Thursday, December 31, 2009

Teras Akar Keluat



Pernah suatu ketika dahulu saya mengikuti seorang sahabat mencari akar kayu disebuah hutan di Pahang. Nak dijadikan cerita saya telah menemui akar pokok keluat dan bila dipotong akarnya ternyata mempunyai teras tetapi sayangnya masih belum cukup sempurna dan akhirnya saya meninggalkannya ditempat asal ditemui. Mungkin 3 - 4 tahun lagi matanglah terasnya dan jika dipanjangkan umur dan akar masih disitu InsyaALLAH saya akan kembali mengambilnya untuk dikongsi bersama. Mengikut sahabat saya terdapat 2 jenis teras keluat iaitu teras keluat berwarna hitam dan satu jenis lagi teras keluat berdarah (warna merah macam darah). Kedua-duanya boleh dikatakan bukan senang untuk ditemui.

Antara khasiat yang selalu diperkatakan tentang teras keluat ini adalah untuk ketahanan kulit sehingga kebanyakan peninju tomoi akan mengamalkan minuman air teras akar keluat disamping menjadikannya sebagai cincin dan ada juga meletakkan atau menyapu kepada taji ayam laga bagi menguatkan ayam lagaan mereka. Selain itu tidak banyak yang diketahui tentang teras keluat ini. Apa yang saya perolehi teras ini juga boleh digunakan bagi tujuan memasung makhluk halus (bagi pengamal perubatan yang mahir) dan selain itu juga boleh digunakan untuk melegakan sakit urat. Kekadang saya berfikir la jugak agak-agaknya ada tak teras keluat menjadi batu yer?

Wednesday, December 30, 2009

Cincin Gemunggal Jadi Batu Untuk Kanak-kanak


Cincin tempahan En Hazli dari Sabah untuk anak lelaki beliau. Menggunakan cincin perak pasang siap dengan ikatan kuku cengkam. Akan diposkan dalam masa terdekat.

Batu Gunung Ledang Jalur





Koleksi terbaru yang dimiliki adalah batu Gunung Ledang jalur. Batu ini jika dilihat seperti batu kristal yang biasa. Batu ini diperolehi disebuah tempat yang tidak dapat dinyatakan di Gunung Ledang, Johor dan juga dikatakan boleh dijumpai juga di Gunung Kinabalu, Sabah dan di Gunung Jerai, Kedah.

Batu Gunung Ledang jalur ini akan dimaharkan dalam masa yang terdekat untuk peminat blog.

Tuesday, December 29, 2009

Cincin Permata Batu Tok Wali Tempahan En Hazli, Sabah (Telah ditebus)



Untuk perhatian En Hazli, Sabah.

Dua cincin perak tempahan khas ini digabungkan dengan batu Tok Wali potongan segiempat tidak sebagaimana biasa dengan bentuk cobochone. Akan diposkan dalam masa terdekat.

Monday, December 28, 2009

Cincin Tempahan En Rahim, Singapura (Telah ditebus)


Cincin perak tempahan khas daripada En Rahim, Singapura ini siap sebagaimana yang diminta. Cincin tangkai kendi dengan kuku jarang ini digabungkan dengan batu litar api dengan rekabentuk yang dipersetujui. Akan diposkan dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Rahim, Singapura **

Friday, December 25, 2009

Cincin Tempahan En Khalil - Siap


Cincin perak ikatan tangkai kendi kuku W telah siap disempurnakan oleh tukang perak Kelantan. Cincin ini digabungkan dengan permata teras keluat atas permintaan beliau. Harap En Khalil berpuashati dan akan diposkan dalam masa terdekat.

Cincin Tempahan Khas Batu Bukit Tursina (Telah ditebus)


Ini merupakan cincin tempahan khas En Hazli, Lahad Datu. Cincin perak dengan ikatan tangkai kendi dan kuku lipan penuh bertatahkan batu Bukit Tursina bersaiz panjang sebagaimana yang diminta beliau. Amat menarik jika dipandang samada dari jarak jauh maupun secara dekat.
** Terima kasih En Hazli, Lahad Datu **

Thursday, December 24, 2009

Teras Gemunggal Jadi Batu Berpasak



Teras gemunggal jadi batu berpasak dengan besi kursani tahap 1 dan batu leleh ini untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Bersaiz M tanpa ikatan cincin. Sila SMS jika berminat.

Tuesday, December 22, 2009

Cincin Tanduk Kambing Gurun Jadi batu (Telah ditebus)

Cincin akan diposkan dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Hazli, Lahad Datu **

Monday, December 21, 2009

Batu Leleh Tanah Putih ("rare")



Batu leleh tanah putih adalah antara batu leleh yang boleh dikatakan "rare" untuk mendapatkannya. Dinamakan tanah putih ekoran kewujudan batu leleh ini dikawasan bukit dengan kandungan batu batan putih yang teramat keras. Percampuran batu leleh tanah putih ini agak sebati dan sekiranya dicanai menampakkan corak batu leleh yang amat cantik.

Akan dimaharkan batu leleh tanah putih dalam masa terdekat kepada sesiapa yang berminat. Insya ALLAH.

Cincin Tempahan En Masagoes, Singapura (Telah ditebus)



Cincin perak tempahan khas En Masagoes, Singapura siap sebagaimana yang diminta. Permata daripada teras gemunggal pulau dengan teras gemunggal jadi batu. Akan diposkan dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Masagoes, Singapura **

Cincin Batu Petir Campur dan Batu Bukit Tursina



Sebelum ini dipaparkan koleksi cincin batu petir air dan api samada dalam bentuk 2 jenis, 3 jenis dan 7 jenis. Koleksi terbaru ini adalah cincin perak dengan ikatan tangkai kendi dengan kuku "crown" bersaiz 19. Permata digabungkan dengan 2 jenis petir api, 2 jenis petir air dan 1 batu Bukit Tursina.

Cincin Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu (Telah ditebus)



Ini adalah cincin perak tempahan khas dengan ikatan tangkai kendi "crown" dengan hasil kualiti yang amat baik sekali. Digabungkan dengan permata tanduk kambing gurun jadi batu bersaiz L untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Selangor **

Cincin Batu Bukit Tursina Tempahan En Hazli (Telah ditebus)



Ini adalah cincin perak tempahan khas dengan ikatan tangkai kendi kuku lipan bertatahkan batu Bukit Tursina sebagaimana yang ditempah En Hazli, Sabah.
** Terima kasih En Hazli, Sabah **

Sunday, December 20, 2009

Permata Batu Gunung Ledang (Telah ditebus)


Permata batu Gunung Ledang untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
** Terima kasih En Azhar, Semenyih **

Friday, December 18, 2009

Cincin Tempahan En Adli (Telah ditebus)



Cincin perak tempahan khas dengan ikatan bunga pahat jawa bertebuk dikelilingi berlian swiss digabungkan dengan permata batu serai sebagaimana yang diminta. Akan diposkan dalam masa yang terdekat. Harap berpuashati dengan tukang perak dari Kelantan ini.
** Terima kasih En Adli,. Banting **

Wednesday, December 16, 2009

Batu Bulu Burung Cenderawasih (Telah dipindah milik)






Setelah hampir setahun saya memiliki batu Bulu Burung Cenderawasih terdapat beberapa perubahan terhadap warna bulu dan penambahan bulu didalam batu ini. Asal kesemua bulu didalam batu ini ketika ditemui adalah 80% putih dan 15% coklat dan 5% kemerahan. Ternyata jika dilihat sekarang ianya telah berubah daripada warna asal ketika diperolehi.

Batu Bulu Burung Cenderawasih ini masih belum lagi menemui pemilik yang mampu samada dari segi mahar maupun kesanggupan memiliki batu ini. Untuk itu saya mengambil peluang ini untuk berkongsi photo yang telah diambil dengan pelbagai sudut agar kita boleh menghayati kebesaran ciptaan ALLAH swt. InsyaALLAH.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Kajang **

Cincin Batu Leleh Api (Koleksi batu leleh paling rare) (Telah ditebus)



Batu leleh mempunyai pelbagai jenis dan bentuk dan dikatakan mempunyai lebih daripada 20 jenis yang mempunyai bentuknya yang tersendiri. Yang paling sukar diperolehi ialah batu leleh belang dan batu leleh api. Batu leleh belang pernah dipaparkan diblog ini manakala batu leleh api inilah kali yang pertama.

Dinamakan batu leleh api kerana apabila dipancarkan kepada cahaya terang permukaan batu leleh ini akan mengeluarkan bintik-bintik merah yang asli. Amat sukar diperolehi dan dikatakan sekiranya satu bukit itu mempunyai batu leleh hanya saiz segenggam tangan sahaja yang dapat diperolehi batu leleh api. Bagi tujuan tersebut pencari batu leleh perlulah memerhatikan tindakbalas batu leleh dengan cahaya matahari bagi mengetahuinya. Dikatakan dalam banyak-banyak batu leleh, batu leleh api adalah dalam tingkat yang teratas sekali dan mempunyai khasiat yang teramat tinggi berbanding batu leleh lain.

Untuk paparan permata yang telah diikat cincin ini, ekoran penggunaan kamera handphone bintik-bintik merah tidak dapat diambil secara jelas. Namun pemilik bolehlah melihatnya dengan sendiri apabila mendedahkan batu leleh api ini kepada cahaya matahari. Dicanai dalam bentuk asal bagi memudahkan pemilik melihatnya.
** Terima kasih Tn Hj Derius, Brunei **

Tuesday, December 15, 2009

Cincin Batu Bukit Tursina (Telah ditebus)



Ini adalah batu Bukit Tursina yang pertama diikat dengan cincin perak untuk dimaharkan. Dengan ikatan tangkai kendi kuku jarang dan permata bersaiz S dengan mahar RM300. Sila SMS sekiranya berminat.
** Terima kasih En Zaid, Putrajaya **

Cincin Batu Kursani Putih (Telah ditebus)


Cincin perak dengan rekabentuk tangkai kendi dan bertatahkan batu kursani putih tempahan En Hazli siap. Akan diposkan ke Sabah dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Hazli, Sabah **

Mahar Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu dan Batu Bukit Tursina

Untuk semua peminat blog kayudanteras, mahar untuk kedua-dua jenis barangan istimewa ini (permata sahaja) boleh dipilih berdasarkan saiz (S, M dan L) dan mahar adalah bermula dari RM250 - 350 bergantung kepada pilihan anda.

Sebelum ini saya telah menyatakan kepada sesiapa yang telah SMS saya, sebiji permata dimaharkan RM350 dan sekiranya diambil siap cincin maka ianya menjadi RM400. Atas permintaan ramai mahar akan ditentukan bergantung kepada saiz yang anda ingini bagi memberikan ruang kepada peminat blog mendapatkannya dengan "MAMPU MILIK DAN MAMPU BAYAR" walaupun barangan sukar diperolehi.

InsyaALLAH semoga saya dan anda diberkati oleh ALLAH swt.

Sunday, December 13, 2009

Permata Batu Bukit Tursina (Telah ditebus)




Inilah rupa batu Bukit Tursina yang telah dicanai dan dibentuk menjadi permata. Amat "lawa" dan menakjubkan. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat pada harga mampu milik dan mampu bayar walaupun sesetengah penjual tidak akan memaharkan batu ini ekoran susah untuk memperolehinya.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Balakong **

Permata Batu Gunung Ledang (Telah ditebus)


Untuk perhatian En Feerdaus, Senai, Johor. Saiz batu adalah 11mm x 11mm.
** Terima kasih En Feerdaus, Senai **

Saturday, December 12, 2009

Cincin Tempahan En Hazli, Sabah ( Telah ditebus)


Cincin perak dengan ikatan tangkai kendi kuku lipan yang ditempah oleh En Hazli akhirnya siap dalam masa yang dipersetujui. Digabungkan dengan permata batu leleh belang yang amat susah diperolehi. Akan diposkan dalam masa terdekat.
** Terima kasih En Hazli, Lahad Datu **

Friday, December 11, 2009

Batu Bukit Tursina - Batu "rare"




Ramai dikalangan peminat barangan mistik mencari batu ini sebagai koleksi yang amat susah diperolehi. Sesetengahnya memperolehi batu ini dikalangan sahabat-sahabat yang belajar di Mesir. Pun begitu harganya adalah amat mahal sekali selain amat susah untuk melepaskan diri batu ini daripada pihak berkuasa tempatan (Mesir) untuk dibawa keluar (barang kawalan).

Khasiat batu tursina ini amatlah tinggi dan tidaklah perlu saya menyatakannya disini. Stok untuk batu ini adalah terhad dan sila SMS sekiranya berminat untuk memiliki batu Bukit Tursina ini.

Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu Juzuk 3


Ini adalah komposisi bahagian dalam tanduk kambing gurun jadi batu setelah dipotong. Amat jarang untuk memperolehi tanduk kambing gurun yang biasa dengan kepadatan 100% kerana kebiasaanya tanduk kambing gurun mempunyai rongga didalamnya (berlubang ditengah) inikan pula yang menjadi batu. Rona jalur tanduk jelas kelihatan semacam bentuk rona pokok kayu tas ataupun larak salah. Inilah kebesaran ALLAH swt untuk difikirkan bersama.

Cincin Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu (Telah ditebus)


Akhrinya siap cincin tempahan khas bertatahkan permata tanduk kambing gurun jadi batu untuk tatapan peminat blog. Cincin perak asli dengan tangkai kendi kuku jarang menyerlahkan lagi permata tanduk kambing gurun jadi batu ditambah dengan rona tanduk yang menarik perhatian (jalur asli daripada kepadatan tanduk).

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat memiliki koleksi barang pelik ini dengan mahar mampu milik dan mampu bayar. Sila SMS sekiranya untuk memilikinya.
** Terima kasih Hamba Allah, Balakong **