Wednesday, September 30, 2009

Permata Ular Cinta Mani Laut

Permata ini diperolehi daripada bahagian perdu bawah akar ular cintamani laut dimana ianya bercantum dengan karang. Amat menarik untuk dijadikan cincin. Sesiapa berminat untuk memiliki permata ini bolehlah SMS kepada saya.

Tuesday, September 29, 2009

Permata Teras Gemunggal Pulau Berpasak


Ini adalah Teras Gemunggal Pulau gred A yang berketumpatan tinggi dan tenggelam didalam air. Permata ini bersaiz 2cm panjang X 1.4cm lebar dan juga telah dipasak dengan besi kursani tahap 1, besi leleh dan batu leleh bagi menghasilkan khasiat yang teramat tinggi (aura tambahan). Hanya pemakai yang akan mengetahui khasiatnya.

Sila SMS sekiranya berminat.

Cincin dan Permata Teras Beluru @ Sintok


Koleksi terbaru untuk peminat blog kayudanteras ialah cincin perak bertatahkan permata teras beluru @ sintok dan sebiji permata teras beluru @ sintok. Cincin adalah bersaiz 18 manakala permata teras beluru @ sintok bersaiz 2.3cm panjang dan 1.7cm lebar.

Sila SMS sekiranya berminat.

Cincin Permata Marjan Asli


Cincin perak dengan bunga pahat jawa dan bertatahkan permata marjan asli untuk dimaharkan. Cincin bersaiz 18. Sila SMS sekiranya berminat.

Tempahan Loket Teras Gemunggal (Telah ditebus)

Tempahan loket teras gemunggal untuk kaum hawa. Untuk perhatian Saudara Sabri.

Monday, September 28, 2009

Teras Beluru @ Sintok (Akar)



Pokok Beluru atau lebih dikenali di utara Malaysia sebagai pokok sintok atau nama saintifiknya Entada Spiralisis jarang diketahui kegunaannya oleh masyarakat kini. Hanya kebanyakan masyarakat kampung sahaja yang menggunakan dan mengetahui khasiatnya. Teras beluru @ sintuk amat susah untuk diperolehi dan amat dicari oleh pengamal perubatan alternatif sebagai medium untuk melawan kejahatan jin, syaithan dan iblis. Antara khasiat teras beluru @ sintok ini adalah:

  • Untuk perubatan – mujarab bertindak sebagai ubat cacing bagi kanak-kanak, boleh merawat berak berdarah, merawat penyakit kelamin siflis, merawat gigitan binatang berbisa, salah satu ramuan untuk pilis (tampal atas kepala orang bersalin) bagi mengelakkan sakit kepala dan gila meroyan
  • Untuk menghindarkan dan penghalang daripada gangguan makhluk halus samada daripada jin, syaithan dan iblis (InsyaAllah)
  • Untuk mengelakkan daripada khianat dan dengki orang melalui sihir, santau dan sebagainya
  • Boleh menguatkan kulit daripada sebarang senjata tajam.
  • Diletakkan didalam mandian bersama limau nipis untuk mengembalikan semangat badan dan memulihkan kecergasan badan.

InsyaALLAH dalam masa terdekat akan dijadikan permata cincin bagi tujuan pemaharan untuk peminat blog kayudanteras. Wallahu'alam

Friday, September 25, 2009

Cincin Permata Batu Gunung Ledang (Telah ditebus)



Cincin perak bertatahkan permata batu Gunung Ledang ini merupakan koleksi barangan mistik yang terbaru sekali. Permata batu Gunung Ledang ini teramatlah kerasnya dan didalam batu ini jika dilihat seperti tompokan karang didalam laut. Diperolehi secara istimewa untuk di maharkan kepada peminat blog kayudanteras.

Cincin perak berukir nenas dan diletakkan berlian swiss ini adalah bersaiz 17/18 dan dibuat/ditempah daripada tukang emas yang mahir. Sila SMS sekiranya berminat dan stok adalah terhad. Juga boleh ditempah dalam bentuk permata.
** Terima kasih En Nor Azizul, Mutiara Damansara, Selangor **

Wednesday, September 23, 2009

Koleksi Terbaru Teras Gemunggal Jadi Batu


Permintaan terhadap teras gemunggal jadi batu pada bulan ramadhan dahulu amat menggalakkan. Sampai habis koleksi yang saya miliki. Alhamdulillah.

Ramai yang menghantar SMS kepada saya bertanyakan khasiat teras gemunggal jadi batu ini dan sudilah sekiranya pelawat dan peminat blog kayudanteras melayari dan merujuk kepada posting yang terdahulu....tak larat nak membalas SMS yang panjang..

Untuk itu saya ini memaparkan koleksi teras gemunggal jadi batu ini untuk perhatian peminat blog ini. Dan seperti biasa sekiranya berminat sila SMS untuk maharnya.

Nota:
Saiz A (1.8cm x 1.2cm), B (2cm x 1cm), C (2.3cm x 1.8cm) dan D (2.5cm x 1.7cm). Mahar adalah mengikut saiz batu permata.

Tulang Harimau Jadi Batu - Special Cutting


Tulang harimau jadi batu ini merupakan "special cutting" dimana menghasilkan dua elemen asal tulang harimau iaitu warna putih ditengah dan warna hitam ditepi. Jika dipandang menampakkan perbezaan yang pelik diantara keduanya (warna putih kelihatan seperti sebuah pulau terasing).

Bersaiz 1.8cm panjang x 1.4cm lebar. Special cutting ini terhad untuk sebiji ini sahaja. Sesiapa berminat sila SMS untuk maharnya.

Sunday, September 20, 2009

Tempahan Cincin Perak En Fairuss ~ (Telah ditebus)


Cincin perak bertatahkan permata gemunggal jadi batu yang ditempah En Fairuss dari Johor Bharu.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir dan Bathin


Nota:

Blog ini tidak akan dikemaskini sehingga Hari Raya Aidilfitri ke 3. InsyaALLAH akan kembali seperti biasa selepas dari tarikh itu.

Thursday, September 17, 2009

Akar Bahar Vs Ular Cintamani

Posting ini sekadar untuk berkongsi pengetahuan dengan pengunjung blog kayudanteras. Untuk pengetahuan semua akar bahar atau di Indonesia dikenali sebagai kayu uli-uli sebenarnya adalah sama dengan kayu ular cintamani. Kenapa sama? Betul ke?


Akar bahar yang asli sebenarnya adalah pokok yang hidup dilautan dan merupakan daripada jenis pokok karang yang hidup didasar laut. Terdapat beberapa warna seperti hitam, putih dan merah. Warna putih amat jarang ditemui. Warna hijau juga terdapat tetapi tidak dikepulauan dan lautan di Malaysia (hanya di Sulawesi dan New Zealand) Pokok yang asli mempunyai sisik diluarnya dan justeru itu dinamakan Ular Cintamani. Sekiranya sisik itu dibuang dan menjadi seperti kayu maka para penjual barangan mistik akan memanggilnya Akar Bahar (biasa dibuat gelang).

Kenapa jadi begitu? Biasa la..untuk mengklasifikasi barangan dan harga sudah tentu akan berlainan.. Secara ringkasnya akar bahar dan ular cintamani adalah daripada pokok yang sama. Kepada penjual barangan mistik diluar sana..jangan marah....sekadar berkongsi ilmu ALLAH swt.

Semoga bermanfaat ilmu ini. Wassalam

Tuesday, September 15, 2009

Kain Cindai Purbakala


Untuk dimaharkan kain cindai alam ghaib yang telah dipotong kecil bersaiz lebih kurang 1 in x 0.5 in. Kain ini berwarna merah darah ikan disulami dengan benang keemasan. Cindai ini digunakan oleh pendekar/pahlawan dahulu kala dan berusia melebihi 200 tahun. Amat sesuai bagi pemakaian diri dan jika dikombinasikan dengan mani gajah boleh memberikan khasiat pengasihan yang teramat tinggi dengan izin ALLAH swt.

Sila SMS sekiranya berminat dan stok adalah terhad.

Monday, September 14, 2009

Cincin Batu Petir Api dan Air (Cantum) - Edisi Khas

Sebelum ini ramai peminat blog kayudanteras bertanyakan akan permata cantuman ini. Batu petir api dan air telah dicantum menjadi satu dan Subhanallah hasil dari cantuman ini memberikan sesuatu yang teramat bermanafaat kepada sesiapa yang memerlukan akan khasiat batu petir bagi tujuan perubatan.

Cincin perak ini bersaiz 19 dan bercorak segiempat dengan permata 2 warna yang amat menarik perhatian. Untuk dimaharkan dan sesiapa yang berminat sila SMS bagi tujuan mahar.

Wassalam.

Cincin Batu Geliga Ubi Kayu (Telah Ditebus)



Untuk dimaharkan cincin perak batu geliga ubi kayu yang asli. Sila SMS sekiranya berminat (cincin ini terhad untuk 1 unit sahaja ~ buat masa ini)

Sunday, September 13, 2009

Permata Pokok Beko Jadi Batu


Agak pelik tetapi inilah ciptaan ALLAH swt yang menunjukkan akan KebesaranNya. Jarang sekali kita dengar pokok beko menjadi batu sedangkan yang biasa kita dengar buah beko dijadikan ulam didalam masakan ataupun makanan harian.

Permata ini amat menarik sekali dan jika diperhatikan kelihatan seperti batu fairuz dengan warnanya yang amat menarik perhatian. Bersaiz 2cm panjang dan 1.7cm lebar. Saya hanya memperolehi stok 3 biji daripada sahabat dari Pahang. Sila SMS sekiranya berminat untuk memiliki permata pokok beko jadi batu ini.

Subhanallah...Maha Suci ALLAH diatas KebesaranNya.

Friday, September 11, 2009

Soalan : Asli Tak Mani Gajah Jadi Batu Yang Ditawarkan



Ramai peminat blog ini SMS kepada saya bertanyakan betul ke Mani Gajah jadi batu yang ditawarkan saya adalah asli.. he..he..saya tak menyalahkan peminat blog kerana dewasa ini ramai yang telah terkena tipu membeli barangan mani gajah tiruan maupun menipu dengan menjual entah batu apa yang difikirkan serupa dengan mani gajah asli.

Saya mempunyai 2 jenis mani gajah asli jadi batu yang diperolehi daripada hutan Malaysia (Pahang/Kelantan)..ni bukan dari indon tau... satu dalam bentuk seakan kristal dan mempunyai berat 30kg (photo 2 dan 3) dan satu lagi dalam bentuk seketul bewarna putih seakan santan kelapa bergaram (photo 1) dan mempunyai berat 1kg. Sememang amat susah untuk diperolehi tetapi rezeki tidak kemana sekiranya ALLAH swt mempermudahkan kepada hambaNya.

Tatapilah photo ini dan sekiranya masih tidak percaya.... itu adalah jawapan hati anda... cuma ingin saya katakan kepada peminat blog saya...SAYA HANYA MEMAHARKAN BARANGAN YANG ASLI SAHAJA...fikir-fikirlah...tepuk dada tanya matahati sendiri.... Subhanallah..

Istimewa ~ Permata Batu Litar/Petir 7 Jenis


Batu litar/petir sebagaimana yang diketahui umum terbahagi kepada 2 jenis iaitu batu litar/petir api dan batu litar/petir air. Didalam batu litar/petir air dan api pula terdiri pelbagai bentuk dan warna menunjukkan kebesaran ciptaan ALLAH swt.

Permata batu litar/petir ini diperolehi dari pelbagai jenis dan kategori batu litar/petir yang asli dan daripada kepelbagaian itu 7 jenis telah dipilih untuk dihasilkan permata batu litar/petir 7 lapis. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dan stok buat masa kini terhad kepada 1 unit sahaja. Sila SMS bagi mengetahui akan maharnya.

Thursday, September 10, 2009

Promosi ~ Mani Gajah Jadi Batu Juzuk 2

Para peminat blog yang berurusniaga atau menjalankan perniagaan yang melibatkan pembuatan produk minyak penyeri, pelaris dan pemikat dan ingin mendapatkan mani gajah jadi batu asli ini bolehlah berhubung dengan saya secara langsung. Harga yang ditawarkan untuk para peniaga amat istimewa.

Sila SMS bagi mengetahuinya secara lengkap.

Promosi ~ Mani Gajah Jadi Batu Juzuk 1 (Telah ditebus)

Diatas sokongan peminat blog kayudanteras saya dengan ini ingin memberikan tawaran harga durian runtuh dan semestinya tidak pernah ditawarkan oleh pemilik blog yang lain. Barangan yang ingin ditawarkan adalah mani gajah menjadi batu.

Mani gajah ini dipotong secara segiempat berkiub dan peminat blog bolehlah mencanainya sendiri dikedai. Mani gajah ini adalah asli dan harga sebenarnya untuk saiz yang ditawarkan adalah RM600. Tetapi untuk tawaran durian runtuh ini saya dengan ini ingin menawarkan mahar sebanyak RM300 untuk sebentuk kiub. Bagaimanapun stok adalah terhad sehingga kehabisan (tiada ulangan harga seperti ini dimasa hadapan). Sila SMS untuk tempahan.

Tasbih 33 biji Teras Gemunggal Pulau Gred A (Telah ditebus)





Buat pertama kali dan sempena Ramadhan Al Mubarak saya menawarkan tasbih teras gemunggal pulau gred A untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Teras kayu yang digunakan untuk membuat tasbih ini adalah daripada bahagian terbawah pokok gemunggal pulau iaitu akarnya.

Dibuat oleh pakar tasbih daripada Kelantan menggunakan bentuk buah kana yang bersaiz L (2.5cm). Mempunyai 1 kepala imam dan 2 bilal. Disamping khasiat teras gemunggal penggunaan tasbih ini untuk berzikir secara tidak langsung dapat menambahkan khasiat yang sedia ada. Disamping itu apa yang menarik tentang biji tasbih ini adalah kebanyakannya menunjukkan corak kalimah pada beberapa biji ahlinya jika dilihat secara dekat. Salah satu dari bilal telah dipasak dengan besi kursani tahap 1, besi leleh dan batu leleh bagi memantapkan khasiatnya.

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Sila SMS untuk mengetahui maharnya. Stok buat masa ini terhad kepada 1 unit sahaja. Jadi siapa cepat dia dapat sebelum Ramadhan berakhir.

Stok Teras Gemunggal Hutan Gred A

Ini adalah sebahagian daripada stok teras gemunggal hutan yang berasal dari Pahang. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Cincin Permata Larak Salah


Ini adalah koleksi peribadi cincin perak permata larak salah. Bukan untuk dimaharkan cuma untuk dikongsi bersama akan keunikannya.


Wednesday, September 9, 2009

Stok Teras Gemunggal Pulau Gred A


Ini adalah sebahagian daripada stok teras gemunggal/kelor pulau gred A dan juga untuk dimaharkan. Semuanya tenggelam didalam air.

Stok Teras Tembuni Hitam Hutan Gred A


Ini adalah sebahagian daripada stok teras tembuni hitam Gunung Jerai gred A untuk dimaharkan. Semuanya tenggelam didalam air.

Permata Batu Bukit Pelagat



Permata ini diperolehi daripada Bukit Pelagat di Terengganu. Mempunyai keunikan sendiri dimana didalamnya mempunyai tompokan seakan tumbuhan dan lumut. Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM170 termasuk belanja pos.

Permata Kayu Luz


Kayu luz adalah daripada rumpun kayu tas dan mempunyai khasiat yang amat banyak. Untuk khasiatnya peminat blog ini bolehlah membuat sedikit rujukan didalam internet bagi mengetahuinya. Permata ini dibuat menggunakan kayu luz jantan dan betina.

Salam Kepada Pengunjung

Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas perhatian pengunjung dan peminat kayudanteras.blogspot.com. Keduanya saya ingin memohon maaf kerana dalam masa dua tiga hari ini saya terpaksa menghadkan posting terbaru saya maklumlah terpaksa bersuluk dan bersusah payah bagi mendapatkan barangan mistik yang terbaik untuk peminat semua.

Barangan terbaru adalah yang terbaik untuk anda semua dan saya akan memulakan posting dalam masa terdekat bagi memenuhi impian peminat blog ini dan justeru itu juga memberikan harga mampu milik untuk semua yang semestinya tidak dapat ditawarkan oleh penjual barangan mistik yang lain.

Barangan terbaru ini akan dikeluarkan secara berperingkat dan insyaALLAH untuk peminat semua. Jangan lupa melabuhkan diri anda di blog ini sepanjang masa.

Wassalam.

Monday, September 7, 2009

Tempahan Abg Mie, Besut Siap



Untuk perhatian Abang Mie dari Besut. Tempahan istimewa untuk 3 barangan berkelas tinggi dengan harga diskaun ramadhan (Tulang harimau jadi batu bersaiz SL, Besi kursani Tahap 1 dan Mani Gajah jadi batu). Walaupun boleh dikatakan tinggi jua maharnya tetapi semuanya adalah asli dan tidak mungkin akan diperolehi dari pemilik barangan mistik lain dengan harga sedemikian. Lagi pun bukan semua pemilik barangan mistik mempunyai barangan seperti yang saya tawarkan.

Terima kasih banyokkk.. Subhanallah Maha Suci ALLAH atas kurniaanNYA.



Sunday, September 6, 2009

Tempahan En Derius, Brunei Siap




Untuk perhatian En Derius, Brunei. Sebagaimana yang ditempah ibol merah dan bujang kalak dipasang dengan cincin perak berbungakan pahat jawa. Dengan canaian yang bertaraf kelas tinggi kedua-dua permata mengeluarkan gewe @ bintang..istilah untuk batu permata.... padahal ini adalah teras kayu.

Harap berpuashati dan sekiranya sedia untuk diambil sila maklumkan kepada saya sekadar segera.

Terima kasih daun keladi.