Thursday, May 28, 2009

Kayu batu untuk dijual..


Saya mempunyai 6 biji kayu batu yang hendak dijual kepada sesiapa yang berminat. Kayu batu ini dikatakan berasal dari sebuah gua di Gunung Stong, Dabong, Kelantan. Tentang kelebihannya saya tidak ingin membicarakannya disini dan anggaplah sekadar kejadian ALLAH swt untuk kita nikmati. Harga adalah RM 80 sebiji termasuk belanja pos.

Marilah kita renungkan sebuah hadis dari Rasulullah SAW bermaksud:
"Sesungguhnya peniaga-peniaga adalah mereka yang jahat-jahat, sahabat bertanya: Wahai Rasulullah SAW, bukankah ALLAH telah menghalalkan jualbeli, Nabi menjawab: Bahkan, tetapi peniaga (yang fujjar atau jahat) ini mereka kerap bersumpah (tentang kehebatan barangan yang dijual) dan mereka berdosa kerananya, mereka juga apabila bercakap (ketika promosi) mereka akan sentiasa berbohong."
Riwayat Al Hakim, sahih isnadnya menurut syarat Al Bukahri & Al Muslim; Al Baihaqi

Wallahualam bissawab

Wednesday, May 27, 2009

Teras Gemunggal tenggelam dalam air...

  1. Ramai yang mempertikaikan bahawa hanya teras gemunggal yang asli sahaja yang tenggelam didalam air. Saya pernah memiliki teras gemunggal bukit, kampung dan pulau dan pada pengamatan saya kebanyakan teras kampung dan bukit yang tenggelam didalam air.
  2. Pun begitu terdapat juga teras gemunggal pulau yang tenggelam dalam air dan sudah tentu ALLAH swt memberikan rahsia yang istimewa kepadanya.
  3. Secara saintifik hanya kayu yang mempunyai kepadatan sel/molekul yang tinggi akan tenggelam didalam air. Itu adalah pendapat sains.
  4. Secara hakikat dalam kalangan makhluk yang bernama manusia terdapat golongan yang lain disebut wali..walhal wali itu manusia juga..sama juga dengan kayu..ada kayu balak yang ditebang namun terapung dalam air...agak besar saiznya..namun terdapat juga kayu yang saiznya kecil dari syiling 10 sen boleh tenggelam dalam air...secara logik itulah ilmu dan kebesaran yang ALLAH tunjukkan keatas makhluknya....sambil memuji penciptaanNYA..pandang-pandang dan fikirlah.....diri kita bagaimana??
Wallahualam bissawab...

Teras Gemunggal untuk dimaharkan


Teras Gemunggal untuk dimaharkan siap dibentuk cincin dengan 2 saiz biasa dan besar. Teras ini berasal dari sebuah pulau berdekatan dengan Pantai Bukit Keluang, Besut.

(Belanja pos RM5 Malaysia sahaja) Stok adalah terhad.

Teras Gemunggal - Khasiat yang diberikan ALLAH swt

Mengikut kitab Tajul Muluk, teras gemunggal mempunyai 1000 jenis khasiat yang telah direkodkan didalam kitab perubatan Islam. Ianya juga disebut sebagai Raja segala kayu perubatan diatas muka bumi ini.
Dalam buku karangan Abdullah Al Qari bin Hj Salleh (2006) Ensiklopedia Herba-herba sekeliling Anda, Al Hidayah Publishers, Kuala Lumpur ada menyatakan perihal khasiat kayu ini. Antaranya:

1. Menawarkan racun/santau dalam makanan (dengan lalukan teras keatasnya {dengan izin ALLAH})
2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir (teras dipakai dalam bentuk cincin dan bersentuh dengan kulit {dengan izin ALLAH})

3. Menjauhkan rumah dari gangguan jin/syaitan/makhluk halus ({dengan izin ALLAH})
4. Menjauhkan/menakutkan binatang-binatang berbisa ({dengan izin ALLAH})
5. Bayi menangis yang bukan berpunca dari sakit biasa (letakkan dibawah bantal {dengan izin ALLAH})

Mengikut Pengalaman Pemilik Blog:
  1. Membuang saka atau perbuatan daripada saka
  2. Membuang susuk secara semulajadi
  3. Perubatan bagi penghisap dadah (alternatif)
  4. Penawar bagi sakit-sakit akibat perbuatan khianat orang.
  5. Menghindar gangguan makhluk halus
  6. Menghalang perbuatan khianat orang seperti santau, sihir, pukau dsbnya.
dan banyak lagi khasiat yang dinyatakan penggunaanya bermula dari akar hinggalah kepada daunnya.

Dari segi sejarahnya teras ini dikatakan sebagai sumpahan dan pantang kepada ilmu hitam. Bagaimanapun tinggi khasiatnya semua itu adalah dari ALLAH swt untuk menzahirkan akan kebesaran penciptaanNYA.
Wallahualam bissawab...

Teras Gemunggal - Jenis-jenis

Terdapat 3 jenis teras gemunggal yang terdapat di negara ini dan dikategorikan kepada:
1. Gemunggal Kampung - kepadatan berat tinggi
2. Gemunggal Bukit/Gunung - kepadatan berat tinggi
3. Gemunggal Pulau - kepadatan berat rendah

Petua orang-orang tua menyebut "Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh didaratan luas"

Wallahualam bissawab...

Teras Gemunggal - Pengenalan

Teras ini juga dikenali sebagai gemunggar/gemunggal (pantai timur), kilo/kelo/kelor (biasa digunakan di alam melayu),gheli maronggi (Madura), galih kelor (Jawa), maronggi, celor, Moltong, Keloro, Kawano, Ongge, Hau Fo atau dengan istilah sainsnya moringga olefera lamk.

Merupakan salah satu daripada jenis teras yang terpilih dan terkenal dengan keberhajatan masyarakat nusantara terhadapnya. Namun semenjak dua menjak telah diambil alih oleh kayu kokka daripada negara arab walaupun kepalsuannya telah dihebahkan kepada orang ramai.

Wallahualam bissawab...

Teras Gemunggal

Di pelusuk muka bumi ini ALLAH swt telah menjadikan makhluknya dengan pelbagai kelebihan dan kelemahan. Bahkan diantara sesuatu kejadian mempunyai pelengkap berlawanan antara satu sama lain. Begitu juga kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada makhluknya samada manusia, haiwan binatang, tumbuhan dsb.

Salah satu penciptaan ALLAH swt kepada manusia ialah kelebihan yang diberikan olehNYA kepada pokok yang dipanggil sebagai teras gemunggal atau juga dikenali sebagai teras kelor.Teras ini dijadikan ALLAH swt sebagai alat untuk melaknat/menawar penggunaan sihir, ilmu hitam, santau, ganguan jin syaithan dsb...dengan izin ALLAH swt..dan ingatlah kayu teras ini hanyalah kayu yang tidak berkuasa apa-apa melainkan biizniLLAH...

Pembuka Bicara Blog

Bismillahirrahmanirrahim,

Sesuatu ciptaan ALLAH swt adalah bersebab cuma manusia itu sendiri tidak memiliki ilmu yang menyeluruh untuk mengetahui akan sebabnya kecuali orang-orang yang dibuka akan matahatinya. Setiap ciptaanNya ada guna dan hikmahnya dan terpulang kepada manusia itu sendiri untuk mencari jawapannya.
Allah hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu di dalamnya bukan semata-mata untuk manusia hidup dan berkembang biak di atasnya serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya. Yang lebih penting, ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir akan alam ciptaan Allah swt ini. Ia adalah bukti besar kepada manusia tentang wujudnya Allah. Bahkan sebenarnya adalah dalil bagi mereka tentang adanya Allah.
Wallahualam bissawab...