Tuesday, November 3, 2009

Teras Gemunggal Hutan Untuk Dimaharkan (Telah ditebus)



Koleksi teras gemunggal saya sudah merangkumi ketiga-tiga jenis yang utama dan yang dicari oleh peminat teras gemunggal @ kelo. Biasanya diantara ketiga-tiga ini teras gemunggal hutan akan kelihatan agak hitam sedikit berbanding yang lain disebabkan oleh tanah hutan yang sememangnya cukup baja @ subur.

Pun begitu ada juga dikalangan pencari teras gemunggal hitam ini akan merendam teras didalam lumpur selama 2-4 minggu bagi mengubah warna asal yang belum tua (hitam) kepada tua @ matang (hitam pekat). Inilah rahsia mereka bagi menyakinkan pembeli bahawa barangan mereka daripada pokok yang benar-benar tua.

Teras gemunggal hutan ini bersaiz 75mm panjang dan 30mm lebar untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat samada bagi mencukupkan koleksi jenis teras gemunggal ataupun sebagai pengumpul yang mementingkan khasiat. Sila SMS sekiranya berminat.
** Terima kasih hamba ALLAH, Kota Bharu, Kelantan **

No comments:

Post a Comment