Friday, April 27, 2012

:: Tawaran Harga Borong :: Permata Aked Yaman Putih

Untuk dimaharkan dengan tawaran harga borong permata aked yaman putih. Sebiji permata RM10.00 (tidak termasuk pos - pos semenanjung RM6 manakala Sabah/Sarawak RM10).

:: Tawaran Harga Borong :: Permata Aked Yaman Merah


Atas kiri 2 biji - telah ditebus
Untuk perminat blog kami buat pertama kali memberikan mahar borong kepada yang berminat permata aked yaman merah dengan harga tawaran RM15.00 sebiji (tidak termasuk kos penghantaran). Paparan di atas merupakan sebahagian daripada ribuan biji yang kami perolehi dan siap dicanai tukang permata kami.

Thursday, April 26, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Permata Fosil Ibol

Cincin perak aloi ini buatan tukang perak Kelantan dengan reka bentuk bunga pahat jawa kuku 4. Bersaiz 17 (boleh dibesar atau dikecilkan).

Wednesday, April 25, 2012

:: Tawaran Harga Borong :: Fosil Teras Gemunggal






Tawaran kepada peminat blog kami bagi memiliki fosil teras gemunggal dalam bentuk ketulan yang belum dicanai. Ketulan ini mempunyai saiz sebagaimana didalam gambar. Sekitanya dicanai boleh memperolehi sebanyak 8 biji permata bersaiz besar. Untuk dimaharkan dengan harga borong RM250.

:: Untuk Perhatian En Zaid, Putrajaya :: (Telah ditebus)




Untuk perhatian En Zaid, Putrajaya.
Cincin perak aloi pahat bunga jawa kuku ayam digabungkan dengan permata aked darah/badar Mekah.

Tuesday, April 24, 2012

:: Koleksi Cincin Terbaru :: Cincin Aked Yaman Hitam (Campur) (Telah ditebus)

Permata aked yaman ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Aked yaman hitam ini membentuk seakan pembagi bagi permata ini. Cincin buatan tukang perak Kelantan dengan design lilit berlian swiss dan berkuku 6. Saiz cincin adalah 17

Monday, April 23, 2012

:: Koleksi Teristimewa dan Rare :: Permata teras Gemunggal Istimewa Siri 2

gemunggal kelo
Peminat boleh melihat perbezaan keduanya dengan paparan posting sebelum ini.

:: Koleksi Terbaik dan Rare :: Teras Gemunggal Istimewa

Teras gemunggal yang dipaparkan merupakan teras gemunggal yang amat teristimewa dan maharnya merupakan antara yang termahal yang pernah kami paparkan. Mempunyai kelainan di mana boleh berubah warna batu dalam keadaan yang tertentu. Paparan di atas merupakan paparan asal permata  dan posting akan datang menunjukkan akan perubahan yang berlaku.

Saturday, April 21, 2012

:: Koleksi Permata Terbaru :: Permata Aked Bukit


Permata aked bukit ini bagi kami seakan adik beradik di mana mempunyai persamaan dalam rona batu cuma kelainan dari segi warna. Untuk dimaharkan RM60.00 sebiji tidak termasuk kos penghantaran.

Friday, April 20, 2012

:: Koleksi Permata Terbaru :: Permata Fosil Tulang Harimau Putih


Tengah - on hold
Fosil tulang harimau putih ini merupakan stok terbaru yang kami perolehi dengan izin ALLAH swt. Terdapat perbezaan berbanding fosil tulang yang terdahulu di mana fosil terbaharu mempunyai sedikit kelainan dari segi bentuk dan rona tulang tersebut. Fosil tulang sebelum ini merupakan bahagian kaki harimau manakala yang terbharu ini merupakan bahagian tulang rusuk harimau berkenaan. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan mahar mampu milik.


Wednesday, April 18, 2012

:: Koleksi Permata Rare dan Terbaru :: Permata Fosil Umbi Kulat Hutan (Ganoderma)


Akhirnya tukang canai kami menyiapkan permata fosil umbi kulat hutan (ganoderma) untuk peminat blog. Berkhasiat bagi segala racun samada daripada binatang, tumbuhan maupun santau InsyaAllah dengan izinNya sebagaimana termaktub di dalam kitab lama.

:: Koleksi Terbaru dan Teramat Rare :: Fosil Tulang Mawas


Alhamdulillah dengan keizinan daripada ALLAH swt kami telah diberi peluang untuk memiliki fosil tulang mawas. Fosil ini mengandungi dua bahagian di mana sebahagian dalam bentuk menjadi batu dan sebahagian lagi campuran antara batu dengan kehadiran besi mawas yang amat terkenal dikalangan peminat barangan pelik. Mempunyai khasiat yang teramat istimewa sebagaimana disebut di dalam kitab lama.

Tuesday, April 17, 2012

:: Untuk Perhatian En Din, Shah Alam :: (Telah ditebus)


Cincin perak aloi bertatahkan berlian swiss di sudut tepi kanan dan kiri batang cincin. Permata batu cindai.

:: Untuk Perhatian Pn Lin, KL :: (Telah ditebus)


Loket perak dengan rekabentuk crown yang ditempah dan sebagaimana dipersetujui.

Monday, April 16, 2012

:: Koleksi Permata Rare :: Permata Aked Bunga Kemuncup


Permata ini diperolehi dengan izin ALLAH swt dan keunikannya mempunyai bunga kemuncup di dalam permata tersebut. Bersaiz hampir 10 sen dan warna batu berubah sekiranya dipakai (menjadi semakin jernih). Namun permata ini sekadar untuk berkongsi keunikan dan kebesaran ALLAh swt kerana belum sempat untuk kami maharkan di dalam blog ianya telah dimiliki oleh seorang sahabat kami.

Friday, April 13, 2012

:: Koleksi Permata Terbaru :: Permata Aked Darah Burung Merpati Mekah


X - On hold
Permata terbaru yang disiapkan oleh tukang canai kami. Sebelum kami kami telah memaparkan sebanyak 3 biji permata dan kesemuanya telah dimiliki peminat. Permata ini merupakan tambahan bagi peminat yang tidak dapat memiliki permata yang sebelum ini.

Thursday, April 12, 2012

:: Koleksi Terbaru dan Teramat Rare :: Fosil Sumbu Badak


Amat unik. Itulah yang boleh kami ucapkan di atas kebesaran ALLAH swt dan dengan izinnya kami dapat memperolehi sumbu badak yang telah menjadi batu. InsyaAllah akan dijadikan permata untuk peminat semua.

Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, April 10, 2012

:: Untuk Perhatian Pn Lin, KL :: (Telah ditebus)


Rantai leher perak corak bulat berukir dengan panjang 37 in dan berat perak adalah 30 gram.

:: Koleksi Terbaru dan Teramat Rare :: Geliga Ular Tedung Selar (Telah ditebus)


Koleksi terbaru yang kami perolehi dengan izin ALLAH swt ialah geliga ular tedung selar. Geliga yang diperolehi sebagaimana gambar diatas adalah dalam bentuk asal dan bukan dicanai bagi membentuk sifat sedemikian. Warna batu geliga berubah mengikut keadaan tertentu dan geliga ini boleh diuji dengan induk bagi membuktikan keasliannya. Mahar dalam kategori tinggi namun demikian masih lagi rendah berbanding mahar kebiasaan geliga asli yang dipasarkan. Terhad untuk sebiji yang dipaparkan sahaja.
** Terima kasih En Din, Shah Alam **