Tuesday, October 11, 2011

:: RAHSIA HURUF HIJAIYAH :: Siri 4

*** Petikan Kitab Pati Rahsia ***

Ilmu huruf ini merupakan satu ilmu yang bersifat umum. Kemudian dibahagikan mengikut setiap ilmu.


Dalam ilmu Tauhid, Huruf dikaitkan dengan sifat Kalam Makhluk.
Dalam ilmu Feqah, huruf dikaitkan dengan bacaan-bacaan atau potongan ayat Al Quran.
Dalam ilmu Tasauf, ianya berkaitan dengan isyarat dan maksud huruf.
Dalam ilmu Tajwid, huruf adalah perkara pokok dalam pembelajaran tentang makhraj Huruf.

Huruf Hijaiyah mempunyai bilangan yang tertentu. Bilangan huruf ini boleh digunakan dengan pelbagai hajat. Dan setiap huruf Hijaiyah ini diwakili oleh Khadam Malaikat yang suci.

Syeikh Ahmad Ali Al Buni ada menerangkan, rahsia setiap umat terkandung didalam kitab mereka. Dan rahsia kitab ALLAH swt ada didalam huruf-hurufnya.

Rasulullah saw bersabda: " Barangsiapa yang membaca satu huruf didalam Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Ali Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". - Sahih Bukhari

No comments:

Post a Comment