Saturday, February 27, 2010

Cincin Jarum Mas Kuning (Telah ditebus)



Cincin Jarum Mas kuning dikira "best in the class" ekoran bentukan jarum mas kuning (inclusion) didalamnya yang teramat jelas dan terang. Air permata ini juga teramat jernih (clean) seolah-olah jarum didalam kaca (asli ni bukan kaca).

Wednesday, February 24, 2010

Cincin Batu Cindai "Special Cutting"



Untuk dimaharkan cincin batu cindai "special cutting" dengan ikatan bungkus penuh. Warna cindai merah emas penuh bergaya dan menawan. Cincin bersaiz 18 dengan saiz permata 22mm x 13mm x 3mm.

Monday, February 22, 2010

Cincin Batu Cindai Emas





Sebelum ini dipaparkan batu cindai sebagai koleksi yang sukar diperolehi. Cincin perak tempahan khas ini akhirnya disiapkan oleh tukang perak daripada Kelantan dengan rekabentuk tangkai kendi kuku W. Cincin ini bersaiz 17 digabungkan dengan permata batu Cindai Emas. Dipanggil dengan nama batu Cindai Emas ekoran warnanya yang keemasan. Batu ini bersaiz 18mm x 13mm x 8mm.

Sunday, February 21, 2010

Minyak Zaffaron @ Saffron 2ml

Mahar Mampu Milik RM150.00

Untuk dimiliki minyak Zaffaron dalam botol bersaiz 2ml. Untuk pelbagai kegunaan terutamanya berkaitan perubatan Islam. Semua minyak Zaffaron milik saya dimasukkan ibu minyak atau bunga "crocus sativus linneaus" sebagai membuktikan keaslian minyak ini.

Dalam pada itu bunga ini juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dimana ahli dalam minyak ini sahajalah yang mengetahuinya. Setiap pembelian akan diberikan cara-cara untuk menggunakannya sebagaimana yang telah dirujuk didalam kitab lama.

Saturday, February 20, 2010

Saffron @ Zaffaron - Inilah rupanya


Inilah rupanya bunga "crocus sativus linneaus" yang terkenal dengan jolokan Emas Padang Pasir ataupun Raja Herba. Kalau dalam menghasilkan minyak Zaffaran bunga ini dikenali sebagai ibu minyak Zaffaran. Alhamdulillah .. dengan bantuan seorang sahabat saya dapat memilikinya. Baunya seakan-akan manis masam sedikit. Sekadar berkongsi pengetahuan.

Besi Leleh Jalur - Koleksi Permata Terbaru


Ini merupakan koleksi permata besi leleh jalur yang baru sahaja disiapkan oleh tukang canai permata. Terbuka untuk ditempah oleh sesiapa sahaja yang berminat. Maklumat permata adalah seperti dibawah:

Bermula dari kiri:

P 25mm L 12mm T 12 Berat 37 carat
P 22mm L 13mm T 8 Berat 30 carat
P 25mm L 13mm T 6 Berat 24.5 carat
P 19mm L 13mm T 9 Berat 24 carat
P 18mm L 11mm T 8 Berat 12 carat (Telah ditebus)
** Terima kasih En Zulhazli, Balakong **

Cincin Batu Jarum Mas Perang Gred 1



Cincin perak dengan ukiran pahat jawa beserta lilitan berlian swiss bertatahkan permata batu jarum mas perang gred 1. Permata ini telah dicanai dengan amat sempurna sekali (zero defect) dimana tiada kesan retakan didalam permata ini. Jarum mas perang didalam (perfect inclusion) teramat jelas dengan gabungan air permata yang begitu jernis sekali. Jarum mas perang didalam membentuk seakan bulu ayam yang dicarik.

Cincin ini bersaiz 22 dengan saiz permata batu jarum mas : panjang 20mm x 15mm x 8mm. Rekabentuk cincin dengan permata ini bagaikan "ngam" sekali seperti kata pepatah seperti isi dan kulit. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Cincin Batu Tahi Bintang @ Meteorite

Kanan Saiz L telah ditebus
Tengah Saiz M telah ditebus


Akhirnya siap juga permata batu tahi bintang untuk dimaharkan kepada peminat blog. Bagaimanapun, oleh kerana kekerasannya yang amat luar biasa hanya 2 permata sahaja yang sempat diikat dengan permata cincin.


Gambar diatas menunjukkan 3 saiz yang berlainan iaitu S, M dan L. Mahar sebenarnya adalah bergantung kepada berat carat yang ditimbang tetapi bagi peminat blog saya hanya menentukan mahar berdasarkan saiz dengan pemilikan Mampu Bayar dan Mampu Milik walaupun ianya adalah koleksi yang teramat sukar sekali diperolehi.
** Terima kasih Hamba Allah, Cheras **
** Terima kasih En Faizal, Petaling Jaya **

Thursday, February 18, 2010

Batu Kecubung belum proses @ canai




Ini adalah sebahagian daripada koleksi batu kecubung yang diperolehi. Untuk masa ini dipaparkan yang bersaiz kecil dahulu sebelum dipaparkan yang bersiaz besar. Batu ini boleh dijadikan permata tetapi disarankan sebagai koleksi untuk hiasan sahaja. Bersaiz lebih kurang 4 in x 2.5 in. Untuk dimaharkan dengan harga RM200 sahaja. Sila SMS sekiranya berminat.

Batu Opal belum proses saiz besar (RM1 per carat)



Batu opal asli daripada Australia dalam bentuk raw @ belum canai untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Panjang batu adalah 110mm x lebar 63mm. Berat adalah 1,210 carat. Mahar adalah bawah harga pasaran semasa. Sila SMS sekiranya berminat.

Tuesday, February 16, 2010

Perbezaan Meteorite, Pyrite dan Hematite Juzuk 1

Dari kiri: meteorite, pyrite dan hematite

Diatas adalah perbezaan rupa bentuk (luaran) diantara meteorite (tahi bintang), pyrite (batu/besi kursani) dan hematite (batu/besi leleh). Secara kasar perbezaan yang boleh diperhatikan ialah:
  • Tahi bintang lebih padat berbanding yang lain.

  • Tahi bintang mempunyai regmaglypts @ cap jari manakala batu leleh mempunyai bebola samada kecil atau besar. Batu kursani mempunyai bentuk muka yang halus kecil dan tajam.

  • Tahi bintang mengandungi kebanyakan nikel manakala besi kursani dan besi leleh mempunyai ferum.

  • Ujian tindakbalas magnet (kuat ke kurang) - tahi bintang, besi kursani dan besi leleh

  • Ujian kekerasan (keras ke kurang) - tahi bintang, besi kursani dan besi leleh

Monday, February 15, 2010

Meteorite @ Tahi Bintang Padat (solid) "raw and rare"





Ini meteorite @ tahi bintang yang saya perolehi dengan cara istimewa (tidak dapat dinyatakan atas sebab yang tidak dapat dielakkan). Bersaiz 1.5 gengam orang biasa dengan kepadatan amat luat biasa. Meteorite ini adalah terdiri daripada iron meteorite yang melekat teramat kuat dengan magnet.

Semua kriteria berpandukan hukum sains ada di batu ini bagi mengesahkan keasliannya. Sebiji permata yang siap mempunyai berat 3 kali ganda berat batu bumi yang biasa. Kepadatan yang tinggi (too solid) dengan kandungan nikel yang penuh (full nickel) menyebabkan ianya bertindak balas dengan kuat dengan magnet. Untuk memotong batu ini sebanyak 1 in ianya memerlukan 10 mata pencanai batu ditukarkan itupun belum putus sepenuhnya.

Meteorite ini dalam proses dijadikan permata cincin dan akan dimaharkan dalam masa terdekat. Saya telah berkesempatan menguji cincin dengan permata meteorite dan hasilnya kebas selama seminggu dan tulang semacam mencucuk secara halus. Allah swt sahajalah amat mengetahui akan khasiatnya.

Sunday, February 14, 2010

Batu Opal Untuk Loket 002 (RM160)



Batu opal kedua yang sesuai untuk dijadikan loket bagi kaum hawa. Batu ini berwarna coklat susu dengan gabungan bintik biru dan warna batu asal coklat koko. Batu ini bersaiz 35mm x 20mm dengan berat 62 carat.

Saturday, February 13, 2010

Koleksi Batu Opal




Ini merupakan koleksi terbaru yang diperolehi iaitu batu opal asli daripada Australia. Batu ini bukan lagi daripada kategori gred A (yang terbaik) tetapi jika mengikut harga pasaran ianya boleh dikatakan tinggi juga. Dalam posting yang akan datang akan dipaparkan setiap satu bentuk batu ini bagi tujuan mahar dengan harga mengikut timbangan karat (gerenti mampu milik).

Wednesday, February 10, 2010

Meteorite @ Tahi Bintang


Tahi bintang yang telah jatuh ke bumi dalam istilah sains dikenali sebagai meteorite tetapi jika masih diatas langit dinamakan sebagai meteor. Meteorite ini boleh diperolehi diatas muka bumi ini melalui 2 cara iaitu secara menemuinya ketika ianya baru jatuh ataupun mencarinya dipadang luas, bukit bukau dan gunung ganang (berdasarkan tempat yang selalu jatuh). Kriteria untuk mengenali meteorite ini telah dinyatakan oleh sains dengan amat jelas sekali.

Meteorite diklasifikasikan kepada 3 kategori iaitu batu, besi dan gabungan batu dan besi. Sebanyak 93% meteorite diatas muka bumi ini adalah terdiri daripada meteorite batu . Hanya meteorite besi dan gabungan batu dan besi sahaja yang bertindak balas dengan magnet. Didalam sains meteorite batu terbahagi pula kepada 2 jenis yang mempunyai pecahannya masing-masing. Bagi meteorite besi ianya pula terbahagi kepada 3 jenis utama dan untuk meteorite gabungan batu dan besi ianya dipecahkan kepada 2 jenis yang berlainan.

Meteorite besi dan gabungan batu dan besi merupakan meteorite yang amat sukar untuk diperolehi dan ditemui. Mengikut sains meteorite boleh dikenalpasti dengan beberapa cara yang telah disepakatkan oleh pengkaji meteorite (rujuk link dibawah untuk mengetahuinya). Salah satu cara untuk mengenalinya iailah ianya mempunyai regmaglypts @ cap jari. Selain itu meteorite bersaiz bola ping pong akan mempunyai berat 2-5 kali ganda berat batu biasa yang sepatutnya. Secara am permukaan meteorite tidak akan sama berbanding batu leleh, besi leleh, besi kursani dan sebagainya.

Bagi pengumpul barangan mistik, meteorite atau tahi bintang ini merupakan barangan koleksi yang sememangnya amat dicari ekoran daripada khasiatnya yang teramat tinggi. Walaupun MAHARNYA boleh dikatakan tidak murah namun pengumpul barangan mistik tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki barangan ini sekiranya ia benar-benar ASLI. Orang-orang lama mengatakan bahawa tahi bintang merupakan tingkatan pertama dalam klasifikasi besi diatas muka bumi ini (tidak dikira besi kuning asli pakaian para WALI). Wallahua'lam.

Rujukan:

Monday, February 8, 2010

Permata Batu Jarum Mas Kuning



Inilah permata batu jarum mas kuning yang amat jernih airnya. Jarum didalamnya seakan-akan hidup menyerlahkan permata ini. permata ini bersaiz bulat dengan diamater 14mm x 14mm x 7mm. Berat permata ini adalah 13 carat.

Tambahan Blog Baru

Buat peminat blog saya terpaksa menambahkan satu lagi blog yang dinamakan "Tempahan Kayu Teras dan Batu". Blog ini diasaskan bagi memuatkan barangan siap tempahan peminat semua bagi mengelakkan blog utama kayudanteras dipenuhi dengan barangan tempahan siap.

Sila klik hubungan
http://tempahankayuterasdanbatu.blogspot.com/ bagi melihat barangan yang telah ditempah samada siap ataupun belum. Buat peminat yang telah menempah cincin daripada saya, InsyaALLAH semua barangan akan siap pada minggu hadapan.

Kain Cindai @ Limar


Kain Cindai antik diatas adalah milik salah seorang sahabat saya dan tidak untuk dimaharkan. Kain ini berusia ratusan tahun dan telah diuji akan keaslian dan kelebihannya. Sekadar tatapan untuk peminat blog.

Kain Cindai merupakan kain tenunan sutera asli yang dibuat dengan mutu kualiti yang tinggi. Penggunaan ikatan berkembar menjadikan ianya utuh dan tahan lasak. Nama lain yang juga digunakan adalah kain cinde, gerinsing, patola, luffa, dan limar dikebanyakan nusantara ini. Tidak dapat ditentukan bilakah sebenarnya ia digunakan. Mengikut sejarah kain cindai ini berasal daripada daerah Patan di Gujerat, India. Dibawa masuk oleh pedagang Gujerat dan India ke Tanah Melayu sekitar beberapa ratus tahun dahulu.

Penggunaan awal kain Cindai pada mulanya sebagai pakaian yang berupa semutar (seakan serban @ diikat dikepala) dan selendang bagi kaum perempuan. Ekoran akan ketahanan kain ini ianya telah dijadikan sebagai salah satu senjata dan pakaian diri oleh pahlawan dahulu kala. Para pahlawan dahulu bagi lelaki akan mengikat samada dikepala ataupun dipinggang dan bagi pahlawan wanita akan dijadikan selendang ataupun ikatan pinggang bagi membuka langkah. Penggunaan kain Cindai ini ada dinyatakan didalam kisah-kisah lama seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Dewa, Kisah Cik Siti Wan Kembang dan sebagainya.

Pada masa kini kain Cindai yang baru masih boleh diperolehi di India dan kebanyakan digunakan oleh penduduk disana bagi dijadikan sari berbanding dahulu digunakan oleh pembesar-pembesar dan raja-raja. Untuk mendapatkan kain cindai yang lama @ antik amatlah sukar diperolehi dimasa kini. Pun begitu ada juga dikalangan pengumpul dan peminat akan mencarinya sebagai koleksi disamping menggunakan khasiatnya yang hanya diketahui pemiliknya. Kain Cindai Tuan Puteri dan Pahlawan dahulu kala merupakan hajat mereka bagi menambahkan koleksi simpanan untuk mereka membongkar akan khasiat dan penggunaannya.
Sila SMS sekiranya berminat untuk memiliki yang asli dan antik dengan mahar istimewa.

Sunday, February 7, 2010

Minyak Zaffaran @ Saffron Merah



Minyak Zaffaran @ Saffron yang saya miliki dibuat khusus bagi tujuan perubatan dan berkaitan penggunaan barangan mistik. Pun begitu boleh juga digunakan bagi tujuan masakan dan pewajah. Minyak ini telahpun diuji dan ternyata mempunyai keberkesanan yang amat baik sekali dengan izin ALLAH swt.

Minyak ini juga telah digunakan oleh seorang Mudir sebuah sekolah pondok di Kelantan khusus dalam bidang perubatan Islam. Buat masa ini stok hanya terhad kepada 2 botol sahaja dan stok terbaru akan diperolehi dalam masa seminggu lagi. Dibuat khusus dalam botol bersaiz 6ml dengan penutup bebola bagi memudahkan penggunaan minyak ini. Pun begitu bagi tujuan memudahkan peminat blog membeli dengan harga MAMPU MILIK DAN MAMPU BAYAR, botol yang bersaiz kecil (2ml) juga dibuat. Sila SMS sekiranya berminat untuk memiliki minyak Zaffaran ini.

Nota:
Minyak ini adalah ASLI dan tidak menggunakan sebarang PEWARNA tiruan bagi tujuan penipuan.
** Terima kasih En Bakri, Muar **

Saturday, February 6, 2010

Batu Jarum Mas Putih Air Jernih



Permata batu jarum mas putih dengan air yang jernih. Dikategorikan dalam kumpulan yang sukar diperolehi. Biasanya yang terdapat dalam pasaran adalah yang tidak jernih.

Thursday, February 4, 2010

Batu Jarum Mas Bulu Kucing



Koleksi ini dinamakan jarum mas bulu kucing ekoran bentuk jarum mas yang halus dan banyak seperti ekor bulu kucing. Berwarna perang dan masih dalam bentuk batu asal. Akan diproses menjadikan permata dalam masa terdekat.

Saffron @ Zaffaran Juzuk 2


Antara khasiat SAFFRON atau ZAFFARAN yang telah direkodkan oleh sains:
  • Membantu menyempurnakan proses penghadaman
  • Menguatkan ingatan dan hafalan
  • Merawat anemia
  • Mengawal tekanan darah dan kolestrol
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Merawat penyakit saraf
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan
  • Mengurangkan sembelit dan bisa-bisa sendi
  • Penenang diri
  • Perangsang tenaga batin
  • Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
  • Membina daya tahan melawan penyakit (antibodi).
  • Amat baik untuk merawat bengkak sendi dan rheumatic sbg ubat luaran
  • Merawat masalah ketidaksuburan dan menguatkan rahim ( selepas bersalin ).

    Pengambilan secara tetap bahan ini pada setiap hari akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperti asma dan demam biasa. Wallahua'lam.

Wednesday, February 3, 2010

Permata Jarum Mas Merah @ Red Rutilated Quartz Cat's Eye (Gred Terbaik)


Permata Jarum Mas Merah ini merupakan permata gred yang terbaik sekali dan sukar untuk diperolehi. Didalam permata ini dipenuhi dengan jarum mas merah dan mempunyai "gewe" iaitu istilah permata bagi star @ bintang.

Permata ini bersaiz 27mm x 18mm x 10mm dengan berat sebanyak 48 carat. Cukup menarik jika didedahkan kepada cahaya matahari ekoran silauan tindakbalas permata ini cukup mempersonakan.

Cincin Fairuz Hijau Tua (Kategori gred yang terbaik) (Telah ditebus)





Cincin ini asalnya ditempah oleh seorang Hamba ALLAH daripada Sabah tetapi akhirnya beliau telah meminta saya menukarkan cincin ini dengan permata lain. Oleh kerana itu saya ingin membuka peluang ini bagi memaharkan cincin fairus dengan warna hijau tua ini (kategori gred yang terbaik) kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya. Sila SMS untuk maharnya.
** Terima kasih Muhammad Syahizam, Johor **

Koleksi Terbaru Cincin Aked Yaman Jalur

Saya baru mendapatkan cincin aked yaman jalur yang baru disiapkan oleh tukang. Stok terbaru yang diperolehi ini terhad kepada 3 bentuk cincin sahaja. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.
Sila rujuk http://cincinteraskayudanbatu.blogspot.com/ bagi maklumat setiap satu.

Koleksi Terbaik Batu Jarum Mas @ Rutilated Quartz


Batu jarum mas atau rutilated quartz diatas merupakan koleksi yang terbaik dan ada diantaranya merupakan daripada gred A yang sukar diperolehi. Batu jarum mas yang saya perolehi adalah 100% asli dan bukannya sebagaimana yang dijual iaitu permata yang dimasukkan dawai elektrik.

Batu jarum mas ini kebanyakkannya mempunyai air yang jernih dengan kejelasan hampir 100%. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Gambar bagi setiap satu akan dimasukkan dalam posting yang akan datang.