Sunday, August 30, 2009

Fosil Teras Gemunggal/Kelor - Khasiat


X - Telah dijual

Ramai yang bertanyakan saya apakah kelebihan fosil gemunggal/kelo. Mana-mana blog tidak banyak memperkatakan akan fosil teras gemunggal/kelo. Rata-rata hanya menunjukkan permata atau fosil batu teras gemunggal sahaja. Bagi saya untuk berlaku adil sesuatu pokok kayu biasa apabila mencapai proses transformasi kepada batu maka disitulah menunjukkan kekuasaan ALLAH swt dengan menggunakan arahan sebagaimana dalam Al Quran KUN FAYAKUUN untuk manusia sejagat berfikir akan kekuasaanNya dalam mencipta sesuatu makhluk.

Teras gemunggal atau juga disebut kelor ini secara umumnya diketahui oleh semua pakar-pakar barangan mistik ataupun perubatan alternatif oleh kerana teramat bermanfaat khasiatnya terutama sebagai pendinding, pelindung dan penawar daripada syaitan/jin/makhluk halus dan juga binatang berbisa. Bahkan dikatakan boleh menjadi penawar kepada penyakit berkaitan tubuh badan seperti sakit dada, sakit sendi, batuk berdarah dengan merendamnya kedalam segelas air dengan bacaan ayat lazim dan doa kepada ALLAH swt.

Dikenali sebagai amat berkesan untuk mengubati orang yang kemasukan hantu @ histeria, mengubati keracunan serta gigitan binatang berbisa, melindungi dan melemahkan binatang berbisa seperti ular, kala jengking dsb dan juga melindungi sipemakai daripada apa-apa yang berkaitan dengan sihir yang bertujuan untuk menghancurkan si pemakai. Ada juga diantara pembeli fosil teras gemunggal ini berpengelaman kulitnya menjadi kebal. Semuanya ini dengan izin ALLAH swt (Bi izniLLAH) dan kita sebagai makhluk hanyalah berikhtiar dengan khasiatnya dan segala kelebihan itu berserahlah kepada ALLAH swt (hak milik MUTLAK ALLAH swt). Ingat!!

Sila SMS sekiranya berminat untuk memiliki permata teras gemunggal jadi batu dengan tawaran harga istimewa bulan Ramadhan.

Wallahu'alam.

Saturday, August 29, 2009

Batu Kursani dan Besi Kursani - Perbandingan

Tiba pula giliran untuk membuat perbandingan antara batu kursani dan besi kursani. Kebiasaannya orang tidak akan menyebut batu kursani tetapi disebut besi kursani tahap biasa atau tahap 2. Jika diamati kedua permata besi kursani dibawah ada sedikit perbezaan dari segi warna (biasa batu kursani bewarna emas muda dan besi kursani yang paling elok@ teratas adalah berwarna perak) dan bentuknya (besi kursani dibawah belum sepenuhnya sempurna dicanai). Besi kursani amat keras untuk dipotong dan kerana itulah kebanyakan tukang permata akan mengenakan caj yang mahal untuk mencanainya.

Seperti batu dan besi leleh, besi kursani tahap biasa tidak akan bertindakbalas dengan magnet dan besi kursani semestinya bertindakbalas (melekat) antara satu sama lain.
Dibawah adalah cincin berpermatakan besi kursani dimana ia melekat dan tergantung dengan kuatnya. Besi kursani tahap 1 amat dicari oleh peminat barangan mistik oleh kerana sifat alaminya yang boleh membawa kepada kebal umum ketika darurat ataupun biasanya bergantung atas keserasian pemakai.

Besi kursani tahap biasa dan tahap satu ini ingin dimaharkan sebagaimana dibawah:
Batu Kursani (tahap biasa) RM150.00 (tawaran ramadhan)
Besi Kursani (tahap 1) Sila SMS (harga istimewa)

Sila pastikan besi kursani yang dibeli adalah asli dan cuba elakkan ditipu oleh penjual yang selalu mengambil kesempatan. InsyaALLAH.

Akhirnya Siap Juga - Bujang Kalak Versi Ibol (Telah ditebus)



Ini adalah stok terbaru bujang kalak yang terdiri daripada 15 biji bersaiz S dan 8 biji bersaiz L. Dicanai secara menegak dan menggunakan kilatan secara neutral. Lihatlah bunga dan tompok yang timbul daripada kreativiti tukang canai ini. Kelihatan seolah-olah sisik ular yang jelas dengan tompok bunga bujang kalak ciptaan ALLAH swt. Pegang pun dah terasa semacam kebas menjalar ke jari dan tangan.

Pembisa no 1 ini untuk dimaharkan dan sekiranya berminat sila SMS bagi tujuan tersebut.

Friday, August 28, 2009

******* Pengumuman Promosi *******

Diatas sokongan padu daripada pembeli semua bermula detik ini setiap pembelian barangan mistik didalam blog ini akan dihadiahkan cenderahati ucapan terima kasih daripada pengasas blog kayudanteras.blogspot.com berupa sama ada kayu teras seperti larak salah (sepasang jantan dan betina didalam kain merah berpoket), permata teras gemunggal gred C, bulu perindu @ misai ali @ janggut adam atau pun berupa batu seperti cebisan gemunggal jadi batu, batu tok wali bersaiz segiempat atau apa-apa yang difikirkan sesuai oleh saya ketika pembayaran dibuat (bergantung kepada stok).

Wassalam dan jutaan terima kasih diatas sokongan semua.

Thursday, August 27, 2009

Batu Leleh dan Besi Leleh: Perbandingan

Rata-rata dikalangan peminat barangan mistik tidak dapat membandingkan antara batu leleh dan besi leleh. Begitu juga dengan Batu Kursani(besi kursani tahap 2) dengan Besi Kursani (Tahap 1). Untuk bahagian pertama ini saya akan cuba membandingkan antara batu leleh dan besi leleh.

Jika dilihat secara mata kasar batu dan besi leleh hampir sama tetapi jika anda menggunakan pengamatan yang lebih, besi leleh ternyata lebih berkilat berbanding batu leleh. Untuk menguji samada ianya batu atau besi, anda hendaklah menggunakan magnet untuk mengujinya. Sekiranya besi leleh maka ianya akan bertindakbalas dengan magnet (melekat) tetapi tidak dengan besi yang lain. Kerana apa..kerana ia bersifat besi dan memang sifat alam besi sama besi tidak akan melekat.

Hendaklah ingat besi leleh akan melekat dengan magnet...bukan apa ada diantara penjual menipu dengan mencanai magnet dan dikatakannya besi leleh..macam-macam zaman sekarang..asyik menipu untuk mencari makan.

Khasiat:-
  • Dikatakan sebagai "Raja Batu Permata" oleh kebanyakan pengamal perubatan dan ahli kebatinan kerana segala khasiat yang ada pada batu permata terkandung didalamnya
  • Bertindak sebagai penghalau makhluk halus, pendinding sihir, menguatkan semangat diri ketika kecemasan dan ketakutan, didalam keadaan tertentu (fisabilillah) badan seseorang boleh menjadi kebal dan semuanya ini dengan izin ALLAH swt. Semuanya bergantung kepada qada dan qadar serta keserasian pemakai.

Untuk dimaharkan dengan harga mampu milik bagi semua peminat barangan mistik (diskaun sempena Ramadhan) iaitu :~ Batu leleh RM 60.00 dan Besi leleh RM 100.00 termasuk kos penghantaran dan hadiah percuma berupa kayu teras dan batu.

Wednesday, August 26, 2009

Permata Teras Gemunggal Pulau Gred C



Permata teras gemunggal ini adalah dari pilihan gred C kelompok pulau. Pun begitu khasiatnya adalah sama dengan khasiat dari gred lain. Mempunyai bintik rona yang jelas dan mantap dari segi pembuatannya.

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan tawaran harga yang istimewa. Sila SMS bagi tujuan tersebut.

Tuesday, August 25, 2009

Permata Ibol Merah (Stok Terhad)




Permata ibol merah ini dicanai secara melintang dan berbentuk bulat (3 biji) dan bujur (sebiji). Jika dilihat sisik pokok ibol ni seperti sisik ular...menunjukkan kayu ini sememangnya berbisa. Satu kelebihan jika dicanai secara melintang ialah jika diizinkan ALLAH anda boleh memiliki permata yang berkalimah..Stok buat masa ini terhad kepada 4 unit sahaja. Sekiranya berminat sila SMS dan nyatakan kod pilihan anda.

Monday, August 24, 2009

PROMOSI RAMADHAN...

RAMAI YANG BERTANYA KEPADA SAYA KENAPA HARGA TELAH DIKURANGKAN DAN TIDAK SEPERTI HARGA DULU. JADI SESIAPA YANG TERBELI DAHULU RUGI LER...

UNTUK MAKLUMAN SEMUA HARGA YANG SEKARANG ADALAH PROMOSI SEMPENA RAMADHAN DAN MERUPAKAN REZEKI KEPADA PEMINAT BARANGAN MISTIK PADA BULAN INI. BARANGAN YANG SAYA PROMOSIKAN ADA PASANG SURUTNYA..KEKADANG HARGA NAIK..KEKADANG HARGA TURUN...BERGANTUNG KEPADA NILAI KESUSAHAN UNTUK MEMPEROLEHINYA. INGAT!!! SEMUA BARANGAN YANG DIPROMOSIKAN SAYA ADALAH ASLI.

PUN BEGITU RAMAI DARI KALANGAN PENJUAL BARANGAN MISTIK INI MENEGUR SIKAP SAYA UNTUK MEMURAHKAN HARGA..SAYA FAHAM..TAPI INGAT KEPADA PENJUAL SEMUA..APA SALAHNYA JIKA KITA BERSEDEKAH MAKA ALLAH SWT AKAN MENAMBAHKAN LAGI REZEKI KITA..JANGAN HANYA MEMIKIRKAN KEUNTUNGAN SAHAJA...INGAT BARANG YANG KITA PEROLEHI DAN JUAL BUKANLAH BARANGAN KITA..TAPI HAK MILIK MUTLAK ALLAH SWT..JANGAN SEKADAR PANDAI BERCAKAP..TAPI HATI TERSUMBAT DENGAN KARAT...

YA ALLAH HAMBAMU POHON NUR DAN HIDAYAHMU SEMPENA BULAN BERKAT INI...

Renungan Untuk Dikongsi..

3 Tanda Kekotoran Hati (Dipetik dari www.imotivasi.com)

Kali ni saya kongsikan 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa. 3 tanda kekotoran hati saya mulakan dengan…

1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.

2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.

3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting. Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja. Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta. Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.

Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!. Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang. Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.

Nota: Ramadhan itu adalah universiti bagi orang yang ingin membetulkan diri dan dekat kepada ALLAH swt. Membuang sifat mazmumah dan mencari sifat kebaikan dalam diri disamping memikirkan kebesaran ALLAH swt.

Thursday, August 20, 2009

Marhaban Ya Ramadhan..

Buat pengunjung blog saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.
" Puasa..jangan tak puasa..."
Maaf zahir dan bathin.

Tuesday, August 18, 2009

Cincin Perak Tulang Harimau Jadi Batu (Telah dijual)


Untuk dimaharkan cincin perak berukir dengan bunga bersama dengan permata tulang harimau jadi batu (warna hitam 98%). Cincin adalah bersaiz 20 dan menggunakan perak 10 yang ternyata berkualiti bagus.

Sila SMS bagi mengetahui maharnya. Untuk khasiatnya sila rujuk kepada posting yang terdahulu.

Monday, August 17, 2009

Kelapa Buta @ Nyiur buta


Para penggemar barangan mistik tentunya akan mencari kelapa jenis ini. Kelapa buta ini biasanya digunakan untuk pendinding rumah daripada pencuri, wibawa diri, kuat semnagat diri dan penarik kearah kebaikan. Selain itu banyak lagi khasiatnya yang boleh diperolehi daripada blog-blog yang lain.

Untuk pelayan blog kayudanteras harap dapat berhati-hati kerana ada orang mengambil kesempatan menggunakan kelapa biasa dan digosok mata kelapa dengan kertas pasir untuk mengaburi mata yang jualan mereka adalah asli.

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Sila SMS untuk maharnya.

Thursday, August 13, 2009

Koleksi Tulang Harimau Jadi Batu Terbaru




Koleksi terbaru tulang harimau jadi batu ini adalah berlainan dengan koleksi terdahulu dimana kebanyakan warna koleksi ini boleh dikatakan kesemua hitam (90%) kecuali BTH2.

Dicanai kepada 2 saiz iaitu S dan M mengikut saiz standard yang biasa ditempah oleh pelayan blog ini. Untuk dimaharkan kesemuanya. Sekiranya berminat sila hubungi atau SMS saya bagi tujuan tersebut. Sila nyatakan kod pilihan anda BTH# (Batu Tulang Harimau + nombor). Mahar adalah berlainan mengikut saiz.

Nota:
Sila lihat posting terdahulu bagi membuktikan tulang harimau jadi batu ini adalah asli.

Wednesday, August 12, 2009

Tawaran Istimewa: Cincin Teras Gemunggal Gred B (Telah dijual)



Ini adalah cincin perak bertatahkan berlian dengan teras gemunggal/kelor pulau gred 2. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Saiz cincin adalah 23 dan boleh dikecilkan dikedai emas. Sila SMS untuk harga mahar. Mahar yang ditawarkan adalah istimewa.

Pokok Gemunggal Jadi Batu


Masih ramai lagi yang tertanya-tanya betul ke permata cincin yang saya katakan gemunggal jadi batu tu asli? Biasa la..kalau tak tengok masakan hendak percaya bulat-bulat kan?

Untuk pengetahuan semua pengunjung blog, saya hanya memaparkan barang-barang yang asli sahaja dan semua barang ini diperolehi secara luar biasa oleh sumber yang tidak dapat dinyatakan oleh saya. Yang pentingnya saya jujur dan ingin memaharkan kepada semua dengan harga yang termampu dibayar disamping mengambilkira harga semasa bagi mengelakkan sahabat lain yang membuat perniagaan ini terganggu. Sebarang mahar yang dinyatakan boleh lagi dirunding tetapi SMS saya dahulu.

Untuk itu ini adalah gambar kedua dahan pokok gemunggal jadi batu untuk perhatian semua. Kalau masih tak percaya lagi SMS untuk berhubung dengan saya dan saya akan bawakan sample pokok gemunggal jadi batu untuk pengesahan.

Subhanallah.


Monday, August 10, 2009

Gelang Marjan Asli


Batu marjan adalah salah satu daripada batu dalam syurga sebagaimana dinyatakan oleh ALLAH swt didalam Quran dan juga melalui hadis Nabi saw. Amat susah untuk mendapatkan batu marjan asli dek kerana itu ramai yang telah menipu dengan menghasilkan marjan tiruan untuk dijual.

Sebagai panduan untuk mengesahkan samada marjan itu adalah asli atau tidak, cuba letakkan cuka atau minyak petrol keatas batu itu. Sekiranya tiruan maka warnanya akan luntur. Selain itu marjan yang amat elok adalah dibahagian akarnya dan apabila dipotong warna bahagian tengahnya masih sama dengan bahagian luar sebagaimana gambar diatas.

Gelang marjan yang saya tawarkan ini mempunyai 7 kelopak/potongan yang bersaiz lebih kurang 2.8cm. Kebiasaanya dengan saiz ini dijual dengan harga Rm650 untuk 1 kelopak tetapi kerana niat ingin membantu sesama makhluk ALLAH swt, saya hanya ingin memaharkan RM1,200.00 termasuk pos untuk Malaysia sahaja. Stok terhad kepada 1 unit sahaja dan tawaran adalah siapa cepat dia dapat.

Sekiranya perlu pengesahan untuk keaslian silalah SMS saya bagi tujuan perjumpaan disekitar Kuala Lumpur, Ampang dan Kajang sahaja.

Batu Mani Gajah Asli



Nota: Juga dijual dalam bentuk yang kecil (permata cincin) mengikut harga pasaran. Sila SMS jika berminat.

Antara barang yang dicari-cari para penggemar barangan mistik ialah batu mani gajah. Batu mani gajah yang dipaparkan saya adalah asli dan diperolehi secara semulajadi didalam hutan. Panjang batu ini adalah 10cm, tinggi 6cm dan lebar lebih kurang 11cm. Mempunyai keberatan sebanyak 1 kg.

Batu mani gajah asli adalah berpasir sekiranya diramas dan nampak berminyak (melekit) sekiranya disentuh. Amat keras tetapi sekiranya dimasukkan kedalam air ia boleh menjadi lembut. Jika diberi minum kepada sesiapa sahaja si peminum itu akan merasakan tubuhnya kearah demam, terasa loya, selsema dan lenguh-lenguh satu badan.

Untuk khasiatnya carilah di blog-blog lain yang telah banyak memperkatakannya. Batu mani gajah asli ini adalah untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat sebanyak RM8,500.00. Untuk tujuan pengesahan bolehlah berhubung dengan saya melalui SMS.

Sunday, August 9, 2009

Tempahan Khas Hj Derius, Brunei

Untuk perhatian Hj Derius dari Brunei. Ini adalah cincin perak bercorakkan bunga bersama teras gemunggal jadi batu dan juga loket dari teras gemunggal jadi batu berbentuk "eye drop" sebagaimana yang ditempah. Akan diposkan dalam masa terdekat.

Harap Hj Derius berpuashati dengan hasil kerja tangan kami.

Saturday, August 8, 2009

Cincin Permata Mani Gajah Asli


Cincin perak bertatahkan berlian biru dan putih ini digabung kan dengan permata mani gajah asli. Cincin permata ini bersaiz 19 dan untuk dimaharkan sebanyak RM500.00 (boleh bincang) termasuk kos penghantaran untuk Malaysia sahaja.

Untuk pengetahuan ini adalah mani gajah bertukar jadi batu dan bukannya batu seperti batu akik mani gajah. Harap maklum dan faham.

Friday, August 7, 2009

Permata Teras Celagi



Pokok Celagi juga dikenali sebagai pokok asam jawa atau dalam bahasa indonesia dikenali sebagai tangkal acem. Istilah sains untuk pokok ini adalah Tamarindus Indicus Linn dan banyak digunakan sebagai bahan masakan. Teras celagi/asam jawa ini amat susah untuk diperolehi... kalau tak percaya cuba tebang pokok ini jika berada berhampiran rumah anda.

Peminat pengumpul barangan mistik berusaha untuk mencari teras celagi atau di Indonesia dikenali sebagai "galih acem". Dipercayai berkhasiat untuk keselamatan diri, menjauhkan dari syaithan dan jin yang jahat, jauhkan dari terkena ilmu sihir / guna-guna dan binatang berbisa akan menjauhkan diri dari sipemakai teras celagi ini. Selain itu dikatakan seseorang yang memakai cincin teras celagi sekiranya menumbuk orang yang mempunyai kesaktian ilmu hitam atau kebal maka akan tawarlah ilmunya itu. Wallahualam.

Untuk dimaharkan seperti dibawah:

Permata saiz besar (1.8cm panjang X 1 cm lebar) - RM 150.00
Permata saiz kecil (1.2 cm panjang X 1 cm lebar) - RM 100.00
Cincin perak bertatahkan permata + teras celagi - RM 180.00
(termasuk belanja pos untuk Malaysia sahaja)

Thursday, August 6, 2009

Buntat Siput


Buntat siput ini ditemui disebuah pulau di Terengganu. Sesiapa berminat bolehlah menghubungi saya. Tentang khasiatnya, cubalah rujuk laman blog lain yang telah memperkatakannya.

Wednesday, August 5, 2009

Permata Batu Litar/Petir - Air dan Api


Diatas adalah permata batu litar/petir air dan api. Diciptakan oleh ALLAH swt untuk melawan kejahatan syaitan dan iblis. Sesetengah orang berpendapat batu ini diperolehi dari langit dimana para malaikat akan melontar syaithan dan iblis yang cuba mendengar perbualan/rahsia kalam ALLAH. Justeru itu ia mengeluarkan cahaya kuat yang dipanggil kilat/hala lintar. Wallahu'alam.

Harga yang ingin dimaharkan adalah:
Batu Litar Air RM130.00 untuk saiz standard ~ 1.2 cm x 1 cm (gambar atas)
Batu Litar Api RM 170.00 untuk saiz standard ~ 1.2 cm x 1 cm(gambar bawah)
Nota :- Mahar bergantung kepada saiz batu litar.

Allahuakbar walillah hilhamdu.

Tuesday, August 4, 2009

Permata Batu Bulu Cenderawasih (Telah dipindah milik)



Subhanallah...Maha Suci ALLAH yang menjadikan makhluk sebaik rupa.

Allahuakbar..Allahuakbar....Allahuakbar

Ini adalah sebaik ciptaan ALLAH swt untuk tatapan kita semua. Batu Bulu Cenderawasih mempunyai bulu cenderawasih asli didalamnya dan bulu ini seakan-akan hidup dan boleh bertambah didalam keadaan tertentu. Bulu itu berwarna kuning keemasan dan sebahagian merah darah terang. Saiz batu permata adalah 3cm panjang X 2cm lebar.

Mempunyai khasiat yang amat besar namun saya tidak akan menyatakannya disini kecuali kepada orang yang betul-betul berminat sahaja. Hanya jauhari mengenal manikam. Namun untuk memilikinya anda mestilah bersyarat:

  • seorang yang beriman dan CUBA untuk taat dan patuh kepada semua suruhan dan larangan ALLAH swt
  • selalu mengelakkan daripada melakukan maksiat yang nyata
  • tidak boleh riak, bongkak dan takabbur

Batu ini ingin dimaharkan dengan harga RM5,888.25 (lihat posting terbaru untuk harga promosi) dan terbuka samada perseorangan di Malaysia, Singapura dan Brunei. Sekiranya ingin berjumpa dengan saya silalah SMS dan hanya orang yang betul-betul berminat sahaja akan dilayan. Lihatlah dengan matahati dan sesungguhnya anda tidak akan menyesal jika memiliki batu ini.

Wallahu'alam.

** Terima kasih Hamba ALLAH, Kajang **

Perhatian En Haris, Puncak Alam (Telah dijual)

Cincin perak berukirkan bunga dengan teras gemunggal jadi batu.

Penawar Batu Tok Wali


Suatu ciptaan ALLAH swt yang sangat dicari-cari oleh peminat barangan mistik dan sesuai dengan namanya sebagai Batu Tok Wali.. Amat berguna sebagai penawar kebanyakan penyakit manusia bahkan untuk binatang sekalipun. Subhanallah..

Mengikut orang yang arif tentang batu dan dapat berkomunikasi dengan alam ghaib batu ini dikatakan berasal dari kayu dan akhirnya bertukar menjadi batu dan dinamakan seperti ini. Hanya orang yang arif sahaja yang dapat menemui batu ini yang kebanyakan terletak didalam gua dan bukit (ada mengatakan kawasan para wali berzikir dan bertawajuh kepada ALLAH swt).

Wallahu'alam


Loket Teras Gemunggal Kelor Edisi Terhad (Telah dijual)


Loket gambar paling atas sudah dijual.
Ini adalah koleksi edisi terhad loket teras gemunggal/kelor. Dibuat dengan kualiti yang cukup tinggi. Untuk kaum hawa sahaja kerana ia sesuai samada ditonjolkan ataupun disimpan didalam tudung untuk mengelakkan orang mengetahui anda memakai teras gemunggal/kelor.

Tentang khasiat..rujuklah posting yang terdahulu. Untuk dimaharkan dengan harga yang sama bagi edisi pertama iaitu RM150.00 termasuk belanja pos bagi Malaysia sahaja (Brunei/Singapore akan ditentukan).

Teras Gemunggal/kelor jadi batu..



Ini satu lagi ciptaan ALLAH swt...Subhanallah...

Inilah rupa asal pokok gemunggal jadi batu termasuk semua bahagian...kulit luar, teras dan dalam... cuba tengok betul-betul....yang jadi batu pun dia punya rona pola kayu tetap sama dengan yang kayu betul....takkan saya tunjuk benda tipu kot....

Wallahu'alam