Pernah suatu ketika dahulu saya mengikuti seorang sahabat mencari akar kayu disebuah hutan di Pahang. Nak dijadikan cerita saya telah menemui akar pokok keluat dan bila dipotong akarnya ternyata mempunyai teras tetapi sayangnya masih belum cukup sempurna dan akhirnya saya meninggalkannya ditempat asal ditemui. Mungkin 3 - 4 tahun lagi matanglah terasnya dan jika dipanjangkan umur dan akar masih disitu InsyaALLAH saya akan kembali mengambilnya untuk dikongsi bersama. Mengikut sahabat saya terdapat 2 jenis teras keluat iaitu teras keluat berwarna hitam dan satu jenis lagi teras keluat berdarah (warna merah macam darah). Kedua-duanya boleh dikatakan bukan senang untuk ditemui.
Antara khasiat yang selalu diperkatakan tentang teras keluat ini adalah untuk ketahanan kulit sehingga kebanyakan peninju tomoi akan mengamalkan minuman air teras akar keluat disamping menjadikannya sebagai cincin dan ada juga meletakkan atau menyapu kepada taji ayam laga bagi menguatkan ayam lagaan mereka. Selain itu tidak banyak yang diketahui tentang teras keluat ini. Apa yang saya perolehi teras ini juga boleh digunakan bagi tujuan memasung makhluk halus (bagi pengamal perubatan yang mahir) dan selain itu juga boleh digunakan untuk melegakan sakit urat. Kekadang saya berfikir la jugak agak-agaknya ada tak teras keluat menjadi batu yer?
No comments:
Post a Comment