Tuesday, December 8, 2009

Cotar Gabungan 3 Jenis Kayu





Salah satu daripada kegunaan teras kayu yang baik adalah untuk dijadikan cotar selain daripada tongkat, permata, tasbih dan sebagainya. Cotar selain untuk pertahanan diri ianya juga amat sesuai sebagai senjata yang boleh melindungi diri daripada binatang-binatang berbisa.

Saya telah menggabungkan 3 jenis teras kayu dalam satu bentuk cotar yang hasil buatannya teramat menarik sekali. Gabungan teras kayu yang digabungkan ialah teras Kayu Hitam Arang, Kemuning Kuning dan Gemunggal. Ketiga-tiga gabungan ini adalah daripada rumpun penawar yang teramat tinggi khasiatnya. Panjang cotar ini adalah 21.5 inchi dengan batangnya daripada Teras Kayu Hitam Arang, pemegangnya daripada kayu kemuning kuning dan hujung pemegang daripada teras gemunggal. Sila SMS sekiranya berminat.

No comments:

Post a Comment