Cincin perak tempahan khas ini digabungkan dengan permata peridot (hijau pucuk pisang). Berat permata dalam 3 carat dan saiz cincin ialah 15. Sesuai untuk dijadikan hadiah kepada isteri tersayang.
Friday, April 29, 2011
Wednesday, April 27, 2011
:: Koleksi Permata Baru :: Permata Aked Pusu Hitam
Tuesday, April 26, 2011
Monday, April 25, 2011
Thursday, April 21, 2011
:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Besi Tahi Bintang @ Iron Meteorite Berpasak (Telah ditebus)
Wednesday, April 20, 2011
:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Batu Firus Hijau
Permata batu firus ini pernah dipaparkan dalam posting terdahulu. Akhirnya telah diikat dengan cincin tempahan khas bunga pahat jawa bahagian sisi tepi dengan kuku 8. Saiz cincin adalah 21 manakala saiz permata adalah 28mm x 18mm x 10mm. Permata ini berbau wangi halus seakan setanggi arab dan warna berubah hijau tua sekiranya dipakai lama.
Tuesday, April 19, 2011
:: Koleksi Permata Rare dan Istimewa :: Permata Teras Gemunggal Hitam Berwajah
Permata teras gemunggal hitam jadi batu ini mempunyai 3 wajah. Jika diperhatikan seakan seorang tua bertongkat (kanan), seorang raja dengan tahta (tengah) dan seorang permaisuri (kanan). Pada asalnya kami tidak perasan akan wajah ini semasa proses canaian tetapi apabila siap ianya telah ditunjukkan oleh seorang sahabat akan kewujudan wajah itu.
Permata ini bersaiz 28mm x 17mm x 10mm dengan saiz lebih kurang syiling 50 sen. untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
Monday, April 18, 2011
Tempahan En Jalal, Selangor (telah ditebus)
Thursday, April 14, 2011
:: Koleksi Permata Baru :: Permata Tulang Ikan Duyung Jadi Batu
Akhirnya siap permata tulang ikan duyung jadi batu yang pernah dipaparkan diblog ini. Permata ini sebagaimana gambar diatas dibuat dalam 2 jenis permata iaitu gabungan antara tulang ikan duyung jadi batu dan tulang ikan duyung biasa dan juga hanya tulang ikan duyung jadi batu sahaja.
Permata hanya terhad kepada 5 biji ini sahaja. Terdapat 2 biji gabungan yang bersaiz kecil sedikit daripada 50 sen, 2 bersaiz 20 sen dan 1 bersaiz 10sen.
Tuesday, April 12, 2011
Monday, April 11, 2011
:: Koleksi Teramat Rare dan Istimewa :: Permata Aked Berubah Lam Alif 2 (Telah ditebus)
Saturday, April 9, 2011
:: Koleksi Teramat Rare dan Istimewa :: Permata Aked Berubah Lam Alif 1
Friday, April 8, 2011
:: Koleksi Teramat Rare dan Istimewa :: Permata Aked Lam Alif Berubah Warna
Dalam banyak-banyak batu aked akhirnya (buat masa ini) kami menemui batu aked yang berubah warna secara alami. Perubahan yang dipaparkan adalah amat ketara disamping kedua permata ini mempunyai huruf Lam Alif yang dapat dilihat dengan jelas sebagaimana gambar diatas. Aked ini didalam spesis aked pusu @ aked 8.
Buat masa ini kami hanya memaparkan ianya dalam bentuk warna asal bagi keadaan biasa dan dalam posting yang akan datang akan dipaparkan wajah setiap satu dalam keadaan peralihan warna menunjukkan akan keindahan dan kebesaran ALLAH swt. Untuk maharkan dengan Mahar Mampu Milik dan Mampu Bayar kepada sesiapa yang ingin memiliki permata ini. Stok untuk aked Lam Alif teramat rare ini terhad untuk dua biji ini sahaja.
Wednesday, April 6, 2011
:: Koleksi Istimewa dan Rare :: Tulang Ikan Duyung Jadi Batu
Koleksi terbaru yang diperolehi ialah tulang ikan duyung menjadi batu. Diperolehi secara istimewa disebuah tempat dibumi Malaysia yang terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab yang munasabah. Gambar diatas menunjukkan disebelah kiri tulang ikan duyung biasa dan sebelah kanan tulang ikan duyung menjadi batu.
Bagaimanapun perbandingan hanya dapat dibuat dalam sejumlah kecil sahaja bagi tulang ikan duyung menjadi batu. Insya Allah pada masa hadapan jika diizinkan oleh ALLAH swt kami akan memaparkan dalam bentuk yang lebih besar. Subhanallah atas keizinanNya membolehkan kami memilikinya. Jika dicanai tulang duyung menjadi batu ini ianya mempunyai seakan bau laut @ garam dan juga bau seperti rambut manusia dibakar. Batu ini dalam proses dijadikan permata untuk dimaharkan.
Tuesday, April 5, 2011
:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Nibung Tunggal Jadi Batu
Friday, April 1, 2011
:: Koleksi Cincin dan Batu Terbaru :: Cincin Batu Kecubung Pelangi Malaysia (Telah ditebus)
Amat jarang kedengaran batu kecubung pelangi terutamanya yang diperolehi di Malaysia. Kecubung ini diperolehi disebuah tempat diKelantan (kawasan hulu). Keunikan batu kecubung ini ianya menghasilkan warna pelangi bila bertindakbalas dengan cahaya. Amat menarik lagi jika diwaktu malam.
Cincin tempahan khas ini merupakan cincin perak ukiran bunga pahat jawa dengan kuku suasa corak crown dililit dengan permata swiss sebanyak 33 biji. Permata kecubung pula bersaiz 32mm x 25mm x 13mm (saiz XXXL) mana kala saiz cincin adalah 22. Sesuai bagi peminat yang bertubuh sasa bertepatan dengan saiz cincin dan permata.