Sunday, April 26, 2015

:: Tempahan tasbih :: Tasbih 33 biji 5 jenis teras




Tempahan yang telah disiapkan oleh tukang kami dari Tumpat dan Pasir Putih. Berminat boleh membuat tempahan dengan kami. Antara gabungan teras adalah teras kemuning hitam, kemuning kuning, damar minyak, teras gemunggal dan ular cintamani. Bentuk tasbih adalah bentuk kancing baju.

Friday, April 24, 2015

:: Untuk Perhatian Hamba Allah :: Telah ditebus




Untuk Perhatian Hamba Allah
Cincin Lam Alif dgn permata kayu ikhtiar saka berpasak

Monday, April 20, 2015

:: HATI-HATI :: Barangan Tipu

Dikatakan buntat kelapa

Buluh bertemu ruas

Geliga embun


Hati-hati dengan segala penjualan geliga dan barangan koleksi mistik yang tidak asli. Kalau harga murah kena tipu ok la juga...ni dah lah mahal mencekik darah tapi semunya barang proses. Kaya di dunia tiada makna sekiranya susah di akhirat nanti.

Saturday, April 11, 2015

:: Koleksi Istimewa :: Mata Lembing Daun Sireh Purba Gunung Reng, Kelantan



Mata lembing ini berusia lebih 500 tahun dan diperolehi secara istimewa daripada Gunung Reng, Kelantan. Dikenali sebagai mata lembing daun sireh. Saiz mata lembing ini adalah sebagaimana yang dipaparkan. Diperolehi di dalam batu dan setelah dipecahkan batu tersebut maka mata lembing ini diperolehi.  Masih belum dicuci sepenuhnya. Mata lembing ini adalah milik Puteri Saadong dan digunakan dalam peperangan.

Menurut guru kami mata lembing ini tersohor dengan kegunaan untuk tempur dan menjatuhkan musuh dan sekiranya tidak dipakai ianya hendaklah dimasukkan ke dalam batu (mungkin bagi tujuan tapaan - Wallahualam). Jika berminat boleh hubungi pihak kami sebagaimana no yang telah dipaparkan di dalam blog ini. Pembeli akan diberikan dengan siap sarung bagi menyimpan mata lembing ini.