Wednesday, December 9, 2009

Bukit Tursina - Bukit Pilihan ALLAH SWT


Bukit Tursina merupakan salah satu bukit yang amat terkenal didunia Islam lantaran namanya disebut didalam Al Quran sebagai sebuah tempat dimana Nabi Musa a.s bermunajat dan mendengar Kalam ALLAH swt. Selain itu bukit ini juga ada disebut didalam Surah Tiin Ayat 1 hingga 3 yang bermaksud:

" Demi buah tiin dan zaitun dan gunung Tursina dan negeri (Mekah) yang aman ini"

Di bukit ini juga terdapat beberapa makam para-para nabi seperti Nabi Salih a.s dan Nabi Harun a.s dan ada riwayat mengatakan bahawa Nabi saw ada menyinggahi bukit ini untuk solat sunat sebelum Mikraj ke langit. Didalam sanad riwayat Ibnu Abbas r.a beliau mengatakan ketika awal penciptaan Adam a.s, Malaikat telah diperintahkan oleh ALLAH swt untuk mengambil tanah Bukit Tursina untuk dijadikan telinganya. Selain itu didalam riwayat yang berlainan mengikut Ibnu Abbas r.a, salah satu batu yang dibina Kaabah adalah diambil daripada Bukit Tursina.

Seorang Wali Allah yang dikenali sebagai Tok Kenali juga pernah diuji oleh gurunya Syeikh Ahmad Al Fatani agar bermunajat dibukit ini. Inilah kisah sebuah bukit yang telah dipilih oleh ALLAH swt untuk makhlukNya merenung dan berfikir akan kekuasaanNya selain menciptakan sesuatu yang berkhasiat untuk digunakan oleh makhlukNya.

No comments:

Post a Comment