Sunday, July 31, 2011

:: Marhaban Ya Ramadhan ::


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.
Semoga ALLAH swt memberkati amalan kita semua.

Friday, July 29, 2011

:: Tawaran Istimewa Ramadhan :: Permata Aked Biru

Bawah 2 biji telah ditebus

Tawaran istimewa Ramadhan hanya RM70 sebiji tidak termasuk pos.
Permata bersaiz lebih 5 sen.
** Terima kasih En Ibrahim, Pandan Indah **

Thursday, July 28, 2011

:: Koleksi Permata Baru dan Rare :: Teras Gemunggal Hitam Jadi Batu (Telah ditebus)



Permata teras gemunggal hitam tidak termasuk didalam tawaran istimewa Ramadhan kerana kami mempunyai stok yang terhad. Saiz permata adalah 22mm x 15mm x 6mm. Pun begitu tawaran diskaun masih diberikan dan sekiranya berminat sila SMS bagi mengetahui maharnya.

** Terima kasih Hamba ALLAH, KL **

Wednesday, July 27, 2011

:: Koleksi Permata Baru dan Rare :: Permata Kokka Mekah Jadi Batu


Permata ini bersaiz 17mm x 15mm x 8mm. Alhamdulillah mempunyai banyak khasiat yang telah dijadikan ALLAH swt secara alami. Mahar tawaran RM160 sebiji tidak termasuk pos.

Tuesday, July 26, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Batang Sagu Jadi Batu


Dengan izin ALLAH swt kami telah memperolehi batang sagu yang telah menjadi sagu. batang ini merupakan sisa batang yang pernah kami perolehi sebelum ini. Akan diproses menjadi permata dalam masa terdekat.

Monday, July 25, 2011

:: Tawaran Istimewa Ramadhan :: Fosil Kemuning Kuning (Telah ditebus)


Permata ini bersaiz syiling 10 sen. Tawaran istimewa dengan mahar RM20 tidak termasuk pos.
** Terima kasih Hamba ALLAH, Labu, Negeri Sembilan **
** Terima kasih En Ibrahim, KL **
** Terima kasih Hamba ALLAH, Kelantan**


:: Tawaran Istimewa Ramadhan :: Permata Teras Penunduk Jadi Batu (Telah ditebus)



Tawaran mahar istimewa sempena Ramadhan RM50 sebiji permata diatas tidak termasuk kos penghantaran.
** Terima kasih Hamba Allah, Labu, negeri Sembilan **
** Terima kasih En Sukor, Seremban **

Saturday, July 23, 2011

:: Tawaran Istimewa Ramadhan :: Permata Marjan Merah Mekah RM80


Permata marjan merah Mekah ini bersaiz syiling hampir 20 sen atau dengan lebih tepat 21mm x 17mm x 8mm. Berlainan dengan yang sebelum ini kerana permata ini tidak mempunyai Lam Alif.

:: Tawaran Istimewa Ramadhan ::


Sempena kedatangan Ramadhan Al Mubarak pihak kami akan memberikan tawaran terlampau istimewa kepada beberapa barangan terpilih dengan diskaun antara 50 - 70% bagi memanfaatkan kelebihan bersedekah pada bulan tersebut. Oleh kerana barangan yang diperolehi dengan izin ALLAH swt dan sempena kelebihan bulan ini maka kami akan infaqkan mahar dengan potongan tersebut.

Antara barangan yang akan diberikan tawaran ialah kemuning kuning jadi batu, aked lumut Iran, teras penunduk hitam jadi batu, teras kekabu jadi batu, batu Tok Wali, batu leleh, batu gunung ledang, teras gemunggal jadi batu, aked biru Yaman dan banyak lagi. Paparan bagi setiap barangan akan diberikan dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Friday, July 22, 2011

:: Koleksi Cincin Terbaru dan Rare :: Cincin Fosil Kokka Mekah


Cincin perak pahat bunga jawa kuku w digabungkan dengan permata fosil kokka Mekah. Cincin bersaiz 22 dan saiz permata 20mm x 15mm x 8mm.

Thursday, July 21, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Kiub Mani Gajah Jadi Batu


Atas permintaan ramai akhirnya kami terpaksa mengorbankan mani gajah jadi batu (fosil) kami yang beratnya 1kg dipotong dalam bentuk kiub. Permata tidak dapat kami siapkan kerana bahagian yang berminyak dan melekit telah kehabisan dimaharkan sebelum ini. Ini merupakan bahagian dalam yang berwarna putih dan berbiji (mani) seolah santan kelapa. Akan dimaharkan dengan mahar teramat MAMPU MILIK DAN MAMPU BAYAR (bukan RM20k untuk 1 gram). Mahar bergantung kepada berat gram yang akan ditimbang.

Bagi peminat yang gemar bertanyakan akan keasliannya, sila rujuk posting terdahulu kerana jawapan dengan SMS amat lambat dan terhad.
** Terima kasih En Ali, KL **
** Terima kasih En Sukri, Cameron Highland **



Wednesday, July 20, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Pangkal Teras Kekabu Jadi Batu


Sebelum ini pernah dipaparkan bahagian batang @ tengah pokok kekabu jadi batu. Terbaru yang kami perolehi dengan izin ALLAH swt adalah pangkal pokok berkenaan. SubhanaALLAH.

Tuesday, July 19, 2011

:: Teras Gemunggal :: Telah ditebus


3 jenis teras gemunggal: Dari kiri - teras gemunggal hitam jadi batu, teras gemunggal hutan tenggelam air dan pokok gemunggal jadi batu.

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Perbandingan Fosil Kokka Mekah @ Kokka Mekah jadi batu


Gambar diatas merupakan perbandingan diantara fosil kokka Mekah dengan kayu kokka yang dijual ramai diMekah (berasal daripada sejenis buah kelapa di Afrika).

Friday, July 15, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Fosil Kokka Mekah @ Kokka Mekah jadi batu


Koleksi terkini yang diperolehi dengan izin ALLAH swt adalah fosil kokka Mekah @ kokka jadi batu. Diperolehi secara istimewa dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya peminat merasakan sangsi akan keaslian barangan ini kami hanya boleh bersumpah dengan nama ALLAH, Rasulullah dan Al Quran bagi membuktikan kebenaran dan keaslian batu ini. Bagaimanapun terpulang kepada peminat dan kami hanyalah pemilik sementara barangan ini untuk dikongsi bersama makhlukNya yang lain. Batu ini dalam proses pembikinan batu permata.

Thursday, July 14, 2011

:: Koleksi Cincin terbaru :: Cincin Besi Leleh Jalur


Merupakan koleksi cincin terbaru dengan ikatan tangkai kendi kuku crown. Digabungkan dengan permata besi leleh jalur yang telah dipasak dengan tahi bintang. Saiz cincin adalah 17 manakala saiz permata adalah 22mm x 17mm x 6mm.

Tuesday, July 12, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Batang Kemuning Kuning Jadi Batu


Alhamdulillah syukur kepada ALLAH swt kerana dengan limpah dan kurniaNya kami telah memperolehi sesuatu yang tidak dijangka oleh kami sendiri. Dengan izinNya kami berhasil mendapatkan sebatang pokok kemuning kuning jadi batu yang berusia lebih ratusan tahun disebuah tempat di Malaysia. Paparan diatas adalah sebahagian daripada sebatang pokok teras kemuning kuning yang telah menjadi batu (fosil).

Berat bongkah teras kemuning kuning jadi batu ini lebih kurang 80kg dengan ketinggian lebih sedikit daripada botol air mineral 1.5 liter. Teras kemuning kuning ini mempunyai sedikit kelainan dimana ianya teramat baik bagi tujuan menarik bisa selain berfungsi sebagai batu penawar. Menurut pakar canai permata kami bongkah ini boleh menghasilkan 1 juta permata. InsyaAllah kami akan berkongsi dengan peminat dengan tawaran tidak masuk akal bagi kebiasaan barangan jadi batu yang kami tawarkan dalam masa terdekat.

Monday, July 11, 2011

:: Koleksi Terbaru dan Rare :: Akan Datang


Koleksi terbaru dan sukar diperolehi dalam masa terdekat. Lebih daripada 7 jenis koleksi jadi batu @ fosil (amat tua umurnya) yang terkini diizinkan oleh ALLAH swt dan untuk dimaharkan kepada semua dengan "MAHAR MAMPU MILIK DAN MAMPU BAYAR". Kelebihan yang diberikan oleh ALLAH swt kepada kami hanyalah untuk dikongsi bersama agar semua makhluk itu tahu dan memuji akan HAQNYA. Insya Allah.

Friday, July 8, 2011

Permata Sulur Bertam Corak Klasik RM50 sebiji


Permata ini adalah sulur bertam yang diperolehi daripada sebuah hutan di Perak. Ianya dicanai dalam bentuk klasik dimana mempunyai juga bahagian kulit tepi dan bahagian tengah sulur bertam. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

:: Koleksi Permata Terbaru :: Permata Batu Cindai Rare


Permata batu cindai ini terdiri dari jenis rare dimana ianya berubah warna sekiranya dipakai dengan ikatan cincin bersentuh kulit. Warna asal yang dilihat menunjukkan jarang dan boleh memenuhi dengan warna cindai merah terang dan kehadiran warna cindai kuning dalam keadaan tertentu. permata bersaiz kecil sedikit daripada syiling 50 sen.

Wednesday, July 6, 2011

:: Koleksi Permata Baru :: Batu Aked Lumut


Permata aked lumut terbaru. Bersaiz syiling 20 sen. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.