Sunday, May 30, 2010

Permata Aked Kalimah Lam Alif @ Lam Jalallah (Tidak dimaharkan)



Permata aked Lam Alif atau juga dikenali sebagai Lam Jalallah ini berasal daripada Mekah. Merupakan koleksi terbaru yang saya perolehi (milik peribadi) dan TIDAK DIMAHARKAN kepada sesiapa walaupun ada yang sudah sanggup membayar dengan harga yang tinggi.

Keaslian Lam Alif urat batu yang timbul adalah bukti kekuasaan ALLAH swt. Akan datang pelbagai koleksi batu aked asli langsung daripada Mekah untuk peminat blog dengan pelbagai keunikannya. InsyaALLAH.

Saturday, May 29, 2010

:: Makluman ::


Pengumuman kepada peminat blog bahawa tulang harimau putih jadi batu telah kehabisan stok. Sekiranya berminat saya hanya mempunyai ketulan kecil yang boleh digunakan bagi tujuan pasakan dibawah permata.


Harap maklum. Wassalam.

Friday, May 28, 2010

Cincin Batu Cindai (Lihat blog cincinteraskayudanbatu)



Cincin perak tempahan istimewa dengan berlian swiss 8 biji setiap sisi digabungkan dengan batu cindai merah berwajah.

Thursday, May 27, 2010

Cincin Batu Tok Wali



Cincin perak siap digabungkan dengan batu Tok Wali yang melekat dengan magnet. Permata bersaiz SL dan saiz cincin adalah 17.

Cincin Batu Cindai Merah Emas (Lihat blog cincinteraskayudanbatu)




Cincin perak ukiran jawa dengan kuku suasa digabungkan dengan batu cindai merah emas dimaharkan istimewa dengan mahar promosi UT1. Permata batu cindai merah emas ini berwajah membuktikan akan kelebihannya.

Tuesday, May 25, 2010

UT1 Permata Tahi Ayam Mone @ Candu Jadi Batu (Telah ditebus)


Sebelum ini pernah dipaparkan (lihat posting terdahulu bagi mengetahui lebih lanjut) dan untuk UT1 tawaran mahar yang diberikan ialah RM300 dengan PERCUMA 2 barang terpilih iaitu keychain Batu Tok Wali dan permata marjan merah asli. Sudah termasuk kos penghantaran bagi Malaysia sahaja. Stok hanya sebiji sahaja.
** Terima kasih En Syahizam, Johor **

Sunday, May 23, 2010

UT1 Loket Teras Gemunggal Campur (Telah ditebus)


Tawaran UT1 untuk loket perak campuran 3 jenis teras gemunggal iaitu teras gemunggal hutan, teras gemunggal jadi batu dan teras gemunggal pulau. Permata ini telah dipasak dengan besi kursani tahap 1, tahi baintang dan mani gajah jadi batu. Pembelian loket ini akan diberikan PERCUMA kiub mani gajah jadi batu dan permata batu opal flash Australia. Tawaran hanya terhad untuk UT1 sahaja.
** Terima kasih Mr Lim, Skudai **

Saturday, May 22, 2010

Batu Kursani Campur Besi Kursani


Koleksi terbaru batu kursani campur besi kursani dalam satu permata. Melekat dengan magnet tetapi tidak sekuat besi kursani tahap 1. Terhad untuk 2 biji dalam saiz L dan S.

Monday, May 17, 2010

Batu Kursani Kuning


Batu kursani kuning sebagaimana gambar diatas. Samada yang dipaparkan ataupun permata lain yang diingini (stok melebihi 200 biji) dengan saiz dan rekabentuk yang berlainan. Berminat untuk memperolehi dengan harga borong juga dialu-alukan.
** Terima kasih En Mohd Saddiq, Pengkalan Hulu **
** Terima kasih Hamba Allah, Kuching **
** Terima kasih En Azli, Sg Siput **

Saturday, May 15, 2010

Teras Gemunggal Hutan


Diawal penubuhan blog, saya pada asalnya hanya memaharkan teras gemunggal asli yang diperolehi disebuah pulau di Semenanjung Malaysia dengan stok yang teramat banyak. Setelah berkecimpung didalam bidang ini dengan izin ALLAH swt telah mendapat pelbagai koleksi barangan lain (terutama yang menjadi batu) untuk dimaharkan kepada peminat semua.

Sebagai menghargai peminat blog saya dengan ini ingin memaharkan TERAS GEMUNGGAL HUTAN asli yang tenggelam didalam air (berkepadatan tinggi) dengan mahar mampu milik RM180 sebiji (tidak termasuk kos penghantaran). Sekadar untuk berkongsi teras gemunggal yang dimiliki dan stok yang saya miliki teramat banyak (5 batang pokok - bukan untuk menunjuk tetapi untuk dimaharkan secara berperingkat kepada peminat semua dengan mahar mampu milik dan mampu bayar).
** Terima kasih Mr Kian, Subang Jaya **
** Terima kasih En Ali, Klang **
** Terima kasih En Mohd Nazim, Lumut **
** Terima kasih Pn Aida, Kangar **

MAKLUMAN :- Ulang Tahun 1 dan Promosi Istimewa


Sebagai menghargai peminat blog yang sama-sama menghayati ciptaan ALLAH swt diatas muka bumi ini, kami dengan ini akan memberikan TAWARAN mahar istimewa untuk koleksi TERPILIH dalam masa yang terhad iaitu bermula 15 Mei sehingga 5 Jun 2010. Sila lihat TAWARAN mahar istimewa dengan tag "UT1" bagi peminat blog yang berminat. Semua TAWARAN mahar istimewa tidak termasuk kos penghantaran bagi Singapura, Brunei, Indonesia dan negara-negara luar daripada Malaysia.

InsyaALLAH bersama-sama kita menghayati keagungan ciptaan ALLAH swt disamping menggunakan khasiat yang diciptakanNya.

Friday, May 14, 2010

Kayu Sugi @ Siwak Jadi Batu (Asal Tanah Arab)

Pokok kayu sugi/siwak yang dikenali sebagai pokok "araa'" di tanah Arab




Koleksi yang terbaru diperolehi adalah kayu sugi atau juga dikenali sebagai kayu siwak yang menjadi batu dan berasal daripada Tanah Arab. Mempunyai keunikannya yang tersendiri. Batu kayu siwak ini adalah sebahagian daripada pokok yang diperolehi yang menjadi batu dengan warna hijau serta kekuningan. Tentang khasiatnya hanya ALLAH swt yang mengetahui. Sesiapa yang berminat untuk memiliki samada dalam bentuk permata cincin atau dalam potongan kecil sila SMS bagi tujuan tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w. "Bersiwak itu membersihkan mulut dan mendapat keredaan Allah s.w.t."

Subhanallah atas pemberianNYA.

Thursday, May 13, 2010

Permata Ibor Merah Jadi Batu (Stok Terhad)


Permata gambar atas sekali - ON HOLD

Stok terhad ibor merah jadi batu untuk dimaharkan. Hanya 2 biji permata sahaja dan dalam proses diikat cincin. Gambar atas sekali masih belum diikat dan yang sebiji lagi telah diikat cincin. Sila lihat blog http://cincinteraskayudanbatu.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut.

Wednesday, May 12, 2010

Kau Istimewa (Sirah Rasulullah SAW)

Untuk tatapan peminat blog sedikit Sirah Rasulullah SAW agar kita dapat menghayati pengorbanan Nabi SAW. Allahuakbar!!

video

Cincin Permata Istimewa Gabungan Batu dan Besi



Alhamdulillah siap sudah cincin perak tempahan khas yang digabungkan dengan permata istimewa batu dan besi yang sebagaimana dipaparkan sebelum ini. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Cincin bersaiz 18.

Tuesday, May 11, 2010

Akar Teras Keluat Darah Jadi Batu

Ini akar teras keluat darah yang kayu. Bandingkanlah dengan yang bawah.






Kebesaran ALLAH swt tidak dapat disangkal sekiranya seseorang manusia itu mengenal akan keagunganNya. Apa yang diinginkan oleh makhluk yang bernama INSAN akan dijadikan olehNya dengan hanya kata-kata KUN FAYAKUNN..

Alhamdulillah koleksi terbaru yang diperolehi dengan susah payah untuk dikongsi bersama peminat blog. Jika sebelum ini ramai yang bertanya saya wujudkah teras keluat jadi batu .. maka alhasilnya apa yang dipaparkan oleh gambar diatas adalah nyata. Teras keluat darah jadi batu ini adalah asli dan jika diperhatikan mempunyai rona akar kayu dan alur serta warna yang tidak ubah sebagaimana akar biasa.

Buat masa kini hanya dipaparkan sebahagian daripada akar keluat darah. InsyaALLAH jika diizinkan akan dipaparkan kepada peminat semua dalam bentuk asal yang besar. Batu ini dalam proses dijadikan permata cincin untuk peminat blog.

Sunday, May 9, 2010

Cincin Permata Bukit Pelagat "Taman Batu Karang"



Mahar RM500 (UT1 RM420)

Bukit Pelagat terletak di utara negeri Terengganu dimana ramai peminat batu permata sanggup bersusah payah untuk kesana bagi mendapatkan batu permata yang cantik. Pernah dikatakan batu permata Bukit Pelagat gred yang terelok dijumpai telah ditawarkan sehingga RM 45,000 sebiji. Sehingga kini masih ramai lagi yang berkampung disana bagi mencuba nasib untuk mendapatkan batu permata.

Koleksi batu Bukit Pelagat saya mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana sekiranya dilihat secara lansung boleh dikatakan mempunyai "Taman batu karang" didalam permata ini. Permata ini amat cerah digabungkan dengan "inclusion" Taman batu karang seolah menghidupkan corak permata ini. Keunikannya terserlah dan saiz permata ini kecil sedikit daripada syiling 20 sen. Telah diikat cincin perak dengan saiz 19.

Saturday, May 8, 2010

Permata Pelik Istimewa (Tidak dimaharkan)





Untuk tatapan peminat blog permata pelik isitmewa milik peribadi dan tidak untuk dimaharkan. Sekadar berkongsi pemberian ALLAH swt kepada sesetengah makhluknya pilihanNya.

Permata ini merupakan permata pemberian daripada alam ghaib sebagai menambahkan ilmu pengetahuan disamping meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH swt. Apa yang istimewa tentang batu ini ialah ianya hidup sekiranya dipakai dijari dan akan kembali ke bentuk asal sekiranya tidak dipakai dalam masa yang lama. Perubahan bentuk dan kejelasan tidak memerlukan medium perantaraan lain seperti asap kemenyan, minyak zaffaran, darah dan sebagainya kerana ianya adalah semulajadi dan tidak perlu diaktifkan dengan bahan lain.
Subhanallah.

Friday, May 7, 2010

Permata 7 Jenis Pembisa Terpilih (Telah ditebus)



Gabungan 7 jenis pembisa yang dipilih dan dibentuk satu permata. Saiz permata ini adalah 25mm x 12mm x 7mm dan dibuat secara menegak.

Thursday, May 6, 2010

Permata Ibor @ ibol @ ibo Merah dan Kuning


X - On hold

Koleksi permata ibor @ ibol @ ibo merah dan kuning untuk dimaharkan kepada peminat blog. Ibor kuning bersaiz besar dan ibor merah bersaiz kecil. Mahar ditawarkan adalah yang termurah iaitu bagi ibor kuning RM95 dan ibor merah RM55 setiap satu dan sudah termasuk kos pos untuk Malaysia sahaja. Terhad kepada 4 biji permata ini sahaja.

Wednesday, May 5, 2010

Permata Tanduk Kambing Gurun Jadi Batu



Permata tanduk kambing gurun jadi batu bersaiz 25mm x 13mm x 10mm untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Lihat posting terdahulu bagi pembuktian keaslian tanduk kambing gurun jadi batu ini. Potongan permata dibuat secara menegak dan gambar ke 2 (bawah) adalah bahagian bawah permata ini.

Tuesday, May 4, 2010

Keychain Koleksi Batu dan Kayu


Produk terbaru adalah menghasilkan keychain dengan gabungan produk kayu atau batu. Peminat blog boleh mencipta sendiri rekabentuk yang diingini. Selain senang dibawa ianya juga boleh digunakan ketika darurat seperti perubatan, terkena gigitan binatang berbisa dll. Mahar keychain adalah bergantung kepada jenis batu atau kayu yang dibuat. Bagaimanapun beberapa jenid batu yang telah disiapkan seperti gambar diatas. mahar barang diatas adalah seperti dibawah:

Keychain batu Tok Wali RM20 (termasuk pos untuk Malaysia sahaja)
Keychain batu kursani kuning RM30 (termasuk pos untuk Malaysia sahaja)
Keychain batu leleh RM30 (termasuk pos untuk Malaysia sahaja)
Keychain batu Tok Wali dan Batu kursani kuning RM40 (termasuk pos untuk Malaysia sahaja)
Keychain barangan lain sila SMS untuk mengetahui maharnya.