Tuesday, December 31, 2013

:: Tawaran Khas :: Permata batu leleh Bukit Nuri

Tawaran istimewa permata batu leleh Bukit Nuri. Permata bersaiz 10 sen.

Monday, December 30, 2013

:: Permata Berkualiti :: Permata Jarum Mas Gred A Siri 3

 
 
Permata ini mempunyai inclusion jarum mas dalam bentuk yang berlainan dengan paparan sebelumnya. Seolah olah batang yang berbulu dengan kejernihan dalam batu tanpa retak.

Friday, December 27, 2013

:: Permata Berkualiti :: Permata Jarum Mas Gred A Siri 2 (Telah ditebus)

 
 
Permata Siri 2 adalah permata yang kedua daripada bongkah yang sama dengan Siri 1 dan mempunyai kejernihan batu yang terbaik disamping inclusion jarum mas kuning.

Thursday, December 26, 2013

:: Permata Berkualiti :: Permata Jarum Mas Gred A Siri 1 - Telah ditebus

 
 
Permata ini merupakan batu jarum mas kategori gred A di mana ianya mempunyai kejernihan batu yang amat berkualiti di samping inclusion jarum mas yang berwarna kuning keemasan seolah rambut Tuan Puteri. Saiz panjang permata adalah 20 sen manakala lebarnya saiz 5 sen. Tawaran harga mampu milik.

:: Koleksi Teramat Rare :: Rotan Semambu Jadi Batu

 
 
 
 
Ketulan rotan semambu jadi batu dipercayai berumur lebih ratusan tahun ekoran dalam batu mempunyai kehadiran besi. Gambar yang diambil bagi membuktikan dalam bongkah asal iaitu masih mempunyai kulit luar dan bentuk bahagian bawah rotan. Dalam kategori pembisa yang teramat baik. Dalam masa terdekat akan dimaharkan kepada peminat blog.

Wednesday, December 25, 2013

:: Untuk Perhatian En Nasrul :: (Telah ditebus)

 
 
Untuk Perhatian En Nasrul
Cincin lilit berlian swiss dengan kuku suasa digabungkan dengan permata firus jalur emas Mekah

:: Koleksi Permata :: Permata gabungan Cintamani hitam dan emas

 
Permata ini merupakan gabungan kayu ular cintamani emas Laut Merah dan kayu ular cintamani hitam Malaysia. Gabungan ini sudah cukup bagi tujuan perubatan terutama berkaitan dengan bisa ular. permata bersaiz hampir 10 sen. Harga istimewa untuk peminat blog.

Tuesday, December 24, 2013

:: Untuk Perhatian En Din, Shah Alam :: (Telah ditebus)

 
 
Untuk Perhatian En Din, Shah Alam
Cincin meriam pecah yang dihasilkan sebentuk cincin belah rotan sebagaimana gambar. Cincin ini di pasak dengan puting patah, besi misteri dan tahi bintang. Dihasilkan secara manual bentuk tersebut.

Monday, December 23, 2013

:: Koleksi Cincin Istimewa :: Cincin Perak Permata Aked Jalur Mekah



Cincin buatan tukang Kelantan ini merupakan cincin tangkai kendi yang diletakkan berlian swiss di sudut kiri dan kanan batang di samping ukiran pahat bunga jawa. Permata merupakan aked jalur Mekah yang bersaiz antara 10 hingga 20 sen. Tawaran harga istimewa.

Thursday, December 19, 2013

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Fosil Kayu Tas


Koleksi terbaru yang diperolehi adalah kayu tas menjadi batu. Rona dan corak kayu adalah sama cuma perbezaannya adalah kayu dan batu. Dalam proses mencanai untuk dijadikan permata buat peminat blog.

Tuesday, December 17, 2013

:: Permata Pilihan :: Permata Tanduk Lembu Mati Beranak Pasak Istimewa - Telah ditebus

 
Kiri telah ditebus
Permata pilihan ini adalah permata tanduk lembu mati beranak yang amat dicari oleh orang-orang dulu bagi tujuan khasiatnya yang alami. Permata ini bersaiz lebih kurang 10 sen. Antara barangan yang dipasak adalah besi misteri, fosil kayu misteri, fosil teras penunduk hitam, fosil batang sagu,fosil tulang harimau putih dan fosil kemuning hitam.

Monday, December 16, 2013

:: Koleksi Cincin :: Cincin Perak Fosil Kokka Mekah (Mahar Special)

 
 
Cincin perak tangkai kendi bungkus penuh ini digabungkan dengan permata fosil kokka Mekah. Permata bersiaz lebih kurang 5 sen. Tawaran harga istimewa.

Saturday, December 14, 2013

:: Koleksi Terbaik :: Kayu Penawar Jadi Batu

Kayu penawar yang menjadi batu (bukan teras penawar hitam) yang tertera di atas boleh dijadikan sebagai hiasan diri di samping dapat digunakan sebagai toolkit kita terdesak terutama terkena gigitan binatng berbisa. Amat mujarab sekali bagi penyembuhan gigitan binatang bisa dengan izin ALLAH swt.

Thursday, December 12, 2013

:: Koleksi Permata :: Permata Aked Dendrite Siri 2 RM70


Permata ini bersaiz 5 sen dan berbentuk bulat. Peminat yang berminat boleh SMS kami bagi tawaran harga istimewa.

Wednesday, December 11, 2013

:: Koleksi Permata :: Permata Aked Dendrite Siri 1 RM80


Permata aked dendrite ini berbentuk bujur dan mempunyai saiz hampir 10 sen. Antara khasiat berkaitan aked ini adalah untuk ketenangan diri, meyembuhkan sel-sel yang mati dan sebagainya (rujukan secara sains). Tawaran harga istimewa daripada kami.

Monday, December 9, 2013

:: Tawaran Harga Borong :: Permata Zamrud Kalimantan Air Kaca

Special RM50 sebiji
Permata zamrud kalimantan ini untuk dimaharkan dengan harga borong kepada peminat blog. Saiz permata adalah dalam 5 sen dan mempunyai warna yang tua disamping urat batu alami zamrud kalimantan. Permata adalah asli dan alami.

Wednesday, December 4, 2013

:: Koleksi Rare :: Fosil Sumbu Badak

Koleksi yang boleh dikatakan rare iaitu fosil sumbu badak yang berusia ratusan tahun. Diperolehi dalam bentuk asal dan belum dipecahkan lagi.

Monday, December 2, 2013

:: Koleksi Terbaik :: Gelang Campuran Teras (Telah ditebus)



Gelang ini dibuat dengan kreativiti tukang yang terbaik. Campuran beberapa jenis teras yang digabungkan dalam satu gelang istimewa. Untuk dimharkan dengan harga terbiak kepada peminat blog.