Monday, August 30, 2010

:: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 53 ::


Apa yang penting adalah kita memerdekakan jiwa kita dan memerdekakan diri kita daripada sesuatu yang memesongkan akidah kita. Berapa ramaikah yang betul-betul memahami erti sebuah kemerdekaan samada dalam ertikata kamus dewan maupun dalam ajaran islam semua.

Cuba layari pautan yang saya perolehi daripada seorang ustaz yang memberi tazkirah malam semalam. Adakah ini yang dikatakan merdeka dimana sanggup mempermainkan zikir bagi keseronokan diri:


MasyaAllah.

Saturday, August 28, 2010

Teras Gemunggal Pulau

gemunggal kelo



Blok kayu teras gemunggal pulau ini belum diproses dijadikan permata cincin. Bersaiz 50mm x 29mm x 14mm dan jika dijadikan permata boleh memperolehi paling sedikit 6 biji bersaiz M. Teras gemunggal ini diperolehi disebuah pulau di pantai timur, Semenanjung Malaysia.


Blok teras ini mempunyai kepadatan yang tinggi dan tenggelam didalam air. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan tawaran mahar istimewa bazar Ramadhan. InsyaAllah.

Friday, August 27, 2010

Permata Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu



Koleksi yang baru siap diabadikan dalam bentuk permata cincin. Permata kambing gurun jadi batu ini dalam pelbagai bentuk dan saiz bagi memudahkan pilihan peminat blog. Tawaran mahar adalah istimewa sempena "Promosi Bazar Ramadhan".

Thursday, August 26, 2010

Batu Permata Kain Sejadah Bunian Siri 2 (Telah ditebus)




Permata kedua yang siap proses canaian dan permata yang lain akan menyusul dalam masa terdekat. Permata ini mempunyai kejernihan air dan disamping kain bulu sejadah bunian ianya juga mempunyai lumut sebagai inclusion semulajadi didalam permata ini. Koleksi permata ini adalah terhad dan tempahan bolehlah dibuat melalui SMS. Mahar sebiji saiz ini (L minima saiz) adalah RM250.
** Terima kasih En Fadhlullah, Kuala Lumpur **

Wednesday, August 25, 2010

Cincin Gemunggal Jadi Batu Siri 2



Saiz cincin 17 dengan saiz permata 23mm x 16mm x 11mm.

Tuesday, August 24, 2010

Permata Batu Kain Sejadah Bunian Siri 1



Akhirnya siap proses batu kain sejadah bunian diabadikan dalam bentuk batu permata. Ramai SMS saya akan kesahihan batu ini. Jawapan saya senang sahaja bahawa saya mempunyai bentuk asal yang tidak dicanai (ada bukti) dan jika dibandingkan dengan kain sejadah bunian bukan batu maka ianya sama sahaja kecuali satu didalam batu (menunjukkan kebesaran ALLAH swt).

Lagipun cara mendapatkan batu ini adalah secara istimewa iaitu diluar jangkauan akal normal manusia. Permata ini bersaiz XXXL iaitu 36mm x 20mm x 13mm (sesuai untuk dijadikan loket ataupun cincin Tok Moh).

Monday, August 23, 2010

:: Promosi Bazar Ramadhan bagi cincin siap ::


Ramai yang bertanyakan kami berkenaan promosi blog cincinteraskayudanbatu kerana walaupun tawaran mahar yang murah tetapi masih ada yang belum mampu memiliki dengan mahar melebihi RM500 (walaupun hati memang nak sampai ada yang tak boleh tidur malam memberitahu kami).

Sebenarnya peminat semua boleh mendapatkan satu cincin sahaja dengan potongan mahar sebanyak 20% sahaja keatas MA (mahar asal) yang tertera didalam photo yang diberikan. Jadi selesai masalah bagi peminat yang berkenaan. Promosi ini juga akan berterusan sehingga 14 September 2010 (lepas raya) dan sudah dikira promosi hari raya juga (ini jawapan bagi peminat yang bertanyakan ada tak promosi raya).

Wassalam.

Cincin Gemunggal Jadi Batu Siri 1



Permata menggunakan koleksi gemunggal batu yang terbaru dimana coraknya lain daripada yang lain. Permata bersiaz 21mm x 16mm x 9mm dan cincin bersaiz 21. Mahar promosi bazar Ramadhan.

Saturday, August 21, 2010

Permata Loket Teras Gemunggal (Telah ditebus)


Dua permata loket teras gemunggal pulau dengan teras gemunggal jadi batu (permata berubah warna) dimaharkan dengan satu mahar. SMS sekiranya berminat.
** Terima kasih En Syaiful, Sabak Bernam **

Wednesday, August 18, 2010

Cincin Gemunggal Jadi Batu UP En Wan (Telah ditebus)


Untuk perhatian En Wan, Terengganu.

Gelang Batu Tok Wali



Gelang batu Tok Wali ini merupakan kombinasi beberapa jenis batu Tok Wali dengan pelbagai corak dan warna. Terdiri daripada 8 biji batu Tok Wali yang bersaiz 20mm (setiap biji) dan diselangi dengan teras tembuni hitam bersaiz kecil.

Tuesday, August 17, 2010

:: Promosi Bazar Ramadhan :: 15 Ogo - 14 Sept 2010


Bagi peminat blog yang inginkan cincin siap untuk dimaharkan, sempena bulan yang penuh keberkatan ini kami mengadakan "Promosi Bazar Ramadhan" dengan tawaran mahar yang menarik. Dua cincin dalam satu mahar yang teramat murah berbanding biasa. Terdapat lebih daripada 20 tawaran berkembar akan diberikan dan hanya untuk dibulan mulia ini.

Bagi tujuan tersebut sila layari blog http://cincinteraskayudanbatu.blogspot.com/ dan http://koleksipermatapilihan.blogspot.com/ bagi mendapatkan maklumat lanjut. Dari kami semoga anda berpuashati dengan barangan maupun kualiti serta mahar yang diberikan. Insyaallah.

Gabungan Batu Petir 6 Jenis dan Tanduk Kerbau Jantan Panah Petir (Telah ditebus)




Permata yang sempat disiapkan dalam minggu ini adalah gabungan 6 jenis batu petir dikelilingi dengan tanduk kerbau jantan dipanah petir. permata ini dibuat bersaiz M iaitu 18mm x 15mm x 5mm.
** Terima kasih En Azhar, PJ **

Monday, August 16, 2010

Permata Delima Putih Burma (Telah ditebus)




Permata ini biasanya dipanggil "delima putih" oleh kebanyakan peminat batu permata. Permata ini diperolehi secara istimewa dengan saiz batu berukuran 10mm x 8mm x 5mm dan dengan berat 4 carat. Mempunyai gewe @ bintang sebagaimana paparan diatas. Untuk dimaharkan dengan mahar bawah harga pasaran.
** Terima kasih En Ahmad Fauzi, Terengganu **

Sunday, August 15, 2010

:: Amulet 9 Jenis Kayu ::



Untuk perhatian En Sankara, Subang Jaya.

Permata loket ini dibuat sebagaimana yang diminta iaitu gabungan 9 jenis kayu dan teras. Permata ini dalam proses diikat perak dan akan siap dalam masa terdekat.

Saturday, August 14, 2010

:: Koleksi Terbaru Cincin Gemunggal Jadi Batu ::



Cincin tempahan khas ini merupakan koleksi terbaru yang dimiliki dan digabungkan dengan permata gemunggal jadi batu (stok terkini). Buat masa ini terhad untuk 4 bentuk cincin sahaja. Paparan cincin satu persatu akan diposting kedalam blog cincinteraskayudanbatu dalam masa terdekat.

Friday, August 13, 2010

Permata Tanduk Kerbau Jantan Dipanah Petir




Setakat ini hanya siap sebiji permata sahaja (maklumlah bulan puasa). Permata ini bersaiz XXL iaitu 28mm x 17mm x 11mm. Permata ini secara istimewa telah dipasak gabungan "NGAM" (2 jenis barangan lain) sebagaimana disebut didalam kitab lama.

Thursday, August 12, 2010

Permata Moonstone @ Batu Bulan (Telah ditebus)




Permata ini dalam istilah batu permata dikenali sebagai Moonstone dan dinegara jiran biasanya dikenali sebagai Biduri Bulan. Batu ini dipanggil sedemikian kerana jika dipaparkan kepada cahaya dan kedudukan bersesuaian ianya kan mengeluarkan warna seakan biru metalik atau seolah cahaya bulan ditengah malam.

Pada masa dahulu batu ini amat mistik diIndia sehingga dikatakan mempunyai misteri kepada pemakainya begitu juga dibeberapa negara asia yang mempunyai pelbagai cerita tentang khasiatnya. Kebanyakan pemakai cincin diMalaysia hanya memakai sebagai pemanis jari disamping menghayati akan keunikan perubahan pembalikan semulajadi ciptaan ALLAH disamping khasiatnya yang tersendiri. Permata ini bersaiz 11mm x 11mm x 4mm dengan berat 4 carat.

Wednesday, August 11, 2010

Tanduk Kerbau Dipanah Petir





Agak janggal kedengaran akan seekor kerbau jantan dipanah petir. Hakikatnya koleksi terbaru yang saya perolehi adalah benar dan asli. Asalnya tanduk ini lebih kurang panjangnya dalam 3 kaki tetapi sebelum ini pernah dimaharkan secara bukan didalam blog (tahun lepas dengan cara kampung) dan yang tinggal untuk dimaharkan adalah lebih kurang 1 kaki.

Apa khasiatnya? Yang ini kena rujuk kitab perubatan lama berkenaan khasiatnya kerana terdapat beberapa gabungan beberapa barang dengan tanduk kerbau jantan dipanah petir ini bagi menghasilkan kumpulan khasiat yang istimewa. InsyaALLAH.

Monday, August 9, 2010

Batu Kain Sejadah Bunian




Koleksi terkini adalah batu kain sejadah bunian. Jika diperhatikan didalam batu yang diperolehi mempunyai uratan kain sejadah bunian yang berwarna putih. Diperolehi secara istimewa beberapa bulan lepas tetapi hanya dibenarkan untuk paparan dan seterusnya tempahan pada posting ini. Permata akan disiapkan dalam masa terdekat dan ianya adalah terhad.

Friday, August 6, 2010

Permata Teras Gemunggal Koleksi Baru 2




Permata kedua teras gemunggal jadi batu koleksi baru untuk tatapan peminat blog. Bersaiz XXL bagi yang minat permata besar. Corak gemunggal batu ini lain daripada yang lain.

Thursday, August 5, 2010

Permata Kemuning Hitam Jadi Batu


3 biji permata kemuning hitam jadi batu untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Saiz permata adalah XXXL dan XL. Mahar adalah istimewa sempena menyambut Ramadhan.