Wednesday, December 16, 2009

Cincin Batu Leleh Api (Koleksi batu leleh paling rare) (Telah ditebus)



Batu leleh mempunyai pelbagai jenis dan bentuk dan dikatakan mempunyai lebih daripada 20 jenis yang mempunyai bentuknya yang tersendiri. Yang paling sukar diperolehi ialah batu leleh belang dan batu leleh api. Batu leleh belang pernah dipaparkan diblog ini manakala batu leleh api inilah kali yang pertama.

Dinamakan batu leleh api kerana apabila dipancarkan kepada cahaya terang permukaan batu leleh ini akan mengeluarkan bintik-bintik merah yang asli. Amat sukar diperolehi dan dikatakan sekiranya satu bukit itu mempunyai batu leleh hanya saiz segenggam tangan sahaja yang dapat diperolehi batu leleh api. Bagi tujuan tersebut pencari batu leleh perlulah memerhatikan tindakbalas batu leleh dengan cahaya matahari bagi mengetahuinya. Dikatakan dalam banyak-banyak batu leleh, batu leleh api adalah dalam tingkat yang teratas sekali dan mempunyai khasiat yang teramat tinggi berbanding batu leleh lain.

Untuk paparan permata yang telah diikat cincin ini, ekoran penggunaan kamera handphone bintik-bintik merah tidak dapat diambil secara jelas. Namun pemilik bolehlah melihatnya dengan sendiri apabila mendedahkan batu leleh api ini kepada cahaya matahari. Dicanai dalam bentuk asal bagi memudahkan pemilik melihatnya.
** Terima kasih Tn Hj Derius, Brunei **

No comments:

Post a Comment