Thursday, December 29, 2011

:: Koleksi Permata Rare :: Permata Mata Dewa



Kiri telah ditebus

Permata mata dewa dengan saiz besar (lebih kurang 20 sen). Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Wednesday, December 28, 2011

:: Koleksi Permata Rare dan Istimewa :: Permata Batu Misteri {Permata 3}

geliga embun
Permata ini tidak dapat dinyatakan nama sebenar atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ianya diperolehi diatas pokok rumput dalam bentuk asal sebagaimana paparan diatas (tanpa touch up untuk menjadi seperti permata tersebut). Banyak khasiat dengan izin ALLAH swt dan semuanya berkaitan dengan perubatan dan ikhtiar. Bersaiz 2 biji kacang hijau.

Thursday, December 22, 2011

:: Untuk Perhatian Abg Ibrahim, KL :: (Telah ditebus)


Permata zamrud pandan @ zamrud minyak bersaiz besar.

Wednesday, December 21, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Zamrud Pandan @ Zamrud Minyak (Telah ditebus)


Permata zamrud pandan atau juga dikenali sebagai zamrud minyak. Untuk dimaharkan dengan mahar borong.
** Terima kasih Hamba ALLAH, KL **

Tuesday, December 20, 2011

:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Pasir Mas :: Gelang Tangan Permata Nilam (Telah ditebus)


Terima kasih Hamba ALLAH, Pasir Mas
Gelang tangan emas 916 dengan lilitan berlian asli bersama batu nilam ceylon.

Monday, December 19, 2011

:: Untuk Perhatian Puan K, KL :: Cincin Perak Aloi Permata Delima Burma (Telah ditebus)


Terima kasih Puan K.L.
Permata delima Burma digabungkan dengan cincin perak aloi permata berlian swiss gred terbaik.

Wednesday, December 14, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Fosil Tulang Ikan Duyung


Cincin bersaiz 17 dengan ikatan kuku v @ kuku 8.

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Zamrud Pandan @ Zamrud Minyak (Telah ditebus)


Permata terbaru ini jika di negeri Kelantan dikenali sebagai zamrud pandan atau juga zamrud minyak. Jika dirujuk melalui dukun google dalam istilah permata ianya dikenali sebagai green obsidian atau juga green flourite. Bongkah asal diperolehi daripada sebuah gunung yang terkenal di Pantai Timur Malaysia dan warna batu yang diperolehi agak muda sedikit. Untuk dimaharkan dengan mahar borong yang teramat murah. permata ini bukan batu masak tetapi batu natural yang mempunyai sifat semualajadi batu.
** Terima kasih Hamba ALLAH, KL **


Thursday, December 8, 2011

:: Makluman ::

Pihak kami tidak dapat mengemaskinikan blog diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan pada masa ini. Blog akan beroperasi secara biasa dalam masa terdekat. Harap maaf.

Friday, December 2, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Firus Mekah Air Emas Cyan Saiz Besar


Cincin perak kulu lipan halus dengan corak cincin yang dikenali sebagai mata ikan. Permata pernah dipaparkan sebelum ini. Saiz cincin 19.

Wednesday, November 30, 2011

:: Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Pandan Indah :: (Telah ditebus)


Untuk Perhatian Hamba ALLAH, Pandan Indah
Cincin perak aloi untuk wanita saiz 11 gabungan berlian swiss dan permata firus emas mekah warna purple.

Tuesday, November 29, 2011

:: Koleksi Permata Rare :: Permata Batu Misteri Perubatan {Permata 2} (Telah ditebus)

geliga
Permata ini merupakan permata kedua yang membezakan ianya tidak mempunyai bebola air didalam batu. Bersaiz antara syiling 20 sen dan 50 sen.
** Terima kasih En Keyrol, Bangi **

Monday, November 28, 2011

:: Koleksi Permata Rare :: Permata Batu Misteri Perubatan {Permata 1} (Telah ditebus)

batu dalam mulut buaya
Batu ini merupakan batu rare yang sukar diperolehi. Antara khasiat yang disebut didalam kitab adalah merupakan ikhtiar bagi segala penyakit berkaitan kulit (insyaAllah) dimana dimasukkan didalam air zam zam dengan bacaan khusus dan diberi minum kepada pesakit. Diperolehi secara istimewa dan juga merupakan permata pakaian diri dari binatang khusus.

Permata ini mempunyai dua jenis dan yang pertama ini mempunyai bola (seakan buih tapi bukan buih) dibahagian dalam batu dan bergerak-gerak sekiranya di balikkan bahagian permata tersebut (bahagian tengah batu). Manakala sebiji permata lagi tanpa bole tersebut. permata bersaiz antara 20 sen dan 50 sen. Merupakan spesis ikhtiar yang baik dengan izin ALLAH swt.

Nota:
Permata ini bukan batu masak atau buatan manusia. Ianya diperolehi secara istimewa dengan izin ALLAH swt untuk kegunaan dan ikhtiar manusia.
** Terima kasih En Ahmad, Selangor **

Friday, November 25, 2011

:: Koleksi Perubatan Alternatif :: Cawan Teras Gemunggal Pulau

teras kelo
Dalam pelbagai spesis teras gemunggal, teras gemunggal pulau dikatakan mempunyai kelebihan bagi tujuan perubatan dan boleh digunakan sebagai ikhtiar dan alternatif dengan gabungan ayat-ayat suci Al Quran ketika berubat. Jenis perubatan adalah bergantung kepada ilmu masing masing asalkan ianya bertepatan dengan syariah ALLAH swt.

Cawan ini diperbuat daripada teras gemunggal pulau dan boleh digunakan bagi tujuan memberikan minum air penawar kepada pesakit. Disamping itu ianya juga dipasak dibahagian dalam tengah cawan dengan teras sintok @ beluru yang mana merupakan pasangan yang bagus bagi tujuan tersebut. Ingin dimaharkan dengan mahar istimewa bagi tujuan perubatan.

Thursday, November 24, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Firus Air Emas Mekah Petak (Telah ditebus)


Cincin dibuat oleh tukang Kelantan dengan design tangkai kendi ayam serama bungkus penuh. Cincin bersaiz 17 digabungkan dengan permata firus air emas Mekah berwarna cyan petak. Permata pernah dipaparkan sebelum ini.
** Terima kasih En Shaufiq, bachok **

Tuesday, November 22, 2011

:: Koleksi Permata :: Permata Fosil Kekabu

teras kekabu
Permata fosil pokok kekabu ini bersaiz 10 sen. Dimaharkan dengan mahar borong. Sila SMS bagi mengetahui mahar tawaran istimewa borong tersebut.

Monday, November 21, 2011

:: Untuk Perhatian Pn Diana :: Cincin Emas Permata Nilam Burma Kecil (Telah ditebus)



Untuk perhatian Pn Diana, KL
Cincin emas 916 dibuat sebagaimana yang diminta dengan gabungan permata nilam bersaiz kecil dan berlian asli.

Friday, November 18, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Teras Gemunggal Pasak Besi 7pa (Telah ditebus)

gemunggal kelo
Cincin perak buatan tangan tukang perak Kelantan dengan reka bentuk kuku 8 bergaris. Bersaiz 15 (boleh dibesarkan) manakala permata merupakan fosil teras gemunggal hitam dipasak dengan besi 7pa, tahi bintang, tulang ikan duyung dan fosil teras penunduk. Permata bersaiz hampir 5 sen.
** Terima kasih En Sufian, Terengganu **

Thursday, November 17, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Firus Mekah Air Emas Cyan


Cincin tempahan khas perak aloi diletakkan berlian swiss disudut tepi kiri dan kanan dengan ikatan kuku 4. Cincin bersaiz 20.

Wednesday, November 16, 2011

:: Untuk Perhatian :: Batu Kristal Quartz (Telah ditebus)

batu kristal

** Terima kasih Tn Hj Halim, KL **
Permata batu kristal quartz yang telah kami siap proses untuk perhatian beliau.

Tuesday, November 15, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Gunung Tahan


Permata kali kami memaparkan permata yang diperolehi di sekitar Gunung Tahan (bahagian kaki gunung). Permata ini daripada gred C and yang gred terbaik akan menyusul kemudian hari. permata ini asalnya berwarna putih keseluruhan dan setelah 2 minggu selesai proses canai dan dalam simpanan kami ia berubah dimana timbul warna oren sebagaimana gambar (bukan disapu minyak atar). Permata bersaiz 23mm x 16mm x 7mm.