Friday, November 13, 2009

Perbezaan Permata Teras Semeru dan Teras Gemunggal



Kali ini dipaparkan gambar perbezaan diantara permata teras semeru (coklat) dan teras gemunggal (coklat hitam). Jika diperhatikan teras semeru mempunyai rona kayu yang berjalur (berpusar) tanpa bintik manakala teras gemunggal mempunyai bintik yang jelas kelihatan sebagaimana didalam gambar. Untuk perbezaan yang lain sila layari dan selidiki perbezaan yang telah dibuat oleh blog sahabat saya iaitu blog Rahsia Alam dan pelbagai blog lain yang telah berusaha membezakan antara teras gemunggal dengan teras yang lain.

Seorang sahabat saya yang menjadi salah seorang pakar rujuk bahagian kayu (berumur 63 tahun dan selalu keluar masuk hutan) beliau menyatakan didalam kitab Tajul Muluk teras gemunggal dinyatakan mempunyai 1,000 jenis khasiat yang teramat besar. Selain itu beliau juga mengatakan terdapat 50 jenis pokok yang dijadikan oleh ALLAH swt yang seakan dan semirip teras gemunggal (setelah dibodek beliau hanya memberikan nama 2 jenis pokok iaitu pokok semeru dan pokok gelam - yang lain beliau akan memberitahukan kepada saya sekiranya saya cuba mengkaji dan mencarinya daripada orang lain terlebih dahulu atau dengan maksud lain "belajar dahulu baru tanya dan diberitahu" ~ sekiranya diketahui akan dikongsi dengan peminat blog ini dalam posting yang akan datang).

No comments:

Post a Comment