Showing posts with label buluh tumpat. Show all posts
Showing posts with label buluh tumpat. Show all posts

Wednesday, March 5, 2014

:: Koleksi Rare dan Terbaik :: Fosil Buluh Tumpat Corak batik



Fosil ini dinamakan corak batik kerana corak warna yang diperolehi daripada fosil buluh tumpat tersebut. Urat buluh kelihatan jelas dan merupakan salah satu daripada 100 jenis yang pihak kami perolehi. Fosil ini dalam proses dijadikan permata cincin.

Thursday, February 13, 2014

:: Koleksi Teramat Rare :: Permata Fosil Buluh Israel

Permata ini bersaiz 20 sen dan ke atas dan terhad untuk permata ini sahaja. Berminat sila SMS bagi tujuan pemeblian.

Tuesday, January 8, 2013

:: Tawaran Istimewa :: Permata Buluh Tumpat Jadi Batu

 
 
Permata buluh tumpat jadi batu ini bersaiz hampir 20 sen dan ditawarkan dengan harga istimewa. Tawaran istimewa mahar adalah RM100 sebiji (tidak termasuk pos RM6 untuk Semenanjung Malaysia).

Sunday, April 11, 2010

Cincin Gabungan 3 Jenis Pokok Jadi Batu Istimewa



Cincin perak tangkai kendi ini mengabungkan 3 jenis pokok menjadi batu iaitu buluh tumpat jadi batu, gemunggal jadi batu dan juga pokok kekabu jadi batu. Disatukan dalam satu permata bagi mendapat khasiat yang istimewa. Cincin ini bersaiz 17 den saiz permata 15mm x 12mm x 6mm.

Thursday, April 1, 2010

Kesahihan Buluh Tumpat Jadi Batu



Ramai yang tidak percaya akan koleksi terbaru yang saya perolehi. Banyak lagi barangan yang belum dipaparkan dan InsyaALLAH akan menyusul dalam masa terdekat. Bagi memenuhi permintaan peminat blog diatas dipaparkan perbezaan antara buluh tumpat kayu dan buluh tumpat jadi batu dalam bentuk pola bintik barangan tersebut. Perbezaan dalam bentuk ruas belum dapat dibuat kerana masih belum mendapat keizinan daripada pihak-pihak berwajib.

Gambar diatas adalah dalam bentuk kayu dan dibawah adalah dalam bentuk jadi batu. Pandai-pandailah membezakannya. Ramai yang bertanya pasal khasiat... carilah diblog yang lain dan semestinya barangan jadi batu mempunyai keistimewaan yang lebih tinggi. Wallahu'alam.

Koleksi Terkini :: Buluh Tumpat Jadi Batu


Sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini ini adalah koleksi terbaru yang diperolehi untuk tatapan peminat blog. Tidak ada yang mustahil sekiranya ALLAH swt berkata dengan "KUN FAYAKUN", maka jadilah apa-apa makhluk yang ingin diciptaNya.

Koleksi terkini adalah buluh tumpat jadi batu. Mungkin peminat blog tidak percaya.. jangan risau saya akan menunjukkan perbezaan buluh tumpat yang biasa @ kayu dan yang menjadi batu. Dan usah khuatir kerana barangan yang saya paparkan diruangan blog ini adalah asli dan yang penting adalah MAMPU MILIK dan MAMPU BAYAR.

Thursday, March 25, 2010

Buluh Tumpat


Buluh tumpat merupakan barangan mistik yang dicari ekoran khasiatnya yang dikatakan amat bagus bagi pakaian diri. Buluh ini biasanya mempunyai kepadatan dan penuh isi berbanding buluh biasa. Dengan teknologi terkini buluh ini juga telah dapat dikomersialkan menjadi perniagaan bagi menghasilkan barangan perabut.

Bagi peminat barangan mistik buluh tumpat ini dipercayai amat sesuai untuk pakaian diri selain dikatakan dapat menyedut bisa gigitan binatang berbisa. Ianya juga mempunyai hubung kait dalam melawan santau yang menggunakan miang buluh sebagai medium. Selain itu ianya juga dikatakan amat berguna dalam ikhtiar menghindarkan binatang berbisa menghampiri pemakai buluh tumpat ini. Bagi pemancing ikan yang melewati hutan belantara untuk memancing biasanya buluh tumpat akan dibawa bagi mengelakkan sebarang pengalaman bertemu binatang berbisa.

Subhanallah atas khasiat yang diciptakan oleh ALLAH swt. Namun begitu agak-agaknya wujudkah buluh tumpat menjadi batu bagi kegunaan makluk ALLAH swt dumuka bumi ini?

Wednesday, November 11, 2009

Tongkat Buluh Tumpat




Koleksi terbaru blog kayudanteras adalah tongkat buluh tumpat dengan ketinggian 3 kaki dalam bentuk asal lurus. Pemegang merupakan bahagian akar buluh tumpat tersebut. Dipotong daripada bahagian akar oleh pemilik asal (sahabat saya) yang meminta saya memaharkannya kepada sesiapa yang berminat. Tongkat ini boleh dijadikan sebagai pakaian diri disamping kegunaan kebiasaannya yang lain.