Wednesday, December 2, 2009

Kayu Larak Salah





Rata-rata peminat blog kayudanteras bertanyakan akan permata kayu larak salah yang telah dimaharkan oleh saya sebelum ini untuk dimiliki. Pun begitu buat masa kini stok telah kehabisan untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Kayu larak salah ini mempunyai nilai mistiknya yang teramat tinggi dan untuk memilikinya ternyata amat susah sekali (melainkan telah diizinkan @ rezeki telah dizahirkan oleh ALLAH swt). Saya telah berhubung dengan pemilik yang pernah memperolehi kayu ini dan beliau menyatakan sekiranya seseorang berniat untuk mencari kayu ini maka kebiasaannya tidak akan menjumpainya. Maksudnya kayu ini akan diperolehi tanpa niat untuk mencarinya. Wallahu'alam.

Sekiranya berjumpa maka hendaklah terus diambilnya dan sekiranya sipencari menoleh kearah lain nescaya pokoknya akan ghaib dari pandangan mata. Hanya ALLAH yang dapat mengesahkan akan cerita ini. Sebelum koleksi terakhir dijadikan permata beberapa bulan yang lepas, saya telah berkesempatan untuk mengambil gambar kayu ini dalam bentuk mentah @ raw @ belum dicanai. Dan gambar ini adalah diabadikan didalam blog ini untuk tatapan peminat blog kayudanteras sahaja. Sekiranya stok terbaru diperolehi InsyaALLAH saya akan memaharkannya kepada sesiapa yang berminat.

2 comments:

  1. saya ada kayu larak merah,hitam,dan putih...kalo dicantumkan 3 kayu ni boleh ke?0127392874

    ReplyDelete
  2. Dengan izin Allah Kayu ni leh wat individu tu halimunan dpd orang yang berniat jahat ker...atau membalikkan santau? Atau menjadi pembisa dalam menentang musuh berniat jahat..?

    ReplyDelete