Monday, September 28, 2009

Teras Beluru @ Sintok (Akar)



Pokok Beluru atau lebih dikenali di utara Malaysia sebagai pokok sintok atau nama saintifiknya Entada Spiralisis jarang diketahui kegunaannya oleh masyarakat kini. Hanya kebanyakan masyarakat kampung sahaja yang menggunakan dan mengetahui khasiatnya. Teras beluru @ sintuk amat susah untuk diperolehi dan amat dicari oleh pengamal perubatan alternatif sebagai medium untuk melawan kejahatan jin, syaithan dan iblis. Antara khasiat teras beluru @ sintok ini adalah:

  • Untuk perubatan – mujarab bertindak sebagai ubat cacing bagi kanak-kanak, boleh merawat berak berdarah, merawat penyakit kelamin siflis, merawat gigitan binatang berbisa, salah satu ramuan untuk pilis (tampal atas kepala orang bersalin) bagi mengelakkan sakit kepala dan gila meroyan
  • Untuk menghindarkan dan penghalang daripada gangguan makhluk halus samada daripada jin, syaithan dan iblis (InsyaAllah)
  • Untuk mengelakkan daripada khianat dan dengki orang melalui sihir, santau dan sebagainya
  • Boleh menguatkan kulit daripada sebarang senjata tajam.
  • Diletakkan didalam mandian bersama limau nipis untuk mengembalikan semangat badan dan memulihkan kecergasan badan.

InsyaALLAH dalam masa terdekat akan dijadikan permata cincin bagi tujuan pemaharan untuk peminat blog kayudanteras. Wallahu'alam

5 comments:

  1. salam,tuan2 sekalian,,,nk tnya ni,,teras beluru ada lagi kah??ada yg raw x??

    ReplyDelete
  2. tuan,,ada teras keluat x?kalau ada,mcm mna mas kawinnya?tuan boleh sms sya ke no ni nnti,,kalau tuan xsbuk laa....0174337362/0194310470

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.tuan.saya ni peniaga cincin permata n tasbih.teras beluru ada jual dalam bentuk kilo ke?berapa harganya?

    ReplyDelete
  4. Kat mana blh dpt akar beluru ni ye??

    ReplyDelete
  5. Kat mana blh dpt akar beluru ni ye??

    ReplyDelete