Showing posts with label teras. Show all posts
Showing posts with label teras. Show all posts

Friday, April 9, 2010

Pokok Kekabu Jadi Batu (Istimewa)




Subhanallah.. ini adalah koleksi yang diperolehi bersama koleksi yang lepas. Koleksi ini diperolehi dikawasan berdekatan dengan sebuah sungai dimana pokok ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pokok kekabu ini telah menjadi batu dan bahagian yang berkilat itu sebenarnya bukan dipolish tetapi diperolehi secara asal disebabkan oleh memerang jantan sungai yang selalu menguli @ mengasah (Pantai Timur panggil kilir) senjatanya dipokok ini (sampai berkilat jadinya).

Ini adalah sebahagian daripada pokok yang diperolehi dan bahagian lain akan dikeluarkan pada masa hadapan. Amat menakjubkan akan ciptaan ALLAH swt. Batu ini dalam proses dijadikan permata cincin dan akan dimaharkan kepada peminat blog.

Thursday, January 28, 2010

Koleksi Teras Gemunggal Dengan Tawaran Istimewa


Gambar atas (kiri) - Gemunggal jadi batu, teras gemunggal hutan gred A dan teras gemunggal pulau

Ini merupakan tawaran pertama saya kepada peminat teras gemunggal yang ASLI. Koleksi yang ditawarkan adalah teras gemunggal hutan gred A, teras gemunggal pulau dan teras gemunggal jadi batu buat peminat blog kayudanteras. Kombinasi ini merupakan pelengkap bagi pengumpul teras gemunggal untuk diabadikan samada sebagai koleksi peribadi ataupun sebagai permata untuk ikatan cincin sendiri.

Ditawarkan dengan SATU mahar istimewa dan semestinya murah berbanding memperolehinya secara satu persatu. Sila SMS untuk maharnya dan sudah termasuk kos penghantaran untuk Malaysia, Brunei dan Singapura.
  • Saiz teras gemunggal jadi batu 21mm x 13mm x 10mm
  • Saiz teras gemunggal hutan 20mm x 14mm x 10mm
  • Saiz teras gemunggal pulau 18mm x 13mm x 9mm

Thursday, September 10, 2009

Tasbih 33 biji Teras Gemunggal Pulau Gred A (Telah ditebus)





Buat pertama kali dan sempena Ramadhan Al Mubarak saya menawarkan tasbih teras gemunggal pulau gred A untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Teras kayu yang digunakan untuk membuat tasbih ini adalah daripada bahagian terbawah pokok gemunggal pulau iaitu akarnya.

Dibuat oleh pakar tasbih daripada Kelantan menggunakan bentuk buah kana yang bersaiz L (2.5cm). Mempunyai 1 kepala imam dan 2 bilal. Disamping khasiat teras gemunggal penggunaan tasbih ini untuk berzikir secara tidak langsung dapat menambahkan khasiat yang sedia ada. Disamping itu apa yang menarik tentang biji tasbih ini adalah kebanyakannya menunjukkan corak kalimah pada beberapa biji ahlinya jika dilihat secara dekat. Salah satu dari bilal telah dipasak dengan besi kursani tahap 1, besi leleh dan batu leleh bagi memantapkan khasiatnya.

Untuk dimaharkan kepada sesiapa yang berminat. Sila SMS untuk mengetahui maharnya. Stok buat masa ini terhad kepada 1 unit sahaja. Jadi siapa cepat dia dapat sebelum Ramadhan berakhir.

Monday, July 27, 2009

Teras Gemunggal/Kelor jadi batu

{ 1 biji telah dijual }

Koleksi terbaru adalah teras gemunggal jadi batu...Maha Suci ALLAH yang telah menjadikan pelbagai ciptaanNya dengan segala jenis keistimewaan. Subhanallah.

Teras gemunggal/kelor jadi batu ini adalah asli dan diperolehi dari sebuah gua di Semenanjung Malaysia. Orang yang memperolehinya bukan calang-calang orang yang sudah biasa dalam bab-bab meneroka gua dan hutan berseorangan.

Selain daripada kelebihan teras gemunggal/kelor yang biasa kita perolehi..teras jadi batu ini juga berguna semasa diri sendiri atau orang lain ketika sakit kepala. Dimana teras batu ini dikatakan seakan menghisap jika diletakkan ditempat sakit dan akan jatuh selepas sakit kepala hilang. Ini dinyatakan oleh seorang pembeli yang telah mendapatkan teras batu ini. Wallahu'alam.

Secara logiknya untuk mendapatkan teras gemunggal/kelor menjadi batu ini amatlah susah dan bukan semua orang boleh menjumpainya. Stok yang saya perolehi adalah terhad kepada 2 biji sahaja (saiz 1.9cm X 1.2cm) dan ingin dimaharkan dengan harga RM 200.00 termasuk pos untuk Malaysia sahaja.