Kursani emas merupakan salah satu spesis kursani selain daripada kursani perak dan putih. Ianya boleh dikatakan juga rare kerana bukan senang untuk diperolehi. Berwarna seperti emas dan menurut kitab tua ianya berkaitan dengan rezki.
Showing posts with label Batu Kursani. Show all posts
Showing posts with label Batu Kursani. Show all posts
Tuesday, May 6, 2014
Monday, June 24, 2013
:: Koleksi Terbaru :: Cincin Kursani Kuning
Cincin perak pahat bunga jawa kuku 6 buatan tukang tersohor Kelantan di Morat, Tumpat. Permata adalah batu kursani (tak lekat magnet) atau lebih dikenali ramai sebagai besi kursani. Cincin bersaiz 17.
Friday, November 30, 2012
:: Koleksi Istimewa :: Tasbih 99 biji Batu Kursani Solid
Koleksi terbaru yang baru disiapkan tukang adalah tasbih 99 biji daripada batu kursani (panggilan ramai besi kursani) digabungkan dengan teras kemuning hitam untuk imam dan bilal. Batu kursani ini adalah solid. Saiz biji tasbih ini adalah M dengan diameter setiap biji adalah 11mm. Tawaran mahar istimewa.
Thursday, September 8, 2011
:: Koleksi Permata Baru :: Batu Kursani Corak Purba (Telah ditebus)
Saturday, May 22, 2010
Batu Kursani Campur Besi Kursani
Monday, November 9, 2009
Batu Kursani Putih

Sebelum ini dipamerkan batu kursani bercampur dengan batu bukit berwarna putih. Manakala paparan terbaru ini adalah batu kursani putih yang amat sukar diperolehi (rare). Batu ini kesemua batunya putih dan berkilat. Diperolehi daripda sebuah bukit di Perak. Saiz yang diperolehi hanyalah segenggam jari. Akan dimaharkan dalam masa terdekat dalam bentuk permata cincin.
Wednesday, October 28, 2009
Wednesday, September 2, 2009
Besi Kursani - Amende tu
Besi kursani dalam istilah sains disebut sebagai "Pyrite". Terdapat dua jenis pyrite yang ditelah ditemui oleh sains iaitu pyrite mineral (batu kursani @ besi kursani tahap 2) dan pyrite besi (besi kursani tahap 1). Pyrite mineral tidak bertindakbalas dengan magnet tetapi pyrite besi bertindakbalas antara satu sama lain. Juga dikenali sebagai emas tiruan oleh kerana warna dan bentuknya seperti emas tulen.
Istilah pyrite berasal daripada perkataan Greek "purites" yang bermaksud dari api atau dalam api dan difahamkan kerana inilah ianya amat keras untuk dipotong. Dari pengalaman saya memotong besi kursani ini hampir 3 mata pemotong diperlukan untuk memotongnya kerana struktur batu dan besinya yang teramat keras. Pun begitu senang la pulak untuk dihancurkan..pakai ajer penukul..hancur terussss....
Sekadar berkongsi ilmu.....
Labels:
Batu Kursani,
besi kursani,
emas putih,
khasiat gemunggal,
pyrite
Saturday, August 29, 2009
Batu Kursani dan Besi Kursani - Perbandingan
Tiba pula giliran untuk membuat perbandingan antara batu kursani dan besi kursani. Kebiasaannya orang tidak akan menyebut batu kursani tetapi disebut besi kursani tahap biasa atau tahap 2. Jika diamati kedua permata besi kursani dibawah ada sedikit perbezaan dari segi warna (biasa batu kursani bewarna emas muda dan besi kursani yang paling elok@ teratas adalah berwarna perak) dan bentuknya (besi kursani dibawah belum sepenuhnya sempurna dicanai). Besi kursani amat keras untuk dipotong dan kerana itulah kebanyakan tukang permata akan mengenakan caj yang mahal untuk mencanainya.
Seperti batu dan besi leleh, besi kursani tahap biasa tidak akan bertindakbalas dengan magnet dan besi kursani semestinya bertindakbalas (melekat) antara satu sama lain.
Dibawah adalah cincin berpermatakan besi kursani dimana ia melekat dan tergantung dengan kuatnya. Besi kursani tahap 1 amat dicari oleh peminat barangan mistik oleh kerana sifat alaminya yang boleh membawa kepada kebal umum ketika darurat ataupun biasanya bergantung atas keserasian pemakai.
Besi kursani tahap biasa dan tahap satu ini ingin dimaharkan sebagaimana dibawah:Batu Kursani (tahap biasa) RM150.00 (tawaran ramadhan)
Besi Kursani (tahap 1) Sila SMS (harga istimewa)
Sila pastikan besi kursani yang dibeli adalah asli dan cuba elakkan ditipu oleh penjual yang selalu mengambil kesempatan. InsyaALLAH.
Labels:
Batu Kursani,
batu mistik,
besi kursani,
kersani
Subscribe to:
Posts (Atom)













