati-hatilah dijalan raya. Jangan leka main banjir. Hayatilah penghayatan KORBAN dalam diri kita. Allahuakbar Allahuakbar Walillahil hamdu.

Monday, November 23, 2009

Cincin Teras Gemunggal jadi Batu (Telah ditebus)



Cincin perak dengan permata teras gemunggal jadi batu bersaiz 18 dengan ikatan tangkai kendi kuku jarang untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Sila SMS.
** Terima kasih Hamba Allah, Kota Bharu **

Susu Harimau Jadi Batu



Maha Suci ALLAH swt yang telah menjadikan kepelbagaian dalam ciptaanNya bagi menunjukkan kebesaranNya dan juga bagi manusia berfikir akan kekuasaanNya. Pun begitu masih ramai lagi manusia yang masih alpa dalam kehidupan didunia ini.

Salah satu ciptaan ALLAH swt ialah susu harimau jadi batu yang ditemui didalam hutan. Gambar menunjukkan susu harimau yang bercampur dengan tanah dan belum dicuci lagi. Amat bagus bagi tujuan perubatan yang berkaitan dengan kanser dan penyakit lain. Bukan untuk dimaharkan sekadar untuk berkongsi maklumat sahaja.

Cincin Batu Tok Wali Edisi Khas



Ini adalah cincin batu Tok Wali Edisi khas dimana permata yang diperolehi adalah terhad untuk beberapa biji sahaja. Corak permata batu Tok Wali ini adalah berlainan daripada bati Tok Wali yang pernah dipaparkan. Diikat cincin perak dengan saiz 18. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Thursday, November 19, 2009

Pertanyaan Peminat Blog : Delima Putih


Ramai yang bertanyakan saya tentang permata delima putih dan bagaimana untuk mendapatkannya maklumlah batu ini amat sukar untuk diperolehi. Justeru itu saya telah menemui beberapa penjual permata cincin di Kota Bharu, Kelantan bagi mendapatkan maklumat. Apa yang diperolehi mereka mengatakan delima putih ini sememangnya amat sukar untuk diperolehi terutamanya yang asli.

Ramai peniaga menjual batu aked, batu aquamarine, nilam putih ataupun batu bukit yang rupanya seakan-akan batu delima putih. Hasil daripada pencarian ini saya telah menemui seorang penjual yang juga pakar dalam melihat keaslian batu delima. Beliau telah memberikan contoh permata delima putih yang telah diikat dengan cincin perak. Amat cantik dan jernih airnya... tapi harganya boleh tahan ler... Sekadar berkongsi gambar dengan peminat blog... cincin dengan permata 3 carat ni pun sudah mencecah harga RM1500.
Wallahu'alam.

Cincin Koleksi 7 Jenis Batu (Telah ditebus)


Untuk dimaharkan cincin perak tempahan khas dengan permata daripada koleksi 7 jenis batu yang telah dipilih khas dan masing-masing mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Amat menarik sekali pandang dan sesuai dengan kualiti cincin perak ikatan tangkai kendi kuku lipan.

Jenis batu yang diadunkan ialah (bermula dari bawah) Batu Merah (bukit), Gemunggal jadi batu, batu Kursani putih, batu Tok Wali, batu leleh, batu Kursani bercampur batu bukit dan batu petir api.
** Terima kasih Tn Hj Derius, Brunei **

Khasiat Teras Gemunggal dari Majalah 3

Sebahagian daripada sedutan Majalah 3 daripada TV3 perihal salah satu khasiat teras gemunggal untuk dikongsi bersama.

Tuesday, November 17, 2009

Cincin Gabungan Batu-batu Terpilih (Telah ditebus)



Cincin terbaru yang dihasilkan adalah gabungan 3 jenis batu yang sukar diperolehi iaitu batu kursani putih, batu leleh dan batu kursani bercampur batu bukit. Cincin tempahan khas tangkai kendi dengan ikatan kuku kaki lipan ini dihasilkan oleh tukang emas/perak yang mahir di Kelantan. Bersaiz 17 sebagaimana saiz standard yang ditempah oleh peminat blog. Pun begitu boleh dibesar dan dikecilkan mengikut kesesuaian saiz jari bakal pembeli.
** Terima kasih n Hazli, Lahad Datu, Sabah **

Gelang Gemunggal Batu dan Batu Tok Wali




Buat peminat blog kayudanteras saya menyukai pendekatan dari segi hasil produk lain dari yang lain. Yang mana boleh dikatakan amat sukar untuk ditemui diruangan blog yang pernah dipamerkan. Pun begitu kaedah "MAMPU MILIK DAN MAMPU BAYAR" masih diketengahkan untuk dimiliki oleh semua peminat barangan ini.

Koleksi terbaru yang diketengahkan ialah gelang gemunggal jadi batu digabungkan dengan batu Tok Wali berserta kombinasi batu hitam onyx bagi menampakkan kelainan dalam menghasilkan gelang. Disamping nampak bergaya ianya juga tidak ketinggalan InsyaALLAH dengan izinNya dapat memberikan khasiat yang telah diciptakan oleh ALLAH swt.

Alhamdulillah atas ilham bagi menghasilkan barangan ini.

Cincin Batu Kursani Putih Corak Batu Asal


Paparan sebelum ini adalah batu kursani putih dalam bentuk asal yang belum dicanai @ raw. Bagi memudahkan peminat blog, saya telah mengikatkannya dengan cincin perak tempahan khas daripada tukang emas/perak Kelantan. Cincin ini dengan bentuk tangkai kendi kuku jarang dan bersaiz 17. Sila SMS sekiranya berminat.

Loket Gemunggal jadi Batu



Loket perak asli dengan gabungan permata gemunggal jadi batu dibuat khusus untuk wanita yang inginkan kesederhanaan disamping memiliki khasiat yang diciptakan oleh ALLAH swt. Mahar RM160 termasuk pos untuk Malaysia sahaja.

Koleksi Terbaru Batu Bukit Pelagat


Ini adalah koleksi terbaru batu Bukit Pelagat yang diperolehi daripada Bukit Pelagat di Terengganu. Batu bukit ini terkenal akan kejernihan dan kandungan bentuk dan kepelbagaian bunga didalam batu permatanya.

Hanya 4 biji permata sahaja yang dapat diperolehi oleh saya untuk dimaharkan kepada peminat blog. Batu permata ini bagaimanapun dalam peringkat diikat dengan cincin perak bagi menyenangkan bakal pemiliknya. InsyaALLAH cincin perak akan siap pada minggu hadapan. Alhamdulillah diatas kurniaanNya..

Cincin En Syafril, KLIA (Telah ditebus)



** Untuk perhatian En Syafril, KLIA
Sebelum ini telah dipaparkan cincin En Syafril dalam posting yang terdahulu. Atas permintaan beliau, sedikit perubahan telah dilakukan keatas cincin tempahan beliau. Akhirnya siap sebagaimana dalam gambar diatas.

Monday, November 16, 2009

Cincin Batu Leleh dengan Corak Batu Asal



Cincin batu leleh istimewa ini adalah tempahan khas untuk peminat blog. Menggunakan batu leleh den proses canaian mengekalkan bentuk batu asal bagi memperlihat corak abstrak dan kelainan tidak seperti permata batu leleh yang lain. Cincin dengan rekabentuk tangkai kendi kuku jarang daripada tukang emas/perak daripada Kelantan.

Loket Teras Gemunggal Tempahan Bro Zam Siap



Loket perak tempahan Bro Zam untuk ibunda beliau siap sebagaimana yang dipersetujui. Gabungan teras gemunggal pulau gred A dipasak dengan teras sintok dan gemunggal jadi batu. Akan dihantar atau diposkan dalam masa terdekat.

Friday, November 13, 2009

Perbezaan Permata Teras Semeru dan Teras Gemunggal



Kali ini dipaparkan gambar perbezaan diantara permata teras semeru (coklat) dan teras gemunggal (coklat hitam). Jika diperhatikan teras semeru mempunyai rona kayu yang berjalur (berpusar) tanpa bintik manakala teras gemunggal mempunyai bintik yang jelas kelihatan sebagaimana didalam gambar. Untuk perbezaan yang lain sila layari dan selidiki perbezaan yang telah dibuat oleh blog sahabat saya iaitu blog Rahsia Alam dan pelbagai blog lain yang telah berusaha membezakan antara teras gemunggal dengan teras yang lain.

Seorang sahabat saya yang menjadi salah seorang pakar rujuk bahagian kayu (berumur 63 tahun dan selalu keluar masuk hutan) beliau menyatakan didalam kitab Tajul Muluk teras gemunggal dinyatakan mempunyai 1,000 jenis khasiat yang teramat besar. Selain itu beliau juga mengatakan terdapat 50 jenis pokok yang dijadikan oleh ALLAH swt yang seakan dan semirip teras gemunggal (setelah dibodek beliau hanya memberikan nama 2 jenis pokok iaitu pokok semeru dan pokok gelam - yang lain beliau akan memberitahukan kepada saya sekiranya saya cuba mengkaji dan mencarinya daripada orang lain terlebih dahulu atau dengan maksud lain "belajar dahulu baru tanya dan diberitahu" ~ sekiranya diketahui akan dikongsi dengan peminat blog ini dalam posting yang akan datang).

Teras Gemunggal Hutan ~ Perdu/Pangkal Pokok


Gambar ini telah dikirimkan oleh seorang sahabat saya yang telah berpeluang mendapatkan teras gemunggal hutan di Pahang. Beliau baru mendapatkan teras gemunggal hutan ini beberapa hari yang lepas dan sempat pula menghantar MMS kepada saya gambar teras dibahagian perdu/pangkal pokok.

Kelihatan teras yang amat padat dan berwarna kehitaman jelas ditunjukkan didalam gambar yang dihantar beliau. Bagaimanapun saya tidak berkesempatan untuk memiliki sebahagian daripada perolehan teras gemunggal ini disebabkan telah habis diborong oleh seorang pengumpul barangan mistik disana. Mungkin tiada rezeki saya dengan teras ini bagaimanapun stok yang saya miliki masih banyak untuk dikongsi bersama dengan peminat blog.

Thursday, November 12, 2009

Koleksi Peribadi Batu Petir Air dan Api



Ini adalah koleksi peribadi batu petir air dan api untuk paparan peminat blog kayudanteras. Kebiasaannya batu petir api berwarna hitam dan batu petir air berwarna kuning susu. Bagaimanapun terdapat juga batu petir api yang berwarna gelap seakan kelabu dan batu petir air bewarna kuning gelap berbintik. Batu petir ini dalam bentuk yang pelbagai seperti kapak, penukul (hammer), pisau dan tombak. Sedia untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dalam bentuk asal @ raw.

Wednesday, November 11, 2009

Akan Datang ~ Cincin Batu Leleh Corak Batu Asal


Cincin ini masih lagi dalam proses penyiapan oleh tukang emas/perak di Kelantan. Akan di"upload" untuk tatapan peminat blog minggu hadapan.

Tongkat Buluh Tumpat




Koleksi terbaru blog kayudanteras adalah tongkat buluh tumpat dengan ketinggian 3 kaki dalam bentuk asal lurus. Pemegang merupakan bahagian akar buluh tumpat tersebut. Dipotong daripada bahagian akar oleh pemilik asal (sahabat saya) yang meminta saya memaharkannya kepada sesiapa yang berminat. Tongkat ini boleh dijadikan sebagai pakaian diri disamping kegunaan kebiasaannya yang lain.

Tuesday, November 10, 2009

Koleksi Peribadi Tulang Harimau jadi Batu



Untuk paparan peminat blog kayudanteras adalah koleksi peribadi tulang harimau putih jadi batu yang diperolehi daripada seorang sahabat. Koleksi ini biasanya ditunjukkan kepada peminat blog yang berjumpa secara peribadi sebagai bukti kekuasaan dan kebesaran ALLAH swt untuk difikirkan bersama. Sekadar paparan dan bukannya untuk dipindahmilik.

Monday, November 9, 2009

Cincin Ibor Merah jadi Batu (Telah ditebus)



Sebelum ini telah dipaparkan permata ibor merah menjadi batu. Bagi memudahkan peminat koleksi barangan mistik permata ini telah diikat dengan cincin perak tempahan khas daripada tukang emas/perak daripada Kelantan. Menggunakan perak asli dengan ikatan tangkai kendi kuku jarang.

Saiz cincin adalah 17 bersempena saiz standard bagi kebanyakan peminat blog. Permata dengan potongan melintang bagi mendapatkan garis dan corak yang berlainan. Boleh dibesar dan dikecilkan dikedai emas/perak. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih En Khidir, Melaka **

Batu Kursani Putih


Sebelum ini dipamerkan batu kursani bercampur dengan batu bukit berwarna putih. Manakala paparan terbaru ini adalah batu kursani putih yang amat sukar diperolehi (rare). Batu ini kesemua batunya putih dan berkilat. Diperolehi daripda sebuah bukit di Perak. Saiz yang diperolehi hanyalah segenggam jari. Akan dimaharkan dalam masa terdekat dalam bentuk permata cincin.

Friday, November 6, 2009

Batu Leleh ISTIMEWA (rare)




Batu leleh mempunyai pelbagai bentuk dan jenis bergantung kepada lokasi dan bukit yang diperolehi. Pun begitu sifat dan materialnya tetap sama walaupun dalam bentuk yang berlainan. Cuma yang membezakan adalah bentuk yang amat sukar diperolehi seperti gambar yang dipaparkan (atas sekali dan tengah - yang bawah itu adalah batu leleh biasa yang diperolehi). Bentuk ini berbelang dan tidak seperti yang kebiasaannya yang berbintik semacam buih.

Batu leleh ini akan dijadikan permata dalam masa terdekat untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Tunggu ajer.. Mahasuci ALLAH swt yang menjadikan ciptaanNya yang pelbagai. Wassalam.

Thursday, November 5, 2009

Cincin Batu Bukit Pelagat (Telah ditebus)




Sebelum ini dipaparkan batu permata Bukit Pelagat tanpa cincin. Bagi memudahkan peminat cincin saya telah mengikatnya dengan cincin perak bersaiz 18 dengan rekabentuk khas yang terkini. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

** Terima kasih En Aidi, Keramat Permai **

Wednesday, November 4, 2009

Panduan Membeli Sebarang Geliga

KEPADA PEMILIK BLOG YANG MELIHAT PANDUAN SAYA SILA BACA NOTA KAKI YANG DITULIS DIBAWAH AGAR DAPAT MENJAGA KEHARMONIAN BERBLOG SESAMA KITA.



Ramai yang SMS saya bertanyakan bagaimana untuk mengetahui samada sesuatu geliga yang dijual itu asli atau tidak. Maklumlah ramai yang menjual barangan ini mengambil kesempatan keatas pembeli samada menjual barang yang tidak asli ataupun memberikan barangan lain yang sememangnya bukan geliga. Tetapi apabila diceritakan akan keajaiban mendapatkan barangan itu maka secara langsung akan menambat hati pembeli untuk memilikinya.

Saya merujuk kepada pakar dalam menentukan keaslian sesuatu geliga dan beliau mengatakan cara paling senang untuk mengetahuinya adalah; sebagai contoh sekiranya barang itu geliga lipan, maka didalam geliga itu kebiasaannya (bukan semua) terbentuk seakan-akan anak lipan didalamnya sama juga dengan ular, labah-labah dan sebagainya. Jika terdapat seakan buih atau gelembung (lebih daripada 1) didalamnya maka itu mengesahkan ianya geliga masak...(kaca atau plastik ler..dimasak untuk membentuk rupa geliga). Selain itu boleh juga diuji dengan minyak petrol, rendamkan geliga itu dalam minyak petrol dan tengok tindakbalas yang berlaku. Sekiranya tiada tindak balas berlaku (seperti tetiba menggerutu atau terhakis dsb), maka boleh dikatakan ianya asli (ini pengesahan secara pemerhatian sahaja).
Cara keduanya (yang paling CONFIRM) ialah dengan menguji geliga itu dengan induknya, sebagai contoh jika geliga lipan maka ujilah dengan sebarang induk lipan (bermain dengannya). Sekiranya lipan itu tidak menyengat maka secara langsung boleh dikatakan ianya adalah asli. Tetapi berani cuba ke???.
Rata-rata geliga yang dibeli merupakan barangan lain yang bertujuan untuk menambah minat pembeli. Sebagai contoh yang saya tunjukkan disini ialah penggunaan gel silica yang dimasukkan dalam botol ubat, kasut, kotak dan sebagainya dari kilang bagi mengelakkan barangan daripada basah. Ramai yang tidak perasan akan hal ini sebab tidak pernah orang ambil peduli akan kehadiran gel silica ini. Kalau ada dirumah anda, cuba potong dan lihat dengan jelas..tapi ingat.. terus dibuang kerana takut anak-anak kecil memakannya..maklumlah racun.
geliga lipan


Jadi sebagai kesimpulan, carilah orang yang benar-benar tahu dan arif bagi menguji kesahihan barangan geliga ini samada secara ilmu bathin ataupun secara pemerhatian melalui pengalaman. Jangan diri anda hanya mempercayai penerangan penjual batu geliga sahaja. Janganlah jadikan diri anda diselubungi MISTERI....
Sekadar berkongsi ilmu dan panduan yang diberikan oleh orang-orang lama yang arif dan bukannya bertujuan menghentam penjual barangan PALSU. Wallahu.
Nota:
Ini hanyalah menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh peminat blog saya sendiri yang inginkan kepastian dan huraian yang saya berikan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana blog lain yang memaharkan barangan ini. Jadi pemilik blog yang memaharkan geliga lipan janganlah terasa..saya hanya sekadar berkongsi ilmu ALLAH swt yang diperolehi sahaja...jangan cepat melatah.. MasyaALLAH..