KEPADA PEMILIK BLOG YANG MELIHAT PANDUAN SAYA SILA BACA NOTA KAKI YANG DITULIS DIBAWAH AGAR DAPAT MENJAGA KEHARMONIAN BERBLOG SESAMA KITA.
Ramai yang SMS saya bertanyakan bagaimana untuk mengetahui samada sesuatu geliga yang dijual itu asli atau tidak. Maklumlah ramai yang menjual barangan ini mengambil kesempatan keatas pembeli samada menjual barang yang tidak asli ataupun memberikan barangan lain yang sememangnya bukan geliga. Tetapi apabila diceritakan akan keajaiban mendapatkan barangan itu maka secara langsung akan menambat hati pembeli untuk memilikinya.
Saya merujuk kepada pakar dalam menentukan keaslian sesuatu geliga dan beliau mengatakan cara paling senang untuk mengetahuinya adalah; sebagai contoh sekiranya barang itu geliga lipan, maka didalam geliga itu kebiasaannya (bukan semua) terbentuk seakan-akan anak lipan didalamnya sama juga dengan ular, labah-labah dan sebagainya. Jika terdapat seakan buih atau gelembung (lebih daripada 1) didalamnya maka itu mengesahkan ianya geliga masak...(kaca atau plastik ler..dimasak untuk membentuk rupa geliga). Selain itu boleh juga diuji dengan minyak petrol, rendamkan geliga itu dalam minyak petrol dan tengok tindakbalas yang berlaku. Sekiranya tiada tindak balas berlaku (seperti tetiba menggerutu atau terhakis dsb), maka boleh dikatakan ianya asli (ini pengesahan secara pemerhatian sahaja).
Cara keduanya (yang paling CONFIRM) ialah dengan menguji geliga itu dengan induknya, sebagai contoh jika geliga lipan maka ujilah dengan sebarang induk lipan (bermain dengannya). Sekiranya lipan itu tidak menyengat maka secara langsung boleh dikatakan ianya adalah asli. Tetapi berani cuba ke???.
Rata-rata geliga yang dibeli merupakan barangan lain yang bertujuan untuk menambah minat pembeli. Sebagai contoh yang saya tunjukkan disini ialah penggunaan gel silica yang dimasukkan dalam botol ubat, kasut, kotak dan sebagainya dari kilang bagi mengelakkan barangan daripada basah. Ramai yang tidak perasan akan hal ini sebab tidak pernah orang ambil peduli akan kehadiran gel silica ini. Kalau ada dirumah anda, cuba potong dan lihat dengan jelas..tapi ingat.. terus dibuang kerana takut anak-anak kecil memakannya..maklumlah racun.
Jadi sebagai kesimpulan, carilah orang yang benar-benar tahu dan arif bagi menguji kesahihan barangan geliga ini samada secara ilmu bathin ataupun secara pemerhatian melalui pengalaman. Jangan diri anda hanya mempercayai penerangan penjual batu geliga sahaja. Janganlah jadikan diri anda diselubungi MISTERI....
Sekadar berkongsi ilmu dan panduan yang diberikan oleh orang-orang lama yang arif dan bukannya bertujuan menghentam penjual barangan PALSU. Wallahu.
Nota:
Ini hanyalah menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh peminat blog saya sendiri yang inginkan kepastian dan huraian yang saya berikan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana blog lain yang memaharkan barangan ini. Jadi pemilik blog yang memaharkan geliga lipan janganlah terasa..saya hanya sekadar berkongsi ilmu ALLAH swt yang diperolehi sahaja...jangan cepat melatah.. MasyaALLAH..