Friday, March 30, 2012

:: Koleksi Terbaru Dan Rare :: Tanduk Rusa Bakut Jadi Batu


Koleksi terbaru kami adalah tanduk rusa bakut yang diperolehi dengan izin ALLAH swt. Mengikut pengajian daripada guru kami rusa bakut merupakan seekor rusa terpilih yang diberikan kelebihan oleh ALLAH swt dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri sebagai contoh boleh melarikan diri tanpa dikesan, tidak lut senjata dan kelebihan yang lain. Tanduknya pula tidak tajam dan terbantut (bakut @ berik) tidak sebagaiman bercabang sebagaimana rusa yang lain. Wallahualam.

Fosil ini merupakan sebahagian yang diperolehi di mana bahagian tepi tanduk sudah patah dan bahagian ini merupakan bahagian bawah yang rapat dengan kepala sebagaimana gambaran perbezaan dengan yang biasa (photo kecil). Tanduk ini di dalam proses dijadikan permata cincin untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Thursday, March 29, 2012

:: Koleksi Permata Terbaru :: Permata Ibol Jadi Batu


Permata yang dipaparkan diatas merupakan batang ibol yang menjadi batu dengan izin ALLAH swt. Permata bersaiz hampir duit syiling 20 sen.

Wednesday, March 28, 2012

:: Koleksi Permata Terbaru :: Permata Batu Petir 7 Jenis (Loket)


Batu petir 7 jenis berlainan batu dicanai membentuk permata bagi loket dengan bentuk air mata. Boleh diikat perak sekiranya berminat.

Tuesday, March 27, 2012

:: Koleksi Terbaru Dan Rare :: Tulang Unta Jadi Batu


Koleksi terbaru yang diperolehi adalah tulang unta jadi batu. Antara khasiat yang diketahui ialah digunakan sebagai batu penawar penyakit terutamanya untuk kanak-kanak (bayi).

Monday, March 26, 2012

:: Koleksi Permata Terbaru :: Permata Aked Darah Burung Merpati (Telah ditebus)

Saiz standard bagi batu ini adalah sebesar syiling 20 sen
** Terima kasih Hamba ALLAH, Singapura **
** Terima kasih Tn Hj Othman, Kuala Lumpur **

:: Koleksi Permata Terbaru :: Permata Fosil Gemunggal


Permata fosil gemunggal ini merupakan daripada bahagian batang pokok dan bukan daripada teras. Mempunyai warna coklat namun rona bintik asas teras gemunggal masih ada.

Sunday, March 25, 2012

Friday, March 23, 2012

:: Koleksi Terbaru Dan Rare :: Keindahan Permata Aked Darah Burung Merpati @ Pigeon Blood Agate (Telah ditebus)


Disebut di dalam kitab lama bahawa batu ini berasal daripada darah pejuang syahid yang menegakkan agama ALLAH swt di muka bumi ini dan atas keberkatan dan karomah yang diberikan oleh ALLAH swt darah menitis yang jatuh ke dalam bumi dengan izin ALLAH swt membentuk batu yang dinamakan aked merah darah burung merpati.

Dinamakan sedemikian kerana warna merahnya seakan warna darah burung merpati. Mempunyai banyak khasiat dengan izin ALLAH swt atas keberkatan syahid dan barokah pejuang syahid yang diredhai ALLAH swt. Wallahualam.

** Terima kasih En Jalaluddin, Shah Alam **

:: Koleksi Terbaru Dan Rare :: Permata Aked Darah Burung Merpati @ Pigeon Blood Agate (Telah ditebus)s


Subhanallah dengan keizinanNya dan limpahNya segala khazanah alam di berikan kepada makluk ciptaanNya bagi mereka berfikir. Koleksi terbaru yang kami perolehi adalah permata aked darah burung merpati atau dikenali sebagai pigeon blood agate yang merupakan batu yang sukar diperolehi.

Batu ini diperolehi dalam bentuk ketulan dan dicanai dan memperolehi beberapa biji permata. Jika dilihat ianya hampir sama dengan batu delima dan pertama kali setelah siap dicanai ramai dikalangan sahabat kami mengatakannya ia batu delima dan batu masak. Ada juga yang mengatakan ianya batu buah marjan yang banyak dijual di kedai permata. Jaminan kami keaslian batu ini hanya dengan nama Allah swt, Rasulullah saw dan Al Quran. InsyaAllah.
** Terima kasih En Jalaluddin, Shah Alam **

Thursday, March 22, 2012

:: Untuk Perhatian Tuan Amiril, Ipoh :; (Telah ditebus)


Untuk perhatian Tuan Amiril, Ipoh Tasbih campuran 11 jenis teras dan kayu iaitu buluh tumpat, kemuning kuning, kemuning tahi air ayam, renggas, kayu tas, teras kemuning hitam, teras gemunggal pulau, teras star, kemuning emas kayu sarsi dan damar minyak.

:: Koleksi Permata Baru :: Permata Batu Petir 7 Jenis (Berlainan batu)


Permata batu petir berlainan jenis dibuat daripada 7 jenis batu petir asal. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Wednesday, March 21, 2012

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Kuala Lumpur :: (Telah ditebus)



Untuk perhatian Hamba Allah KL Loket perak lilit berlian sebagaimana yang diminta. Siap untuk diposkan.

Gelang Teras Campur (4 Jenis)


Gelang campuran 4 jenis teras iaitu teras gemunggal pulau, teras kemuning hitam, kayu damar minyak dan teras bui.

Tuesday, March 20, 2012

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Kuala Lumpur :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian Hamba Allah, KL Cincin perak lilit berlian swiss dipadankan dengan permata milik sendiri.

Monday, March 19, 2012

:: Untuk Perhatian Hamba Allah, Pandan Indah :: (Telah ditebus)


Untuk perhatian Hamba ALLAH, Pandan Indah Rantai perai bentuk padi sebagaimana yang ditempah.

Thursday, March 15, 2012

:: Untuk Perhatian En Firdaus :: GelangTeras Gemunggal Pulau (Telah ditebus)


Untuk perhatian En Firdaus, Sabah

Gelang teras gemunggal pulau dengan biji bersaiz medium.

Tuesday, March 13, 2012

:: Untuk Perhatian En Firdaus :: Tasbih Teras Gemunggal Pulau (telah ditebus)


Untuk perhatian En Firdaus, Sabah

Tasbih teras gemunggal pulau 99 biji di campur dengan imam dan bilal daripada damar minyak.