Antara koleksi menarik yang kami baru perolehi adalah batang pokok pisang benggala @ galo yang menjadi batu. Buat permulaan kami akan memaharkan bahagian ini sahaja dan akan datang jika diizinkan ALLAH swt akan dimaharkan teras pokok pisang benggala @ galo dan teras yang telah menjadi batu.
Didalam banyak-banyak pokok pisang, pokok pisang benggala @ galo lah yang mempunyai teras. Terasnya adalah berwarna hitam. Pokok pisang benggala @ galo ini juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Pokok pisang ini juga boleh digunakan dalam ujian menguji kenyakinan iman seseorang dimana seseorang yang ingin diuji hendaklah duduk betul-betul dibawah jantung pisang ini diwaktu malam (lepas jam 12 malam) dengan amalan zikir khusus. Kurang 2 jam keimanan seseorang boleh diketahui samada ianya berjaya ataupun tidak.
Koleksi ini akan diabadikan dalam bentuk permata cincin dalam masa yang terdekat untuk peminat blog yang berminat. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment